Saturday 31 March 2012

60+ Earth Hour

Setelah-setelah period Nazry kering balik tadi, aku & beliau bercadang untuk menyambut 60+ Earth Hour. . . Esok kita orang akan padam lampu, tapi taknak pasang balik, balik sampai pagi, biar bumi betul-betul sejuk. . . .

"Maksudnye kene tunggu esok la, hari nie x boleh?"

"Haah la. . . ."

 (Esok jangan lupa tutup lampu.... )
"Tapi esok Mak datang. . . ."

"Melepas laa, " 

"xpe nanti petang balik sini. . . xnak ikut?'

"Boleh jugak, lagipun lama x jumpa makcik. . .senang kita earth hour umah abang bee je. . .hahahah"

"Gilerrr"

Wednesday 28 March 2012

Reedem. . . .


"Kenapa ditutup dengan batal tadi" sapa seseorang yang ada disebelahnya. . . puas atau tidak puas hati dia tidak mahu ambil tahu. . . Kerana apa yang pasti fikirannya jauh melayang bersama bau hamis peluh dah hanyir air mani. . . ."Maaf, tak perasan tadi" jawapnya sekadar menjaga hati. . .

Emmmm benda dah lepas, cerita dimana-mana juga tidak guna. . . Mcm org putih selalu cakap "What Past is Past, Sometimes secret are better remains as secret or om other words, The untold story"  biar dia kekal sebagai kenangan dan menjadi bukti bertapa kita kadang kala payah untuk menjadi setia. . .

Nexttt story please. . .

John Melvin:Selamat pagi  Saya mahu batalkan kad nie. . .

John Melvin memulakan kata-katanya sebaik selesai mengisi apa yang patut & duduk dihadapan seorang wanita berambut coklat karat. . . Hasnina itu nama yang tertera pada tag namanya yang bewarna hitam keemasan. . . Disangkut kemas pada sebelah kanan di bahagian badan yang berbonjol. . . 

Hasnina: Selamat pagi. . . Tidak mahu menggunakan kad kredit dari bank kami lagi. .kenapa? (kurang lebih begitu, John Melvin kurang ingat)

John Melvin: Saja, saya mahu meminumumkan jumlah kad kredit. . . 

Hasnina: Emmmmm kalau mcm tu. . . Saya lihat pembayaran balik dari pihak encik consistent. . Tiada kelewatan dalam pembayaran. . . cumanya dari bulan 1 hingga sekarang ada tunggakan sebanyak lapan ribu lebih. . .  blaa blaa blaa

John Melvin: Haah. . . 

Blaaa. . . Blaaa blaaa. . . 

John Melvin: awak mahu hadiah ini. . .

Hasnina: Kalau encik nak kasi saya suka je. . .hehehehehe kenapa encik xnak. . 

John Melvin: Saya sudah ada dirumah, buat apa banyak-banyak. . .tapi awak kene tambah sendiri dengan duit awak. . . tambah 76 ringgit aje. . .saya redeemkan dan kasi awak. . .

Hasnina: Terima kasih. . . Encik ada FB, boleh kita jadi kawan nanti. . .

John Melvin: hak hak hak saya orang kampung, tidak guna FB. . . Friendster pn sudah tidak ingat passwordnye. . .(tipu)

blaa blaa blaa

Tidak lama selepas itu, selesai aku me-redeemkan camera canon (model x ingat) harfa 400 ++ & dia kene tambah 76 ringgit sbb point aku x cukup, aku kasi kepada dia. . . Dia beri aku kad dia, dan pada kad itu ada secalit nota kecil dibawahnya ditulis dengan pen warna biru : nie FB saya, kalau ada FB nanti addlah. . .Boleh kita kenal boleh keluar. . Terima Kasih dengan hadiah. . .

John Melvin: Terima Kasih. . 

Hasnina: Terima Kasih sebab kasi saya camera. . .

ps: berbulan antara aku dengan pekerja bank bernana Hasnina itu berkisarkan itu dan lebih kurang bergitu. . . ayat yang sungguh2 kami gunakan waktu itu aku kurang ingat. . .(mcm korang kisah)

Aku hulur tangan sebagai tanda perpisahan, dia menyambutnya dengan tapak tangan yang lembut serta seukir senyuman yg menawan. . .Aku bangun dan menapak menghampiri sebuah tong sampah bewarna besi di tepi pintu keluar kaca, aku buang segala surat-surat tadi aku juga buang bersama kad nama tadi. . . Kerana kini aku belajar untuk setia (poyo ayat)

27-03-2012 (03:45pm) from 013-227**** - Salam, Kenal saya lagi. . . 

ps: aku baca balik entry nie. . .mcm kentut, tapi aku post jugak. . . Berkentut kentutlah kita ekk

Tuesday 27 March 2012

Senyum. . .


Bila dia kata dia suka entah mengapa aku yang tersenyum bahagia. . . .

Friday 23 March 2012

Hari Air Sedunia. . .

22 March 2012 dan setiap tahunnya merupakan hari air sedunia. . . hari yang mana manusia harus menghargai sumber alam ini, Yang mana manusia tidak boleh hidup tanpa air. . . Itu kata-kata khatib jumaat yang aku dengar tadi sebelum. . . .Tetttt tettttt (sebenarnya vibrate je tp kalau tulis vibrateee vibrateee mcm x nyaman dibaca). . .


Nazry: Sudah di masjid. . .

John Melvin: Sudah. . . . awak?

Nazry: Dekat Times Square jenjalan. . .

John Melvin: Haishhhhh buat ape kesana. . .

Nazry: Lunch. . .Buat ape je hari nie. . .

John Melvin: Td dengar khutbah, sekarang atas moto sape ntah. . .sms ngan org yg nak kene sambar petir x semayang jumaat. . .hak hak hak

Nazry: ha ha ha sorry. . . Abang tanye pagi tadi. . .

John Melvin: Owhhh. . . closed account k.kredit , bercukur di office sembang ngan orang CSI. . . Petang nie saya terus ke umah PM. . .Nak gerak ke Pahang malam nie gak. . .

Nazry: Nak ikut tak kasi. . .Emmmmmm cadang baru nak suruh hantarkan baju abang ngan cadar bilik ke Dobi  . .

John Melvin: Tadi sebelum g keje xnak ckp. . .Esk keje ke?

Nazry: Haah. . . Ganti tempat kawan, dia ade family issue skt. . . mane tahu. . .

John Melvin: Lain kali jela hantar dobinye. . . cadar pn kan baru je tukar. . .

Nazry: baikkk boss. . . cadar dh berbau dah

John Melvin: awak punye laaa saya punye dalam plastik. . .hak hak hak

Nazry: hahahahahaha fine-fine. . .

John Melvin: Nak masuk semayang nie, khutbah dh nak abis. . . kalau ade masa g la semayang tu. . .

Nazry: OK. . .Nanti sebelum betolak call. . .

John Melvin: Betolak lambat sampai. . .

Nazry: Abis. . .

John Melvin: Nanti dah nak berangkat sy call. . .

Nazry: Berangkat x larat. . .Berat hahahahaha

John Melvin: shadap. . . .NanT sy call. . . .

Nazry: Hahahahha kalah-kalah. . .OK 

Nazry: Sape orang CSI?. . . . .

Thursday 22 March 2012

Hadiah. . .


"Awak mahu apa sebagai hadiah ulang tahun" 

"Abang mahu ini"

"Owhhh kalau ini tidak boleh, ini boleh. . .Nak?" 

"ha ha ha ini dari dulu sudah dapat. . . tapi jadi la, abang bersyukur. . .ha ha ha. . ."

"hak hak hak. . .Maaf, mungkin saya belum bersedia"

"Tidak apa. . .tidak memaksa, meskipun ingin merasa. . ."

"Awak mahu saya nyanyikan lagu tidur. . . macam yang emak saya nyanyikan waktu ecil-kecil dahulu"

"ha ha ha aku mahu lain. . .Happy anniversary"

"Happy anniversary"

Bersaksikan kepada bantal-bantal yang terlempar jauh, tirai lansir yang tertutup rapat serta wallet yang tercampak di bawah katil dan renyai hujan seakan menjadi melodi malam itu (entah iye hujan entah tidak) . . . Berpeluh dalam air cond & rintik hujan. . .

Cerita Untuk Ra'uf. . .


Cerita ini saya tulis semalam & semalam yang lagi satu. . .Tapi baru hari ini saya tertekankan butang post kerana sekarang saya sedikit pelupa. . . . Cerita ini agak bosan. . . .Kalian boleh baca kalau kalian ada masa mcm saya seperti sekarang. . .Tetapi kalau tidak mahu saya sangat tidak memaksa. . . Sungguh. . .

**********************************************************************
Kamal - salah seorang teman rapat aku ketika di matrikulasi, biasanya kemana sahaja di kampus kami selalu berlima iaitu aku,PM kamal dan 2 lagi kawan rapat (namun sekadar watak picisan & pelakon tambahan didalam cerita ini. . .hak hak hak). meskipun Kamal sedikit sopan orangnya, agak pemalu dan gebu wajahnya serta lurus teratur jalannya (seperti seekor kucing betina yang ingin mengawan), beliau tiada bezanya dimata kami, meskipun ade mulut lain yang menghinanya. . .  (full entry)
**********************************************************************

Assalamualaikum. . . Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . . Sekarang jam pejabat baru saya nie pukul 5:30. . . Lebih daripada 9.9/10 daripada stafnya sudah pulang, cuma saya sahaja masih di sini, menunggu kawan saya Nazry yang berjanji untuk ambil bila jam 8:00 nanT kerana kami mahu keluar makan malam bersama. . . katanya di Hilton (awak jangan cemburu. . .hak hak hak)

2 minggu sudah, saya dengan PM ada berjumpa dengan Kamal, kawan kita tu sekarang sudah berstatus doctor of philosophy (emmmm saya tidak pasti ejaan ini betul atau tidak), tetapi dia tetap macam dulu, mulut gampang tiada insuran. . . cumanya, sekarang dia makin sasa mungkin selalu ke gym time di UK dahulu. . . katanya dia rindu sangat dengan awak. . . Dia ajak kami untuk jumpa awak. . . InsyaAllah hari sabtu ini kami semua akan ke Pahang kampung awak. . .

Awak masih ingat waktu kita dekat matrik dulu. . . Saya, PM, Kamal, Izham dan awak kemana kita pergi mesti berlima. . . Bila diingat-ingatkan balik seperti kumpulan westlife pulak. . . Ingat lagi kita merompak buah limau dekat tokong simpang nak masuk ke matrik dulu. . . Izham demam lepas rompakkan tu, mungkin roh dia tak cukup tabah awak kata. . . Owhhhh sebelum terlupa saya nak kasi tahu. . .Khalijah budak perempuan yang suka pakai tudung bawal hitam ngan putih yang suka jalan laju yang awak suka tu sekarang sudah kawen. . . Saya dengan PM pergi majlis dia cuti sekolah baru-baru nie. . . Tapi awak jagan risau, awak lagi kacak dari laki dia. . . Saya doakan Khalijah bunting pelamin, lagipun awak pernah cakap dekat kita orang yang Khalijah tu nanti senang mahu bersalin kerana punggongnya lebar. . .

Selalunya waktu dekat matrik petang-petang mcm nie kita pergi ke padang, kalau awak dengan yang lain main bola/futsal saya duduk je tengok macam pom-pom girl tapi kalau maian lain saya main sekali, awak tahukan yang saya nie jaguh Hoki (harap awak tidak marah sebab saya riak nie) tapi kita jarang main benda nie. . . Kalau awak masih ingat, Kita juga pernah habiskan duit biasiswa untuk beli reket squash tapi kita main cuma beberapa kali je sbb bola dia dah hilang. . . Lagipun bola dia mahal sangat sampai 8 inggit. . .mana kita mampukan?. .

Saya sekarang nie sedikit pelupa, dua minggu sudah ketika kami jumpa dengan kamal yang sudah berstatus Doc tu dia cakap dia rasa bersalah sebab lama tidak jumpa awak & mcm awak tahu, hatinya senipis kulit bawang. . . Pasal benda tupun mahu berair mata. .(tapi sebenarnya saya pun rasa nak nagis waktu tu, PM pun sama). . . So saya nak mintak maaf bagi pihak dia. . .kalau awak tidak kisah. . .

Selepas kita tamat matrik kamal ke UKM, Izham pulak ke UiTM dan kita pulak masuk UTM. . . Kita setuju xnak masuk asrama walaupun sepatutnya budak-budak tahun satu duduk asrama. . .kita sewa rumah pangsa dekat taman U. . .awak ingat?. . .  Meskipun course yang kita amek tak sama tapi kita tak kisah duduk serumah. . . Kalau kelas kita lebih kurang awak akan tumpang kereta saya, tapi kalau kelas kita tak sama awak naik moto honda cup 70 awak. . . Reput tapi laju. . .hak hak hak . . . Tapi kadang-kadang kalau dua-dua tengah miskin kita sama-sama naik moto awak. . .emmmmmm best. . .

2 minggu sudah masa saya dengan PM berjumpa dengan Kamal, kawan kita tu sekarang sudah berstatus doctor of philosophy (emmmm saya tidak pasti ejaan ini betul atau tidak), tetap macam dulu, mulut gampang tiada insuran. . . cumanya, sekarang dia makin sasa mungkin selalu ke gym time di UK dahulu. . . katanya seminggu sebelum tarikh tu, saya rasa 16 march mcm tu awak ada telephone dia. . . jauhhhh, awak dekat Malaysia & dia dekat UK. . Kamal kata awak cakap awak rindu dengan dia. . Kamal kata lagi awak cakap yang awak sekarang sudah penat. . Kamal kata lagi awak suruh kamal balik kalau ada masa untuk jumpa awak, awak kata takut-takut tidak sempat (wekkk awak dari kita orang kenal dekat matrik suka buat ayat-ayat dramatik. . .Benchiii tau). . .
Masa kita zaman belajar-belajar dulu mana ada MP3 player kan, MP4 apatah lagi. . kita nampak mcm metrosexual je pakai walkman sony (rasanya walkman awak paling cool time tu sbb ade spaeker skali). . . Setiap bulan awak mesti beli keset saya pulak pinjam. . . Kalau awak nak tahu penyanyi yang awak suka Blake Shelton tu sekarang dh jadi juri The Voice. . . Saya nampak dia makin handsome tapi mcm awak kisah yedak. . .hak hak hak. . .Tapi, Nah saya letak sekali gambar dia sebagai bukti. . . Pasal Kesetawak yang ade gambar tomato seketul tu (maaf saya terlupa tajuknya) yang saya putuskan tapenye, saya minta maaf. . Tapi saya tahu awak tak kisah (emmmm terharu)


Saya tak ingat ape nama ubat tu, kalau tak silap saya namanye Morfin kan. . .Entah. . . Tapi awak kasi saya & PM rasa ubat tu time kita orang lawat awak. . . Pehhhhh rasa mcm terbang-terbang sedikit. . . Tapi serius saya sudah tidak ingat apa nama Ubat tu. . .Seminggu sekali saya & PM mesti datang lawat awak, bukan sebab nak share morfin dari awak tapi sebab saja nak jumpa awak. .(Lagipun awak selalu telipon suruh kita orang jumpa awak. .awak kata awak bosan) .  Tapi masa tu awak botak mcm Lex Luthor, jadi masa tu saya jadi Clark Kent, PM pulak jadi Lana Leng. . . Awak selalu cakap yang Lex Luthor lagi cool dari Clark Kent. . . Tapi saya tak kisah sbb saya ada Lana Leng. . . Tapi saya sure kalau Kamal ada time tu, mesti dia berebut dengan PM nak jadi Lana Leng. . . Izham pulak biar dia jadi bapak Clark Kent sbb cara dia kan mcm orang tua sikit-sikit. . .

Beberapa hari sebelum awak telephone Kamal, saya dan PM ada datang melawat. . . Entah kenapa masa tu awak cakap sambil nangis-nangis dengan kita orang. . . Awak dah tak macam awak saya saya kenal sebelum nie. . . Ketawa. . .ketawa ketawa. . . . Awak kata awak penat & awak sudah tidak larat. . Awak minta tolong saya dan PM kasi tahu dengan mak awak yang awak xnak pergi Johor. . . Awak kata awak nak berehat dekat rumah. . .Padahal masa dekat UTM dulu awak suka je Johor, dekat dengan Batam dekat dengan Singapore. . .

Owhhh alang-alang sudah tersebut Singapore nie, awak ingat lagi kita berlima celebrate New Year dekat Sentosa Island. . . Kita bergembira macam kita tahu kiamat lambat lagi. . kita main buih, kita main lompat-lompat, dari satu lagu ke satu lagu. . Lepas tu PM begaduh dengan Mat Saleh, kita pun joint gaduh jugak. . . . . Lepas tu kita xyah balik hotel dah sebab kita tidor je dalam lokap semalam. . . Kamal je yang x masuk masa tu, tapi bagus jugak kalau dia xde sape nak jamin kita. . . Tp esoknye abis je si PM ngan 4 malaun mat saleh tu dari mabuk kita semua boleh gelak-gelak. . . . Biler fikir-fikir balik cool jugak masuk lokap sebab begaduh. . .Lokap luar negara lagi. . . hak hak hak

Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . .Sekarang jam pejabat baru saya dah pukul 6:55. . .Lebih dari 9.99/10 daripada stafnya sudah pulang, cuma saya sahaja masih di sini. . Menunggu kawan saya Nazry yang berjanji untuk ambil bila jam 8:00 nanti, kerana kami mahu keluar makan malam bersama. . . katanya di Hilton (awak jangan cemburu.. . .hak hak hak). . . Saya mahu kasi tahu awak satu rahsia. . Masa awak menangis dengan kita orang sebenarnya kita orang sudah menangis dahulu. . .cumanya depan awak kita orang belagak belagak cool macam kumpulan 4U2C baru metrosexual. . . Mak awak menangis minta kita orang pujuk awak ke Johor awak pulak menangis minta pujuk mak awak supaya tidak ke Johor. . .Padahal masa dekat UTM dulu awak suka je Johor, dekat dengan Batam dekat dengan Singapore. . .

Saya tak ingat antara saya atau PM yang cakap. . . Tapi bunyinya mcm makcik-makcik sedikit - "Kalau hang xnk buat benda nie untuk hang dah, apa kata hang buat untuk mak ngan kita orang. . . Mungkin itu yang terbaik atau sekurang-kurangnya kita cuba yang terbaik". . . Akhir sekali awak setuju nak ke Johor. . . 3 hari saya, PM dan Izham ikut sekali temankan awak. . . Sama mcm zaman time kita dekat UTM dulu. . . .

Saya nak semayang dulu (dulu kalau awak nampak saya semayang mesti awak kata "Alhamdulillah kawan aku dh berubah") Awakkkk saya rindu awak ckp mcm tu dekat saya lagi (ehhh mcm gay pulak saya nie. . .hak hak hak). . Nanti lepas saya sembahyang saya akan doakan kesejahteraan & kebahagiaan awak (Harap-harap tuhan terima doa saya untuk awak).Nanti saya sambung surat yang saya tulis untuk awak nie. . . . Malam nie tetiba saya rasa nerves pulak. . . 1st time kaluar makan tempat mahal-mahal berdua. . . Harap kawan saya yang bayarkan, sebab saya belum gaji lagi. . . .

Ra'uf. . .masa saya sambung tulis cerita untuk awak nie saya sudah ade dalam bilik saya. . . Sekarang jam 11:40 malam. . . cadangnya mahu terus menulis selepas pulang dari makan tadi. . .Tapi kawan saya ajak menonton tivi. . .cerita apa saya tidak pasti tetapi nama watak dalam cerita itu adalah Bakri & Su. . . Cerita orang-orang asli. . .Farah Fauzana juga ada belakon dalam cerita pasal orang asli tu, Tapi saya suka tengok Su - dia cantik & saya rasa teransang. . . Kalau awak tengok cerita tu mesti awak benci sebab saya pun benci. . .Tidak seronok (tipical cerita melayu RTM). . .

Tadi masa saya makan dekat restaurant mahal, saya teringat yang kita pernah makan tidak bayar dekat kedai dekat rumah sewa kita dulu. . . Orang masa tu ramai sangat. . .Awak xde duit mahu bayar, so awak & saya makan secara haram kemudian blah. . . Emmmmm saya rasa cuak-cuak makan time tu kemudian biler misi berjaya saya rasa gembira. . .Padahal masa tu bukan saya tidak ada duit tapi saja mahu merasa perasaan cuak-cuak bahagia. . . Awak kalau takde duit bukan mahu minta pada saya, dan kalau saya belanja awak selalu-selalu pn awak cakap awak segan & awak tolak . . . Jadi kita makan secara rahsia-rahsia. . . Tapi duit lauk ngan nasik yang kita makan tu saya sudah bayar. . .awak jgn risau. . .sebab awak pun pernah cakap yang nanti biler ade duit awak nak bayar balik (saya rasa la)Awak saya rasa clark Kent lagi cool, lagipun tengkuk awak x sejinjang tengkok Lex Luther tapi saya sama handsome dengan Clark Kent. . .


Esok saya sambung lagi cerita saya nie. . . Kawan saya ajak masuk tidur, katanya risau esok lewat untuk ke pejabat, lagipun tadi kami meraikan ulangtahun perkenalan. . .Tapi saya rasa kita orang kenal dah lebih setahun. . . Emmmm lantaklah yang penting tadi saya makan dekat restaurant mahal . . .

Assalamualaikum. . . Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . . Sekarang jam pejabat baru saya nie pukul 12:00 tengah hari & saya baru sahaja sampai ke pejabat nie. . .  Nasib baik sekarang saya sudah ada sedikit pangkat disini kalau tidak mungkin-mungkin sahaja Boss besar yang perutnya sedikit buncit tu marahkan saya. . . Kalau awak nak tahu saya bukan saja-saja masuk lewat, saya cari wallet saya yang hilang di rumah. . .  Stress pun ada marah pun ada. . .

Hari tu, 23 march, Kalau awak nak tahu Izham accident. . . Kereta dia terlanggarkan tebing jalan di lebuhraya karak, dalam perjalanan ke Pahang rumah nenek awak. . . Apa yang dia ecited sangat saya pn tidak tahu sampaikan kemalangan. . . tapi saya yakin He not try to stole ur tunder. . .hak hak hak. . . Lepas sahaja saya dan PM melawat ke Pahang kami ke hospital pula melawat Izham. . . Masa saya jumpa Izham dia macam alien dari plenet Krypton. .pada badannya ade sedikit-sedikit lebam, dan kepalanya botak. . .Masa saya dan PM sampai dia tengah tidur nyenyak. . . Pada badan dan hidungnya ada  tiub-tiub plastik yang bertampal dengan biotape, masuk hidung & melekat dekat badan . . Ada juga mesin bunyi bibbb-bibbb dekat tepi katil dia (saya tidak tahu nama mesin tu, sebab masa nak jadi doktor mak tak kasi  & awak pun tahu kenapa) . . . Dekat dua-dua telinga dia ada  memeleh dengan cecair merah tapi warnanya pelahan dari darah. . .Maybe darah campur taik telinga cair. . .saya tidak tahu. . .


Saya rasa receptionist pejabat nie suka dengan saya, tapi saya rasa biasa-biasa sahaja dengan dia. . . Bukan sebab dia tidak cantik. . . tapi mungkin sebab dia terlalu tinggi. . . Saya risau-risau nanT katil bujang saya tidak cukup panjang untuk dia baring. . . Tapi tadi masa saya sampai dia tidak ada. . .Mungkin dia ke tandas ataupun dia tidak sihat. . .Sekarang nie musim orang-orang demam. . . Cuaca Malaysia tidak menentu. . .sayapun baru sahaja sembuh. . . Semasa saya dekat Skudai dulu dan saya demam saya ingat lagi awak teliphone mak saya. . .Saya kalau demam akan merasakan yang dinding mengecil & syiling mahu menghempap saya. .. Kelakar tapi itu yang saya rasa. . .

InsyaAllah sabtu nie saya, PM, Izham dan Kamal akan datang melawat awak. . Kamal kata dia mahu bawakan air jernih bersama bunga-bunga untuk dia taburkan di pusara awak (Saya rasa dia akan beli bunga-bunga tu dekat kedai india tepi jalan. Kalau nak ke cameron Highland jauh) . . . Izham sekarang sudah sembuh sepenuhnya & dia sudah tidak macam alien dari planet krypton lagi. . .

Mata awak separuh terbuka ketika awak dikapankan, tapi muka awak nampak tenang. . .Mungkin masa tu awak sudah melihat syurga atau kesan rawatan kenser awak dengan vitamin C dekat Johoe seminggu sebelum awak pergi. . .saya tidak pasti. . tapi muka awak nampak cerah nampak bersinar sedikit seperti Anita Serawak selepas berwudhuk mungkin. . . 23 mach 2009 awak pergi meninggalkn kita orang semua. . . Mak awak hari itu tidakpun menangis, dia cuma diam dan tersenyum kelat bila orang datang menegur. . .Cumanya saya & PM sahaja menangis (Emmmmm x maskulin sungguh kita orang hari tu ). . . Izham pula kemalangan jalan raya ketika mahu pergi ke majlis perkebumian awak. . .mungkin dia bawa terlalu laju, risau-risau tidak dapat melihat awak buat kali terakhir. . .Mak awak ade kasi saya dan PM 2 ringgit, tapi saya kasikan dekat budak dekat kubur awak. . .saya tidak kenal dia tapi saya tahu dia ada-ada bau kentut dengan awak. . .

Saya di dalam bilik saya di pejabat nie, awak pula dekat dalam bilik awak di pahang. . Saya doakan keluarga awak terus bahagia dan meneruskan hidup mereka walaupun awak sudah tiada. . .Saya doakan mak awak sihat. . .Saya juga doakan kesejahteraan awak (harap-harap tuhan terima doa saya untuk awak). . .Maafkan saya dan kawan-kawan kita & saya maafkan segala kesilapan awak (walhal tidak ada pun). . . Saya harap nanti bila kita berjumpa nanti awak masih ingat dengan saya. . . .

Owhhh saya baru tahu yang awak ada adik perempuan yang cantik pada 23 March tu. . . Dia menangis hari tu, waktu dia tegus saya dan PM dia cerita pasal awak dekat saya. . . dia kata dia kenal kita orang sebab awak selalu cerita pasal kita orang dekat dia. . . Baru saya tahu hari itu kalau awak sembuh awak mahu buat umrah dengan dia dan mak awak. . . . Dia menangis hari tu, matanya merah & pipinya ada air mata yang sudah kering. . Tapi dia tetap cantik. . .(Saya bukan nak menggatal saya cuma bercakap benar)

Saya Harap siapa-siapa yang membaca cerita saya untuk awak ini akan sedekahkan awak Al-Fatihah. . . Bukan untuk awak sahaja tapi untuk semua semua yang telah pergi. . .Biar harmoni awak disana. . .

Monday 19 March 2012

Friend. . .


I want to sleep with you
I don't mean have sex
I mean sleep together
Under my blankets, In my bed
With my hand on your chest
And your arm around me
So it's chilly and we have to cuddle closer
No talking
Just sleepy, blissfully happy and silence

 
|||||| Lats but not least Don't U ever to Forget Me. . . Even we're separated someday in this world. . . For sure I'm going to seek for you in heaven. . .Hak hak hak . . Kata2 ku bukan dusta semata2. . huhu. . ||||||||

Aku ade seorang kawan, dulunya kita orang rapat. . .Meskipun tidaklah seperti isi dengan kuku, namun jadilah jika diumpamakan seperti cekam dengan kuku (Busuk namun bila dicium dengan kenikmatan mampu memberi kesan klimax). . Tapi sekarang kawan aku tu sudah hilang, Tp aku tahu yang dia selamat sekarang. . . Kalau-kalau dia sudah mahu berumah tangga aku ucapakan tahniah & semoga bahagia, kalau-kalau pula sekarang dia sedang sibuk dengan kerjaya aku ucapkan selamat berjaya, sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan dan guru itu diibaratkan seperti lilin yang membakar diri mengerangi insan sekeliling (tetiba). . .Kalau-kalau sekarang dia di alam barzakh aku doakan yang dia sejahtera di dunia sana, ketahuilah dia adalah rakan yang sangat baik , rakan yang menangis ketika kamu bersedih & tersenyum serta ketawa ketika kamu gembira. . .

"Kamu mahu tinggal serumah dengan aku. . ."  

" mmmmm tidak kerana kamu selalu main-main"

"Owhhhh, xnak sudah . . ." (aku tidak main-main)

Aku Mohon Maaf jika apa yang aku lakukan, aku katakan selama ini membuatkan kamu jauh meninggalkan aku. . . Tetapi aku mahu kamu tahu yang aku tidak pernah lupa akan kamu. . . .

Entry ini aku tulis kerana aku harap nanti kalau-kalau dia sudi untuk membuka lagi blog aku dia boleh baca. . .Sebelum blog aku ini benar-benar menjadi private. . . Aku tidak sempat menujukan lagu Salina Gomez - Love You Like A Love Song kepada kamu sebagai membalas balik lagu yg kamu tujukan kpd aku. . . .

Saturday 17 March 2012

Private. . . .

Hantar email anda kepada saya nanT. . . .

Kerana Blog ini terasa seperti ingin di PRIVATE kan statusnya. . . . Just for reader only <--maksud orang putehnya. . . .



Kalau ade yang bekenan untuk membacanya lagi. . .

emailkan kpd
              : john.pelik@gmail.com (aku lebih suka kalau dihantarkan di sini. . .sumpah)
              : john.pelik@yahoo.com

atau boleh-boleh juga hantarkan sahaja PM di facebook : John Melvin (tekan sahaja tulisan kaler biru nie)


Namun kepada sesiapa yg tidak mahu (dalam erti kata lain menyampah, meluat, merenyam) untuk membaca kisah-kisah bodoh dari aku lagi aku dahulukan dengan ucapan maaf. . . .Ikhlas dari hati. . . .

Ini sekadar cerita daripada aku, bukan diminta untuk dijadikan ikutan. . .Kerana ternyata ia sesuatu yg sesat. . .


Kalau Ada Jarum Yang Patah,
Jangan Disimpan Di Dalam Pati,
Kalau Ada Silap Dan Salah
Jangan Di Simpan Didalam Hati

Serius dari hati Mohon Maaf sekiranya ada yang silap. . . .

ps: Paling Lewat awal bulan depan akan jadi Private. . .Sempena Aprilpul. . .Paling cepat minggu depan, sempena machpul

Menulis ketika baru pulang dari berjimba dalam keadaan kondisi kurang setabil ayatnya lebih banyak bodoh-bodoh. . . Sekian terima kasih

Friday 16 March 2012

Pau Kukus


Jumaat, cuacanya tadi cerah. . . Langit biru bertemankan kepulan awan-awan yang putih bersih. . . Matahari terang memberi cahaya pada segenap dunia. . . . . Siapa yang solat jumaatnya di tengah panas mesti penuh keringat seakan lenjun disimbah hujan, meskipun hari ini cuacanya cerah dengan matahari yang terang memberi cahaya pada segenap dunia. . . .


Tidak jauh dari pagar masjid yang sebahagian jemaahnya jumaatnya di bawah terik matahari tadi, ade sebuah gerai kecik menjual pau kukus dalam bekas buluh bertingkat. . . Penjualnya adalah seorang gadis usia kira-kira awal 20 an. . . Dia memakai baju kurung nipis dengan tudung ala-ala Najwa Latiff ataupun Yuna. . . Kat baju kurung yang seperti lansir itu ada bunga-bunga kecil warna ungu & hijau, tanahnya pula bewarna putih gading. . . Aku juga boleh nampak tali colinya bewarna coklat muda, dan dalam sayup-sayup juga aku boleh nampak putingnya. . .Tergentel kecil dan halus. . .

Dalam bekas buloh bertingkat di gerai kecil tidak jauh dari masjid yang sebahagiaan jemaah jumaatnya di bawah terik matahari tadi ada macam-macam jenis pau kukus. . . Setiap intinya dibezakan dengan titik bewarna di atasnya . . . Kuning untuk Kacang, Hijau untuk ayam, biru untuk daging, merah untuk kelapa dan kosong tidak bewarna untuk kaya. . . Saiz bintiknya pula tergentel kecil dan halus. . . .

Gadis puting tergentel kecil dan halus: Mahu pau yang mana abe. . .

John Melvin: Kasi pau kelapa satu, kaya satu.. . .

John Melvin: sorry. . .tukar yang kaya tu dengan pau kelapa jugak. . . .

Gadis puting tergentel kecil dan halus: tu je abe.. . 2:60

John Melvin: Terima kasih. . .

Gadis puting tergentel kecil dan halus:Terima Kasih. . .Nanti datang singgoh lagi (dalam bahasa pantai timur yg aku x pandai mahu tulis)

Mulanya aku mahu membeli satu, tapi melihatkan pau kelapa yang di atasnya ada bintik merah yang tergentel kecil & halus itu aku tukarkan kepada dua. . . lagipun pau kukus kelapa ini kelihatan begitu gebu sekali. . . aku harapkan rasanya lemak nanti. . . 

Hormon gadis awal-awal 20 an bukan calang-calang untuk dilawan. . . Cukup sekadar dua ketul pau berinti kelapa. . . . 

ps: aku lebih suka kalau-kalau bintik diatas pau kelapa yang kelihatan gebu dan lemak itu bewarna pink. . .

Thursday 15 March 2012

Bintang. . .


Dari jendala rumah 2 tingkat setengah itu, aku melihat ke luar. . . Malam ini bulan & bintang tidur lagi. . .Tidak seperti kejora-kejora angkasa sebulan yang lalu. . . Yang ada hanya kepulan-kepulan awan hitam yang menjadi payung untuk menghias malam. . . Jika aku berani mengatakan Ya, mampukah untuk aku menggapai bintang untuk dirimu <--- muntah baca nie

Balkish: Assalamualaikum. . .Demam lagi. . .

John Melvin: Yuppp. . .

Balkish: OK semoga cepat sembuh. .Tidak mahu mengganggu. . . :P

John Melvin: hak hak hak tengah buat ape. . .

Balkish: dengar MP3 ngan sms awak. . .

John Melvin: Owhhhh lagu ape. . .mintak tahu

Balkish: Terukir di bintang. . . .

John Melvin: Awak suka lagu tu. . .

Balkish: Suka jugak. . . rasa bahagia. . .ha ha ha

John Melvin: Kalau begitu saya mohon jadi bintang. . . .

Balkish: Jadi bintang?

John Melvin: Yela jadi bintang di hati kamu. .  .

Balkish: ha ha ha ha kalau begitu saya jadi lampu kalimantang. . .

John Melvin: mcm xde kene mengene je. . .

Balkish: Ada. . .Biar dia tetap terang kalau-kalau kamu pergi nanti. . .

John Melvin: hak hak hak awak suka saya?

Balkish: Suka. . .Tapi takut untuk berharap, mcm awak kata. . .

John Melvin: Good-good. . .

Balkish: Awak suka saya ? . . . .

*********************************************************************
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkn ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
*********************************************************************

Sejuk. . . .

Nazry: Dah mandi. . .

John Melvin: Sejuk. . .

Nazry: kn ade heater. . .

John Melvin: Tak larat. . .

Demam-demam nie, Malaysia rasakan seperti korea sejuknye. . .

Thursday 8 March 2012

Muda. . .

John Melvin: SPM keluar biler. . . .

PM: tak tahu. . .kenapa

John Melvin: Tadi ade orang ingat aku "intern student" . . .Nampak sangat awet mude. . .

PM: KEPALAAAAAAAA BUTOHHHH. . . . Keluar malam nie, Banyak kepah Free. . . .

John Melvin: Hujan. . .kepah banyak masuk air. . .Tp boleh je. . .

Diibaratkan oleh pengasas product kecantikan yang ada bunga-bunga matahari tu. . .yang Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan. . .hak hak hak hak

John Melvin: Hujan x berhenti . . .Lepak umah aku je. . . KL banjir ke?


PM: Baik budak praktikel. . . .

Wednesday 7 March 2012

Facebook & Liar

John Melvin: Assalamualaikum. . .Sudah tidur?

Balkish: Waalaikumsalam. . .Baru pukul sepuloh, tengah main Red Alert . . .awak dh semayang. . .Waraq bukan soalan saya. . .


John Melvin: Hak hak hak. . .Alhamdulillah belum. . . Game dulu-dulu. . .dah makan (ada kawan aku kata dia merasa getek untuk menjawap soalan ini - tp bile aku sukakan seseorang aku sayangkan seseorang atau aku seselesa akan seseorang memang soalan ini akan aku tuju meskipun ia sedikit seperti makcik-makcik(cukup panjang penjelasan tu))

Balkish: Supermodel not eat after 7. . .hahahahahaha , sudah makan dh pukul 8 tadi. . . awak dh makan ke. . .

John Melvin: Dah before 7 tadi. . .hak hak hak hak

Balkish: Perasan. . .tengah buat ape tu, sibuk sampai x sembahyang lagi. . .

John Melvin: Berfacebook. . . kenapa awak xnak wat Facebook ekk. . .

Balkish: Saya taknak jadi wanita liar. . . .hahahahhahahaa

Balkish gadis genit umur 22 tahun. . .Pada aku, apabila bercerita dengannya bersms dengannya bertemu dengannya terasa seperti berada di taman tema. . . Gembira & Gembira . . .Telatahnya sopan dan bersahaja namun mencuit hati. . . suaranya kecil seperti kanak-kanak umur 12 tahun. . . Kemana sahaja dengan berbaju kurung, menyembunyikan asset payudara & bonggol punggungnya. . . 

Tuesday 6 March 2012

1st Day. . . .

Petang yang agak mendung. . . Mentari juga sudah hilang, yang ada cuma pancaran-pancaran keler jingga di sebalik awan-awan yang sedikit gelam mendung. . . Deretan kereta banyak namun masih lagi bergerak walaupun perlahan. . . Penat. . .

Wanita tua ini, caller ringtonenya mengalahkan anak dara, lagu Justin bibir menjadi pilihannya. . . . Bila ditanya kenapa lagu ini, dia salahkan cucu, tapi hati kecil seorang anak ini tahu dia yang sebenarnya melanggan justin bibir itu. . .

John Melvin: Assalamualaikum. . . .

Mak: Waalaikumsalam. . . Macam mane keje hari nie tam . . .

John Melvin: Boleh la, xde buat ape pn duduk-duduk kenal masyarakat. . .mak buat ape tu. . .

Mak: Mak baru masuk rumah, tadi tengok bunga, dah bayak yang buruk. . .Gantikan dia punye tanah. . . Mane la tahu boleh pulih ke. . .Adik dah sampai rumah . . .

John Melvin: Dah dekat dah. . . mak masak ape

Mak: Makan lauk tengah hari nanti je. . Tengah hari tadi pun masak ikan Gulai lemak ikan kayu, pastu mak Jah masakkan ikan goreng. . tu je. . ..Kalau jauh lagi nak sampai, semayang dulu dekat mana-mana. . . Adik dah makan ke. .

John Melvin: Malam karang la keluar. . .mak ade call masuk, nanT adik call balik. . .bye

Mak: Okeh-okeh. . .mak pn nak mandi nie. . .

Balkish Hello awak. . .keje hari nie macam mane. . .

John Melvin: Penatttttt. . . kenapa tanye nak picit kan ke. . .hak hak hak

Balkish: Eeee org tanye keje mcm mane, bukan tanye penat ke tidak. . . Sudah sampai rumah?

John Melvin: Jauh lagi. . .kenapa nak ajak keluar makan ke. . . Boleh saya datang amek tarus. . .

Balkish: Emmmm xnak la, sebab kawan xde rumah. . . nanti xde orang nak temankan. . . hahahahah

John Melvin: Bagus jugak mcm tu. . .saya pun bermanis mulut je nie, mengantuk rasanya. . .hak hak hak

Balkish: Hahahahahha Ok la awak drive elok-elok. . .Assalamualaikum. . .

John Melvin: Waalaikumsalam. . .Bye. . . .

-------------------------------------------------------------------------------

Masih,lengkap berkemeja Pierre Balmain jalur-jalur coklat tua & muda. . . .berseluar khakis Dockers & berstokin. . . Pada badannya juga masih ada sisa-sisa bau Dior Homme tp mungkin bercampur sedikit bau peluh. . . 2 butang baju dibiarkan terbuka dan lenganya berlipat sehingga ke bawah siku. . . Terlentang menghadap kipas menghilangkan lelah di atas karpet nipis di tengah-tengah ruang tamu rumah. . . . Entah mengapa hari pertama kerjayanya sebagai jurutera  membuatkan John Melvin benar-benar terasa penat. . .Mungkin ekosistem badannya masih belum dapat menerima kenyataan yang kini John Melvin kembali bekerjaya. . . Letih seakan baru selesai diperkosa secara bertubi-tubi. . .banyak kali. . .

John Melvin: Abang. . .Belikan nasi ayam 1. . .Lapar

Nazry:  OK. . .dah sampai rumah?

John Melvin menghantar sms kepada Nazry, meminta untuk dibelikan makanan kerana perutnya terasa lapar, namun penatnya lebih menjadi raja ketika itu . . . Satu. . . . . Dua. . . . . Dua Setengah. . . . Tiga. . . .John Melvin terlelap, terkangkang di tengah-tengah ruang tamu rumah. . . .

------------------------------------------------------------------------------- 

Lengannya terasa agak lenguh, namun dalam masa yang sama ia merasa agak selesa. . . Entah mana lahirnya suara itu. . .sungguh sayu sekali & sungguh jauh sekali datangnya. . .perlahan-lahan seolah berbisik. . "Beeee bangunnnnnn bangunnnnnnnnn bangunnnnn. . . .hi hi hi bangunnnn". . . .Matanya dibuka perlahan, digapainya speak dan menoleh ke kanan, di lengannya ada Nazry. . .Sedang berbisik-bisik sambil jari telunjuknya memain cuping telinga John Melvin. . .

John Melvin: Lenguh la tangan. . . Tepiiii . .

Nazry: Bangun-bangun makan, dah pukul 11 nie. . .lama sangat tidurnya. . .

John Melvin: Emmmmm. . lama dah sampai. . . Awak bangun la, tangan saya rase kebas nie. . .

Nazry: Ishhh. . . 8:30 tadi. . . penat sangat keje sampai abang balik tak perasan. . . makan pastu boleh sambung tido. . .

John Melvin: Ok. . . Air ade beli. . .

Nazry: ada, kopi ais tp dh cair agaknye ais dia, dalam peti bawah. . . x payah mandi la malam nie. . .lama x cium bau bee balik keje. . . .heheheh

------------------------------------------------------------------------------- 


Nasi Ayam berbungkus polisterine putih masih lagi berapa di atas meja pagi tadi. . . Ingin dijamah John Melvin tidak biasa makan pagi, tp dada ayam bewarna coklet sedikit hangus itu ckup menyelerakan . ..Jika ada jodoh malam ini ia akan masuk ke mulut John Melvin. . . Jika tidak, mungkin sahaja menjadi rezeki semut dan tong sampah. . . Bukan John Melvin tidak lapar tetapi John Melvin ada tugas lain yang John Melvin hendak selesaikan semalam. . .

Nazry: Eeeeeeeeeeeeee gosok gigi dulu. . . .

Monday 5 March 2012

Kelu. . .


Dia ada mulut. . .Dia ada lidah dan dia ada kotak suara yang masih elok-elok berfungsi. . .Lengkap dan sempurna untuk berkata-kata. . . Sempurna untuk memberi alasan ataupun  memberi penjelasan. . .Namun dia tidak mampu. . .  Mungkin kerana dia tidak pandai membuat pembohongan. . . 

Nazry: Bee kemana tadi. . .

Dia hanya tersenyum, diam dan mandi. . .

--------------------------------------------------------------------------------------------

ex-tunang : Saya kenal awak dah lama, awak bukan jenis yang pandai nak menipu. . .Jadi kalau nak pasang scandalpun belajar untuk menjadi penipu yang handal dahulu. . Jangan sampai saya tahu. . .

Dada dia berombak tidak tentu hala, Ulu hatinya terasa senak dan pedih, cuba untuk menahan tangis. . .  Namun akhirnya ia tumpah juga. . .tertunduk sambil nenahan sendu. . . Mukanya merah, air matanya tumpah namun mulutnya masih terkatup rapat, yang keluar hanyalah air liur yang cuba untuk lari. . .Malu ketika itu sudah lama hilang. . .Kerana dia lebih bimbangkan kekasih hatinya meninggalkannya

Dia memang tidak mahu apa yang terjadi dahulu terjadi lagi. . . Kerana dia memang tahu dia tidak pandai untuk menipu. . .


Semalam, Dia keluar bersama-sama kawan lamanya Zul. . . keluar sebagai sahabat serta berkelakuan seperti sahabat. . .Bezanya kali ini Zul meluahkan rasa hatinya kepada dia dan secara tiba-tiba juga Zul mengucup mulutnya. . .Namun dia tidak menghalang mahupun cuba menghalang. . . Kerana dia tahu yang dia memang tidak pandai menipu. . .

Friday 2 March 2012

Beku. . .


Malam tadi bumi Kuala Lumpur tumpah dengan hujan lagi, sama dengan semalam. . . Begitu juga dengan bumi Perak. . . Awan di sana menurut mak juga turut menangis. . . Malam ini mungkin satu Malaysia basah dengan air hujan, membersihkan debu-debu bumi hasil tangan manusia. . . Dingin. . . .

Yahoo Messenger:

John Melvin: Lama lagi ke?

Nazry: Lama jugak. . . Knape datang jela sini. . .

John Melvin: Abang la datang bilik nie. . .

Nazry: Malas. . . Bee la datang bilik nie. . .Abang banyak lagi keje nie. . .

John Melvin: Alaaaa. . . . Sejuk sangat nie. . . Tangan dah tumbuh ais dah. . . mcm mane

Nazry: Hahahahaha mengada-ngada. . .pelahan kan la air cond. . 

John Melvin: X boleh jalan. . .Kaki dah keras. . .

Nazry: 10 min. . . .

John Melvin: Jgn lupa bawak ........ skali. . .

Nazry: Dah agak dah. . . .

Malam tadi bumi Kuala Lumpur tumpah dengan hujan lagi, sama dengan semalam. . . Begitu juga dengan bumi Perak. . . Awan di sana menurut mak juga turut menangis. . . Malam ini mungkin satu Malaysia basah dengan  air hujan & semoga malam ini bumi ciptaan tuhan ini basah lagi. . .Biar ia menjadi dingin biar dia menjadi nyaman, membersihkan debu-debu bumi hasil tangan manusia. . .