Tuesday 30 July 2013

Rajuk Part 1. . . .


Matematik mungkin tidak mengajar kita bagaimana menambah cinta dan menolak benci, tetapi ia mengajar kita bahawa setiap masalah ada penyelesaian. . . Begitu juga dengan Biologi. . . Kita tidak diajar dimana letaknya cinta serta dimana datangnya cemburu & dimana hidupnya rajuk, namun kita tahu yang ia datangnya dari hati. . .

-------------------------------------------------------------------------------------------


-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam 3 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013 Sabtu jam kurang lebih 1030 malam

Nazry: Tadik abang nampak bee dkt JW berbuka. . . Dengan sape tu. . .

John Melvin: Owhhh knape tak joint skali, kata buka dengan hospital mate (sukati je)

Nazry: Taknak kacau orang sedang bahagia. . . Dengan sape tu bee?

John Melvin : Owhhh dengan office mate. . . dia ajak berbuka. (penipuan)

Nazry: Knape berdua je ?

John Melvin :  Asalnya ade 4 orang tapi abang rizal ngan fiza last minit cancel. . .(abang rizal & fiza adalah pasangan suami isteri yang dikurniakan seorang anak setelah hampir 7 tahun berumah tangga, mereka merupakan office mate & teman rapat John Melvin - Penipuan)

Nazry: sape nama dia, knape yang lain tak joint skali. . .

John Melvin: owhhh (emmm emmm emmm) Shariff, cadang nak makan kita-kita je, yang invole project dkt terengganu. . . lagipun plan last minit. . . .

Nazry: Shariff, Tak penah chite pn pasal dia. . . . Knape sekarang selalu balik lambat. . .

John Melvin: banyak keje, lagipun kan dh cakap plan last minit. . . hahh sebelum tu nak buka ngan awak saya tunggu dari kul 710 sampai 830 baru boleh buka. . . tunggu dalam kereta plak tu. . . Awak bukan nak jemput saya duduk dekat bangku hospital pun. . . (tips berguna - menggunakan pendekatan reverse osmosis sekiranya anda tidak mampu menjawap soalan-soalan pasangan anda selanjutnya)

Nazry: tukar topik la tu, kan abang dh kata ade orang x-cident time tu. . . budak 10 tahun jatuh motor. .

John Melvin: awak buat ape ke JW. . berbuka gak kat sana ke, ngan sape. .

Nazry: buka ngan hospital mate la. . .

Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh John Melvin, akhirnya (seperti skrip dibawah ) & menjadi seakan insan bisu ketika sahur & ramadhan berikutnya. . .

Nazry: Abang nak tido dulu, susah cakap dengan orang yang suka tukar topik nie. . .

-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam 5 Ramadhan 1434H bersamaan 13 Julai 2013 Sabtu jam kurang lebih 0430 pagi

Hari tersebut Nazry pulang lewat, jadual kerjanya sehingga larut malam dan kebiasaannya jika jam larut malam Nazry selesai kerja, jam 230 pagi dia akan sampai rumah. . . kebiasaannya ketika itu juga John Melvin akan tidur nyenyak jika tidak diperlakukan apa-apa atau digomol-gomol manja. . .

John Melvin : Awak dh sahur. . .

Nazry: Belum. . .

John Melvin: Awak tak tidur ke dari balik keje tadik. . . 

Nazry: knape phone bee dh ada password. . 

John Melvin:Bak sini bukak. . .

Kemudian Nazry menghulurkan phone ke tangan John Melvin sambil-sambil membuat muka tidak puas hati bernilai dua puloh sen, John Melvin sambut & masukkan password kemudiannya memberikn semula kepada Nazry. . "Jom Sahur" kata John Melvin sambil sebelah tangan kirinya menyelak kain pelekat & menggaru pipi kulit punggungnya dalam perjalanan ke dapur. . . By the way, selain memiliki kerjaya sebagai seorang Doktor, Nazry kini menjadi seorang ahli perisikan. . .By the way - John Melvin dh delete dah apa yang tidak patut. . .nama Shariff juga John Melvin tukarkan kepada Sharifah Aini. . .hak hak hak

5 Minit, 10 minit, 15 minit dan akhirnya Nazry muncul dengan wajah bahagia dijenang dapur. . . kami bersahur seperti pasangan-pasangan housemate yang lain. . . Usai sahur John Melvin & Nazry sambung tidur sebelum menunggu terbitnya subuh. . .(Puas hati la agaknye Nazry dengan siasatan beliau sbb tidak sehingga 10 minit banyi dengkuran sudah memenuhi ruang bilik)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam 6 Ramadhan 1434H bersamaan 14 Julai 2013 Sabtu jam kurang lebih 0500 petang

John Melvin: Bee buka luar hari nie, dengan contraktor semua. . .Ada nak kirim apa

Nazry: OK. . .

Nazry:  Shariff ada sekali ke?

John Melvin: hak hak hak xde. . . Cuma Bee ajak PM skali. . .

Nazry: Knape plak Shariff takde, kan dia satu office ngan Bee. . . tidak dijemputkah?

John Melvin: Aktiviti soal-siasat kah?

Nazry: Saja tanye, coz tak pernah dengar pasal shariff tiba-tiba jadi officemate pastu buka berdua dengan bee 

Nazry: Hari tu

John Melvin:  Nak buka sekali ke petang nie. . .tengok sendiri ( berani buat ajak-ajak merpati sbb tahu nazry akan kata xpe la)

-------------------------------------------------------------------------------------------

Malam 11 Ramadhan 1434H bersamaan 19 Julai 2013 Sabtu jam kurang lebih 0815 malam

Pagi itu 10 Ramadhan 1434H bersamaan 19 Julai 2013, John Melvin mensearch-search ruang alam maya mencari tempat utk John Melvin & Nazry berbuka (kerana John Melvin adalah adil orgnya, sudah berbuka dengan Shariff harus juga berbuka dengan Nazry - Calon Suami pilihan) kemudian dari satu hotel ke satu restaurant John Melvin mencari & akhirnya jodoh untuk John Melvin & Nazry berbuka di Best Western Premier Dua Sentral. . .

John Melvin: Adikk buat apa tu. . .

Nazry: Buat benda yang adik suka. . .

John Melvin: hak hak hak, petang ini berbuka di Best Western Premier nak?

Nazry: OK. . . Berapa ringgit?

John Melvin : Dua Kupang je. . . Nak datang amek atau kereta sendiri-sendiri?

Nazry: Kereta sendiri-sendiri la, sbb abang x sure kul brape baru blh ke sana. . . On Call

John Melvin: Orait. . . Confirmkan balik nanti. . 

06:10 petang itu hati John Melvin seakan terkilan. . . Air Liurnya yang berbau kasturi syurga seakan terasa amat pahit (hak hak hak drama)

Nazry: Bee sorry abang x boleh buka sama. . . Ade postmortem. . . 

John Melvin: Alaaaaa. . OK

Nazry: Takpe bee buka la ngan kawan baru bee tu. . . Shariff. . . Lagipun abang siapa nak larang. . .

iMassage terakhir dari Nazry, John Melvin biarkan sahaja tidak berbalas. . . Sudahlah undangannya ditolak dengan alasan selalu Nazry, diri pula diperli. . . Namun John Melvin tetap berbuka di situ, cuma kali ini sendiri. . .

Malam itu 11 Ramadhan 1434H bersamaan 19 Julai 2013, sebaik sahaja John Melvin usai Solat Maghrib setelah kenyang melantak kambing golek masin, teliponnya berbunyikan massage:

Nazry: Kenapa Bee buat abang mcm nie. . . If you really want be back-off I will. . .  

John Melvin: Pulak. . . 

panggilan tidak mahu angkat, massage tidak pula mahu berjawap selepas itu. . . Kemana menghilangnya Nazry. . Dibaham harimaukah atau dirodok sang kerbau?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Bersambung.. . . . .

Wednesday 24 July 2013

15 Ramadhan. . . .


Jika dihitung-hitung dengan jari Sudah 15 hari kita berpuasa. . . Tapik rasanya masih belum terlewat utk John Melvin & Keluarga mengucapkan 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Tapik John Melvin & rakan serumahnya Narzy telah terponteng sehari. . . hemmmmmmm ibarat kata pepatah "dasar konek tidak dibedung'. . . 

Namun apakan daya Nasi Sudah Menjadi Bubur, Ditambah sambal & jeruk asam sedaplah ia. . .

ps: Kalaulah John Melvin tidak pulang awal hari itu, kalaulah Nazry tidak off day hari itu & kalaulah  Nazry tidur dalam keadaan lengkap hari itu. . . Haishhhhhhhhh seteres memikirkan ketelanjuran ramadhan ini. . .


John Melvin mohon maaf atas entry tidak sopan dibulan keberkatan ini, namun di mana harus John Melvin luahkan rasa bersalah jika bukan disini. . . Betul hati ini milik Tuhan, kerana itu John Melvin dihatinya rasa penuh bersalah. . . .

Sudah sekarang John Melvin tidak dapat beraya kerana waktu John Melvin kecik-kecik tidak berbulu dulu mak John Melvin ada kata : Sape tak puasa penuh tidak boleh raya. . . Kasihan John Melvin. . .

Wednesday 3 July 2013

Kerang Busuk. . .


Kamu sekarang seperti orang kurang sioman (betul ke ejaannya ini), bila didalam kereta mendengar lagu yang kononnye dia tujukan utk kamu, kamu akan tersengeh seperti kerang busuk (waima kamu sendiri yg pasang lagu tu - MP3)... Sebaik sahaja kereta kecil kamu lalu dalam kesesakan & melintasi menara kerja dia, kamu akan melihat sehingga ke puncak menara & hati kecil kamu berdetik, "Sudah sampaikah dia di tempat kerja" juga membuatkan kamu tersenyum seperti kerang busuk. . . Di pejabat kamu menanti email darinya, kemudian kamu akan tersenyum seperti kerang busuk membacanya atau kamu tergelak seperti orang kurang sioman (betul ke ejaan ini) 


Bila waktu pulang, kamu tidak sabar mahu ke gym. . . Kerana disana kamu bertemu dengan dia & disana juga kamu mula mengenali dia. . . Setiap kali kamu & dia mahu berjumpa, kamu selalu pastikan yang kamu dalam keadaan yang wangi meskipun waktu itu sudah petang & kamu sudah seharusnya berbau peluh yang membuatkan teman serumah kamu gemar akan baunya. . . Mungkin sekarang kamu seperti orang kurang sioman (betul ke ejaannye ini). . . 

**************************

Nazry: Salam. . Rehat ngan sape tengah hari nie, makan apa (02:14pm, 02/07/2013)

John Melvin: Makan hati je sayang. . .

Nazry: hahahahah kenapa makan hati plak. . .

John Melvin : Yela makan hati berulamkan jantung sbb rindukan sayang. . . hak hak hak

Nazry: Knape panggil abang sayang plk tetiba. . . explain please. . .

suddenly air liurnya terasa pahit, jantungnya berdegup kencang & air air jernih berlarutan urea & mineral keluar dari dahinya. . .

John Melvin: hak hak hak saja je nak bermanja sikit pun tak boleh. . Yela orang tu sekarang kan selalu penat. . .

Nazry: hahahahaha sorry-sorry. . .

Inikah yang dinamakan kantoi-kantoi kecil?