Showing posts with label Ex-Girlfriend. Show all posts
Showing posts with label Ex-Girlfriend. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

Menu Berbuka. . .


Assalamuaikum & Selamat berpuasa. . . . Anda puasa ke tidak. . . .



Kalau aku boleh puasa skarang nie aku teringin sangat nak berbuka dengan baguette dari Bakery Sedap Chekgu jamilah nie. . . .Serius nampak sedap. . .hak hak hak


PS: Mak cakap time aku tidak sedarkan diri 8 jam hari tu, ex-tunang aku dan tunang dia ada datang. . . . Ex-tunang aku tunggu dekat 5 jam (PM plak cakap). . . . Itu membuatkan aku rase TERHARU


Orait aku berambus dulu nanT kalau dia orang tau aku hilang lama-lama dari tempat beradu, dia org membebel mcm mak nenek. . . .Adios

Sunday, 7 August 2011

Aku Mahu Bunuh Kamu

Ku cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Ku Cuba Bunuh diriku, Tapi Aku Masih Hidup.

Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Adalah Kesedihan
Kerana Engkau mengenangkan Perpisah, Kerana engkau adalah kenangan


Ku Cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Kerana Engkau Adalah Sejarah, Sejarah Tidak Mati

Ku Cuba Bunuh Diriku, Aku Masih Hidup
Ku Cuba Bunuh Kesedihan, Kesedihan menghitam segala-galanya


Engkau adalah sejarahku, Sejarah Seperti Orang Lain
Sejarah Adalah Kenangan & Pengalaman
Sejarah Menyorot Kesilapan & Kebenaran

Perpisahan Kita Menyayat Kalbu, Kerana Kasih Sedang Membunga
Lalu Patah Tangkainya Oleh Ribut Ganas Yang Bernama Nasib

Aku Tahu Betapa Kasihmu, Aku Tahu Betapa Kasihku
Beningnya Bagaikan Bulan Di Langit, Birunya Bagaikan Hamparan Lautan

Aku Dapat Rasakan Betapa Hangatnya Air Matamu
Aku Dapat Merasakan Hangatnya Air Mataku
Bagai Tiada Bertemu Kembali Bagai Entah Kemana. . .

Ya, Duka Itu Dimana-man, Duka Aku Kerana Perpisahan
Duka Vietnam Kerana Peperangan , Duka Palestine Kerana Penindasan

Sia-sia Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Tidak Mati
Sia-sia Aku Cuba Bunuh Diriku, Kerana Aku Masih Hidup

Dewan Sastera 1971

Isi Sastera jiwa untuk orang yang tidak keruan jiwanya seperti AKU. . . .Untuk Orang giler seperti AKU. . 

Friday, 1 July 2011

Sedih

Hari ini aku sedih lagi. . . . . . 


See my x tunang with her new tunang burden me inside. . . . Salah aku jugak gatal nak keluar makan dengan PM. . . Betembung dengan ex-tunang dh mcm rase pakai seluar koyak malunya, tak tegur nanT dikata belagak tegur buat aku menangis didalam. . . . . 


ps: dekat rumah, aku ponteng keje sbb xde mood nak mulakan hidup utk hari ini. . . . Kan bagus kalau kita boleh simpan Hati dalam peti sejuk. . . .



ps: Aku tidak kisah jika orang katakan aku getek. . . . Kerana serius sekarang aku rasa semua tidak betul & semua tidak kene. . . .  I like hate my self now. . . .

Friday, 17 June 2011

BerTunang. . . . .

SMS yang aku beri & terima semalam buat aku rase nak panjat bangunan komtar pastu terjun. . .(actually nak buat2 terjun sbb nak perhatian. . .hak hak hak) How dare you (hak ha hak hak  actually buat-buat gelak sbb sekarang aku tengah sedih sehh). . .the feeling quite same like after i broke up with my tunang but now it not hurt too much. . . .

So sape nak gelakkan aku mcm PM silakan & sape nak simpati ngan aku can i borrow ur shoulder. . .sob sob sob. . .


John: Assalamualaikum awak, saya ade kat Penang nie. . .Ade nak kirim ape-ape (send to Nazry & ex-girlfriend)

ex-girlfriend : Waalaikum salam. . . . Takde ape-ape rasenye. . . Awak jaga diri elok-elok ye. . . .

John: Betoi nie taknak ape-ape. . .  Tak payah bayar balik. . .

ex-girlfriend: takpe la awak. . . Balik Bila nie. . .

John: Jumaat. . . . knape?

ex-girlfriend: Kalau ade masa datang la rumah mak ye. . . . Saya bertunang. . .

ps: Nazry tak reply pun msg yang aku hantar kepada dia. .  . . . Dengan kekecewaan aku beranggapan yang Nazry sedang berada dalam keadaan begitu sibuk di Hospital (it also heart my heart)

................................................................................................................................................................................................................................................................................

John: Oiit PM ex-girlfriend aku nak tunang ko tau tak?

PM: tahu, Dengan aku. . .ha ha ha. . . .tahu knape?

John: Knape tak kasi tahu aku. . . .

PM: aku pun baru je tau maa. . . .Hari selasa lepas dia antar email ajak g umah dia sbb nak tunang. . .

John: Dengan sape?

PM: Ntah la kalau tak silap aku family dia yang aturkan. . .dengar chite doktor. . .baru balik dari Ireland muda 1 tahun dari ex-girlfriend hang. . . . . Handsome darik hang & betoi-betoi lurus. . . Tak silap aku lagik sabtu nie tunang pastu Raya ke 4 nanT dia org kawen. . . . Gelojoh sungguh.hak hak hak

John: Vavik betoi. . .

PM: tu la time Nazry nak kan hang xnak. . .sekarang dah mengonggeng. . . . ha ha ha. . . Nak pegi ke tunang dia nanT. . .

John: Ntah la. . . NanT ape2 aku rojer hang. . .

PM: Orait. .  . .

................................................................................................................................................................................................................................................................................

John: Tahniah awak. . .

ex-girlfriend: Terima Kasih awak.. . . knape lambat reply awak OK. . .

John: hak hak hak OK je. . .tadik pegi mandi jap  (penipuan paling keji + murahan)

ex-girlfriend: Jaga diri awak elok2 ye & kalau ade masa jgn lupa datang. . . .

John: InsyaAllah

Actually insyaAllah aku tak datang. . .Giler korang kalau tetiba aku buat meroyan kat majlis tu mcm mane. . .

I really need someone that i can talk to.. . .Nazry pun dah tak call-call aku setiap malam mcm dulu. . . .I really need help now.. . .who want take my heart, but it in very bad & horrible condition or somebody please just cut it out and throw away from my chest. . .So it end this suffering. . . (ayat mcm takde pedoman but it really what i feel now)

Tuesday, 7 June 2011

Takdir. . . .


Aku Khabarkan kepada otak serta perasaan agar berehat tidak berfikir & pretending everything is normal . . . . Kerana aku kenal sangat sama ini otak & perasaan . . .Kalau dilayankan sangat akan membuatkan aku menjadi sedih & ada ruang kosong didalam dada yang seakan membengkak. . . .Merana sungguh. . . . Namun baru-baru ini aku tewas & sehingga sekarang aku merasakan yg aku masih tewas dengan perasaan ini. . . .waaaaaaaaa 

Tapik sebelum aku menangis & kene shot karen sbb air mate menitik tumpah atas keyboard aku nie, aku nak ucapkan "Selamat pengantin baru kepada sesiapa sahaja yang baru sahaja mendirikan rumah tangga disepanjang cuti sekolah nie - Semoga kekal hingga ke akhir hayat & mendapat restu serta keredaan ilahi (mulia tak)"


Kalau diikut-ikutkan tarikh & perancangannya sekarang aku sudah bergelar suami orang & sudah mula mandi wajib akibat berjunub dengan isteri & bukan kerana melancap akibat teransang atau sangap. . . Kalau orang tuanya kata, kira dah ada pengalaman malam pertama. . .  

03-06-2011 bersamaan hari Sabtu John selamat diijab kabulkan dengan ex-girlfriend nye dengan hanya satu lafaz sahaja. . . . Bertemakan set perkahwinan Hitam Putih (kita orang plan nak pakai color nie time kawen) mempelai tampak begitu padan begitu cocok, ibarat pinang dibelah kapak. . . .  

Namun apa yang dirancang, apa yang dicanang hanya tinggal kenangan. . . Realitinya & eroninya aku terperuk dalam bilik 2 hari memikirkan nasib & masa depan aku sambil kadang kala ditemani air mata dan terlelap didalam kepiluan (giler gadis nagis akibat x jadi kawen). . . . 

Pagi tu aku msg ex-girlfriend aku & kemudiannya aku telephone beliau & kemudiannya lagi aku dengar & tahu dia menangis & kemudiannya lagi aku pun turut menangis & sehingga sekarang hati aku menangis. . . .

john: Assalamualaikum awak. . . . Sepatutnya hari nie kita sah menjadi suami isteri. . . Tapik jodoh kita tidak kesampaian & x ditakdirkan bersama. . .meskipun abang agak separuh giler lepas kita putus tp abang yakin ade hikmah disebalik semua nie, & abang juga yakin yang awak ade alasan awak sendiri. . . .Abang doakan yang awak akan mendapat suami yang jauh lebih baik daripada abang & mampu membimbing awak & anak-anak . . . 

ex-girlfriend : salam abg.. . . Kalau abg rasa abg jadi separuh giler, itu juga yang saya rasa. . .saya lakukan semua nie jugak untuk kebahagiaan abg kelak. . . setiap perkahwinan mahukan zuriat N saya sangat inginkan zuriat. . .saya yakin yang abang xnak zuriat yang tidak sihat @ xde zuriat . . . Mungkin ini jalan terbaik untuk kita berdua & umat muhammad akan datang. . .Saya doakan yang terbaik untuk abang. . .

dapat je message ex-girlfriend yang aku masih cinta masih sayang mcm mula awal aku & dia berkenalan, aku membuat penggilan & kita berborak panjang. . . . dalam borak kami ada sedikit tawa meskipun kebanyakannya adalah air mata. . . . Aku pasrah & redha dengan ketentuan ilahi (calon imam muda 2012. . .hak hak hak). . .

ps: actually aku ngan ex-girlfriend aku putus tunang sebab we all merupakan pembawa genetik Talasemia (tak silap aku eje mcm nie) & ia dikhabarkan membahayakan nyawa anak yang bakal kami hasilkan atas hubungan kelamin yang sah dalam pelbagai posisi menggairahkan. . .hak hak hak (cuba buat2 lawak bodoh & gelak even my heart still sayu-sayu mata memandang)