Thursday 19 May 2011

Lepas SPM. . .

Tadik petang pukul 04:02 pm anak jiran sebelah rumah aku msg kata dia dah nak berangkat ke UiTM Dungun mendaftar masuk. . . Aku rapat ngan budak nie, dulu time SPM aku la jadik chekgu Add Mat & Fizik dia . . . Cadang nak didik elok-elok pastu jadikan anak ikan. . .hak hak hak <--memain je

video nie actually menceritakan apa yang nak aku sampaikan. . Aku tak pandai menulis so kalau tak faham & benci nak baca aku merapek-rapek adik-adik tonton video nie, dengan hati & jiwa yang khusyuk serta toqmaninah

Bercerita pasal masuk Universiti nie, teringat time aku muda belia dulu. . . .Actually my SPM result is very good very good. . (kira perut mak aku rasa mcm ade aircond la time amek result SPM) . . Kira semua yang aku apply semua dapat. . .JPA nak taja ke india jadik Doc - Mak tak kasik, dapat UPSI jadik chekgu - Aku rasa aku tak pandai nak mengajar orang, event pakai result percubaan SPM aku dapat masuk  UTP   (Universiti Teknologi Petronas) - cos cari gali kalu tak silap, Alih-alih aku amek masuk Matrikulasi. . . . So sms jam 04:02 pm tadik mengimbau kembali zaman aku time melangkah ke dunia selapas SPM & zaman kat matrikulasi dulu. . . .
(actually ada unsur-unsur riak yang dilaknat tuhan ye adik-adik didalam perenggan ini over)

For information you all sekalian, actually aku dah mula ade feeling-feeling minat tengok jantan nie start time sekolah menengah lagi. . .Tapik time tu aku selaku remaja sunti tak tau pun ape benda gay bagai nie, so aku assume it a normal feeling. . . sebab on the same time aku selalu jak la dapat surat cinta bawah meja (dari gadis-gadis). . .Namun usia yang meningkat tua mengajar kita erti kehidupan & makna sebuah gay. . . .hak hak hak

Kamal - salah seorang teman rapat aku ketika di matrikulasi, Kebiasaannya kemana sahaja di kampus kami selalu berlima  iaitu aku, PM, Kamal & 2 lagi kawan rapat (namun sekadar watak picisan & pelakon tambahan didalam cerita ini. . .hak hak hak)  meskipun kamal sedikit sopan orangnya, agak pemalu & gebu wajahnya serta lurus teratur jalannya (seperti seekor kucing betina yang ingin mengawan), beliau tiada bezanya dimata kami, meskipun ade mulut lain yang menghinanya. . .

Keakraban antara aku , kamal & sahabat lain menyebabkan kita orang sering tidur bersama dalam keadaan berdimpit dimana 2 katil bujang digabungkan & diletakkan 5 ekor anak badak diatasnya. . .  . Jika tidak bilik aku & PM pasti dibilik 2 sahabat tadik. . . Namun pernah juga aku hanya tidur bersama Kamal diatas sebuah katil kecil. . . . Ini semua sering terjadi ketika Hujung minggu dimana ramai pelajar lain balik ke kampung & ketika minggu-minggu adanya peperiksaan. . . . Dengar khabar Hostel kami berhantu. . . .

Namun segala keakraban & kebahagiaan yang kami tempuh hampir terpadam pada suatu malam yang dingin. . . . Ketika itu PM & 2 Sahabat tadik pulang kekampung halaman masing-masing. . . .Yang tinggal hanya aku & kamal diutara tanah air. . . .

Seperti malam-malam kebiasaannya, setiap kali selepas kenyang melantak makanan kita orang akan bercerita @ pergi menengok TV. . . . Bezanya malam ini aku & kamal agak kepenatan, & pulang awal ke bilik masing-masing untuk beradu akibat berjalan-jalan kaki di bandar pada siangnya mencuci mata. . . . Kiranya mengikut pengiraan aku, tidak sampai 1 jam aku beradu & bermanja-manja dengan tilam, pintu bilik aku diketuk. . .  Dalam keadaan malas & sedikit menyumpah aku membuka pintu & terlihat Kamal dihadapannya dengan air mata dipipinya . . . . 

Tanpa dipelawa Kamal masuk & duduk dibucu katil aku sambil menahan tangisnya. . . Aku selaku sahabat yang metrosexual pergi mendakap bahunya untuk memenangkan nya. . . .Bertanyakan cerita What Happen What Happen. . . . Dalam keadaan teresak-esak satu persatu perkara diceritakan kamal kepada aku. . .Tiada satupun yang tetinggal didalam ceritanya, yang ada cuma noktah yang banyak akibat dari sendunya. . . . Panjang ceritanya, but if i were to discribe it in simple word it's be Kamal Hampir Diliwat Roomate. . . .Lepas kejadian itu bilik B-128 bukan hanya untuk aku & PM sahaja, tetapi juga tempat tinggal terbaru buat Kamal. . . (tapik kira bagus gak kamal ade kat bilik, so product kecantikan yang tampal kat pipi yang aku tak pernah terfikir nak beli pun aku & PM pakai time kamal xde. . .)

Sampi situ sahaja ceritanye ayuk kita ke moral of story 
: ::Kamal & aku masih mengekalkan kevirginitian sepanjang kita orang di matrikulasi :: :

Actually ape yang cuba aku sampaikan kat sini adalah sedikit nasihat kepada adik-adik yang masih hijau muda & mentah lagi. . . Aku syak/yakin tak banyak sikit budak yang terbaca @ membaca cerita & coretan aku. . . Tapik ape yang aku tuliskan disini adalah sekadar meluahkan apa yang aku rasa & apa yang aku simpan selama ini secara rahsia. . . .

Macam aku : jika dilihat dari mata kasarnya adalah seorang jejaka yang tampak begitu str8 (ijoy cakap) & kacak sekali (hak hak hak perasan) tetapi sedikit memiliki selera yang melanggar rona-rona tabii manusia . . . . Tapik seriusly time aku belajar aku sedikitpun tidak menunjukkan minat kepada kaum adam. . .Walaupun pada dasarnya jiwa aku meronta didalam (ayat mcm sampah). . .Seriusly kalau aku nak berjimak time belajar dulu boleh je dapat. . .Bukan takde senior / junior minat kat aku, kawan kelas lagi ade minat kat aku. . . Tapik aku lawan perasaan tu dengan aku dekatkan diri dengan masjid & aku sibukkan diri dengan belajar. . . .

Macam Kamal : Meskipun sesetengah orang memanggil dia lelaki lembut & aku pasti dia ada perasaan terhadap kaum adam, aku kagum dengan dia. . .Sebab ia amek kekurangan dia tu sebagai satu cabaran. . . Kalau budak-budak lain yg macam dia tak sampai 2 bulan duduk luar (jauh dengan famili) dah mula pandai pakai gincu, dah mula pandai pakai kasut tumit tinggi & dah mula jual ponggong kat pak arab. . .Bukan xde abang-abang cantik ajak dia joint dia orang, tapik kamal cuba jauhkan diri dari dia orang. . .berkawan dengan kita orang yang kelihatan lurus & nyata nie (walaupun ade gak yang selekoh-selekoh skit - aku ekk). . . Cuba untuk menjadi jantan & tidak menganggap kutukan orang sebagai sebab dia untuk menjauhkan diri. . .

Dan mcm kita pulak janganlah sisihkan orang-orang mcm si kamal nie, berkawan dengan dia seperti biasa. . . Ajak dia keluar dengan kita, belajar dengan kita & jangan sesekali memandang rendah kepada mereka. . .(emosional plak aku) Lagipun sebagai nasihat tambahan kepada adik-adik, insan mcm kamal nie sangat rajin orangnya serta kemas & teliti kerjanya. . .Kalau korang rapat berkawan dengan dia orang senang nak tiru asgment & buat project. . .hak hak hak

Makanya adik-adik sekalian. . .NanT ketika di Uiversiti, Matrikulasi, Politeknik, Kolej pandai-pandailah bawak diri & jaga diri. . . Pilih kawan yang betul & sentiasa ingat kepada Tuhan serta mak bapak. . . . Abang yang matang nie bukan nak tunjuk bagus atau sifat terpuji, tetapi sekurang-kurangnya jika korang (gay, bisex etc) tahan nafsu serakah tu sampai habis belajar, sebab time belajar nie korang masih dibawah tanggungan mak ayah masih terlalu mentah & tidak matang dalam berfikir (even genius mcm aku - alamak teriak lagi). . .Dah keje nanT kalau korang nak beromen dengan kuda pun Abang yang budiman nie tak kisah pandai-pandailah bawak diri & selamat menuntut ilmu. . . .

"Berkawanlah dengan pembuat minyak wangi, nescaya harumnya akan terkena bajumu juga. Janganlah berkawan dengan si tukang besi, percikannya akan terkena bajumu lalu boleh terbakar"


Nasihat Ikhlas dari seorang yang lebih dahulu makan garam dari korang - doakan aku tak kene darah tinggi

9 comments:

  1. terharu betul..aku tabik dengan korang yang tak prejudis untuk berkawan dengan sesiapa walau tak kira orientasi seksual atau sifatnya berbeza dari orang lain..basically kita as human being adalah sama kan...walaupun org lain pandang rendah atau hina sekalipun sebagai PLU kita kena kuat semangat lawan nafsu dan sentiasa berfikiran positif~bukan nak kata aku ni tak pernah terinzal dengan sesiapa..tapi jadikan perkara2 yang lepas sebagai pengajaran..dekatkan diri dengan tuhan,sibukkan diri dengan kerja dan lakukan sesuatu perkara yang positif yang kita suka..InsyaAllah.Keseronokkan dunia tak akan bawa kemana2 kann...

    ReplyDelete
  2. John.. entry yg matang dh penuh dgn isi2 yang mantap dan bernas (walaupun ada unsur riak yang dilaknat Tuhan.. hehehe).. aku suka..

    mujur dr zaman sekolah sampai la skrg aku mmg selalu jumpa member2 yg ahli ibadah dan baik hati serta budiman.. sbb pengaruh diorg la aku jd baik sampai skrg (unsur riak dh timbul)

    kpd adik2 sekalian, jadikan la Abg John ni sbg idola, dah la genius, kacak, baik, macho lak tu.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Shazlan: betoi-betoi. . .Actually siapa kita untuk menilai, kadang2 org yg kutuk2 tu la sebenarnya ade feeling2. . .hak hak hak "No body perfect so dont mess with zohan" - ntah hape2. . . .

    Zack: terima kasih -terima kasih. . . .Tapik ini sekadar pendangan aku. . .So harap jngn ade yang terasa. . .

    ps: kawan adalah antara orang yg kita paling rapat, jika tidak masakan ada isu pengaruh rakan sebaya...
    pss: Hanya ambil apa yang baik pada aku. . . Yg buruk korang buang jauh ke laut (mulia x ayat nie)

    ReplyDelete
  4. wahh..tp bg aku lak..time aku blaja dulu aku cuba nk elakkan bergaul ngn bdk2 lembut atau PLU..aku akan pastikan kawan aku st8..bkn apa..aku tau aku ni jenis lemah iman..so..aku takut aku tergoda n terikut2 ngn group2 dieorg..aku pom alami mcm john..tido 1 katil 1 bantal ngn kwn2 lelaki..tp aku pastikan aku jaga adat tatasusila semasa tido..mind set aku ckp yg org tido sebelah aku adalah st8..utk elakkan terjadi apa2..huhu

    ReplyDelete
  5. sokong kata2 joHn ..wa tabik sbb aku pn mcm ko joHn...elak n elak tp last sem aku balun gak sbb xthn ahaks tp kt obersea mmg byk dugaan..byk jgk yg aku control..cewaah puji dri sndri...nafsu xkemana,kn bingt...yg sempoi kita smua ni sekapal..

    ReplyDelete
  6. ijoy: Good-good, ape yg pasti tiap org ada cara tersendiri utk melawan nafsu serakah & godaan jantan hot.. . . Bagi aku yg penting kita kenal siapa diri kita. . . menetapkan objective hidup & semakin hari semakin sayang - pesanan dari kementerian pembangunan wanita keluarga & masyarakat...

    Afiz: waaaaaaaaa ngan org malaysia ke orang luar... Hang oversea blajar kat mane, kesian aku tak dapat blajo kt oversea. . . .Aku harap cerita org oversea nie hang kongsi dlm blog hang yg tulis NO POST tu. . . .hak hak ahk. . .

    Aku kapal titanic hang kapal ape??

    ReplyDelete
  7. joHn :btol2 objectif 2..
    kt holland..ngn org sn tettttt...smbil nyanyi " aku insan yg lemah,hanya mmpu bsrh " ahakk..psl no post tu ,dunow how 2 remove( kantoi buta blog )

    aku kopi cap kapal hikhik...
    Ijoy ,Zack ,Shazlan anda kapal ada ahaa

    ps: tigt cite "sutun" lagu 2..

    ReplyDelete
  8. aku kapal korek jer.. keh keh keh..

    ReplyDelete
  9. i like this post.. ia mengingatkan aku mengenai kwn aku dulu.. lelaki lembut ni ada dua kategori.. pertama; lembut tapi try nak berubah.. brpakaian pun mcm lelaki.. xde pakai make up.. kedua; memang lembut habis.. pakaian pun dah tiru macam perempuan...

    honestly, aku bukanlah jenis org yg mendiskriminasi golongan mcm ni.. tp bg aku utk kategori yg prtama tu aku x kisah sgt... malah best friend aku dulu pun ada dlm kategori ni.. tp bg kategori yg kedua tu, bukanye apa, kdg2 tu rasa annoying.. sbb ada yg jenis trgedik2 mengalahkan prempuan.. tu yg x kurang brkenan tu..

    honestly, dulu aku suka kacau org macam ni.. kalau di asrama dulu waktu mandi memang suka nk kacau.. ala2 mcm mcm nak merogol mcm tu lh.. hehe.. tp sbnrnye xde maksud lain just suka2.. tp last2 org tu jd best friend aku gak.. teman brbual.. teman brmain.. teman melepak.. teman brbaring d luar hostel tgk bintang mlm2... tp itu dulu lh sbb skrg ni dia dh x nak kawan dgn aku... sbbnye, mungkin kerana aku ni jenis x pandai nk jaga hati org kot.. kasar sikit even trhadap kwn sndiri.. tp sbnrnye xde niat nk sakitkn hati.. sampai skrg ni, dah empat tahun dia xnk kwn dgn aku.. bila baca post ni tiba2 tringat kat dia.. ye lah, dulu dia antara best friend aku... :-(

    btw, waktu kat mrsm dulu, byk jg golongan yg agak lembut dlm bacth kita org.. tp dlm jenis kategori yg pertama lh.. xde yg trgedik2.. tp apa yg aku suka dgn mrsm kat aku dulu memang xde diskriminasi langsung trhadap golongan mcm ni.. even budak lelaki yg slalu buat masalah, kasar, muka mcm gangster still brkwn rapat dgn golongan ini.. satu hubungan di antara manusia yg harmoni..

    ReplyDelete