Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, 31 July 2011

Selamat Berpuasa. .



Pada hari Kiamat, Allah memerintahkan Malek & Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, Lalu disuruh Malek & ARidwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurg. Maka Malek & Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan, minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan (Al-Hadith). . .

Jam 18:35: 

Jimmy : Happy Ramadhan & Selamat Berpuasa. . . (aku tak sure mcm mane dia tau tulis selamat berpuasa)

John: Thanks, Where are you now. . .

Jimmy: Penang. . .Alone coz you don't want be here with me. . .

John: hak hak hak. . . Thanks. . .Next time i'm wishing you Marry Christmas. . .  

Jimmy: LOL i'm waiting. . . . Hope next time you can teach me how to fasting. . .  

smsnya aku ubah sedikit. . .Aku ambil intipati yang mulia sahaja kerana orang kafir ini msgnye ade baur kelucahan dan kegersangan . .hak hak hak. . . . Ade ke nak masuk islam kalau hidup sebumbung ngan aku CHOIIIIIIII

Orang pertama yang mengucapkan selamat Berpuasa kepada aku. . .Nazry pun tak wish, so jangan salahkan ai kalau lepas nie ai bersama ex-boyfriend dari luar negara beliau ni nanT. .  ..hak hak hak keji sungguh. . .

* aku namakan Ex-Boyfriend nazry tu Jimmy. . . .At the going down of the sun and the morning we will remember you. . .hak hak hak 

Assalamualaikum kalian rakan taulan dan kenalan sekalian. . .Saya John Melvin dengan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq. . . Semoga dengan Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. . . . 

Kepada kengkawan yang jiwanya hancur remuk keromok dicurangi dan ditinggali John Melvin harap jadikan Ramdhan ini sebagai medium menguatkan jiwa melapangkan hati. . . Sabarlah menempuh hari-hari mendatang sebagai seorang single yang pasrah. . .hak hak hak

Mungkin juga Ramdhan kali ini merupakan permulaan untuk kita berubah. . . Menjauhi apa yang kita tahu salah tetapi sukar untuk kita padam dan tinggalkan. . .  Moga keberkatan Ramadhan kita jadikan sebagai kekuatan dan medium penggerak kepada jihad ini. . . . atau sekadar simpan dalam hati. . .(ape aku mencarut nie)


: : : : SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ : : : :

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah, dan nafasnya adalah tasbih, doanya  itu mustajab, dosanya diampunkan Allah dan amal ibadahnya dilipat gandakan (Al-Hadith)

Thursday, 19 May 2011

Lepas SPM. . .

Tadik petang pukul 04:02 pm anak jiran sebelah rumah aku msg kata dia dah nak berangkat ke UiTM Dungun mendaftar masuk. . . Aku rapat ngan budak nie, dulu time SPM aku la jadik chekgu Add Mat & Fizik dia . . . Cadang nak didik elok-elok pastu jadikan anak ikan. . .hak hak hak <--memain je

video nie actually menceritakan apa yang nak aku sampaikan. . Aku tak pandai menulis so kalau tak faham & benci nak baca aku merapek-rapek adik-adik tonton video nie, dengan hati & jiwa yang khusyuk serta toqmaninah

Bercerita pasal masuk Universiti nie, teringat time aku muda belia dulu. . . .Actually my SPM result is very good very good. . (kira perut mak aku rasa mcm ade aircond la time amek result SPM) . . Kira semua yang aku apply semua dapat. . .JPA nak taja ke india jadik Doc - Mak tak kasik, dapat UPSI jadik chekgu - Aku rasa aku tak pandai nak mengajar orang, event pakai result percubaan SPM aku dapat masuk  UTP   (Universiti Teknologi Petronas) - cos cari gali kalu tak silap, Alih-alih aku amek masuk Matrikulasi. . . . So sms jam 04:02 pm tadik mengimbau kembali zaman aku time melangkah ke dunia selapas SPM & zaman kat matrikulasi dulu. . . .
(actually ada unsur-unsur riak yang dilaknat tuhan ye adik-adik didalam perenggan ini over)

For information you all sekalian, actually aku dah mula ade feeling-feeling minat tengok jantan nie start time sekolah menengah lagi. . .Tapik time tu aku selaku remaja sunti tak tau pun ape benda gay bagai nie, so aku assume it a normal feeling. . . sebab on the same time aku selalu jak la dapat surat cinta bawah meja (dari gadis-gadis). . .Namun usia yang meningkat tua mengajar kita erti kehidupan & makna sebuah gay. . . .hak hak hak

Kamal - salah seorang teman rapat aku ketika di matrikulasi, Kebiasaannya kemana sahaja di kampus kami selalu berlima  iaitu aku, PM, Kamal & 2 lagi kawan rapat (namun sekadar watak picisan & pelakon tambahan didalam cerita ini. . .hak hak hak)  meskipun kamal sedikit sopan orangnya, agak pemalu & gebu wajahnya serta lurus teratur jalannya (seperti seekor kucing betina yang ingin mengawan), beliau tiada bezanya dimata kami, meskipun ade mulut lain yang menghinanya. . .

Keakraban antara aku , kamal & sahabat lain menyebabkan kita orang sering tidur bersama dalam keadaan berdimpit dimana 2 katil bujang digabungkan & diletakkan 5 ekor anak badak diatasnya. . .  . Jika tidak bilik aku & PM pasti dibilik 2 sahabat tadik. . . Namun pernah juga aku hanya tidur bersama Kamal diatas sebuah katil kecil. . . . Ini semua sering terjadi ketika Hujung minggu dimana ramai pelajar lain balik ke kampung & ketika minggu-minggu adanya peperiksaan. . . . Dengar khabar Hostel kami berhantu. . . .

Namun segala keakraban & kebahagiaan yang kami tempuh hampir terpadam pada suatu malam yang dingin. . . . Ketika itu PM & 2 Sahabat tadik pulang kekampung halaman masing-masing. . . .Yang tinggal hanya aku & kamal diutara tanah air. . . .

Seperti malam-malam kebiasaannya, setiap kali selepas kenyang melantak makanan kita orang akan bercerita @ pergi menengok TV. . . . Bezanya malam ini aku & kamal agak kepenatan, & pulang awal ke bilik masing-masing untuk beradu akibat berjalan-jalan kaki di bandar pada siangnya mencuci mata. . . . Kiranya mengikut pengiraan aku, tidak sampai 1 jam aku beradu & bermanja-manja dengan tilam, pintu bilik aku diketuk. . .  Dalam keadaan malas & sedikit menyumpah aku membuka pintu & terlihat Kamal dihadapannya dengan air mata dipipinya . . . . 

Tanpa dipelawa Kamal masuk & duduk dibucu katil aku sambil menahan tangisnya. . . Aku selaku sahabat yang metrosexual pergi mendakap bahunya untuk memenangkan nya. . . .Bertanyakan cerita What Happen What Happen. . . . Dalam keadaan teresak-esak satu persatu perkara diceritakan kamal kepada aku. . .Tiada satupun yang tetinggal didalam ceritanya, yang ada cuma noktah yang banyak akibat dari sendunya. . . . Panjang ceritanya, but if i were to discribe it in simple word it's be Kamal Hampir Diliwat Roomate. . . .Lepas kejadian itu bilik B-128 bukan hanya untuk aku & PM sahaja, tetapi juga tempat tinggal terbaru buat Kamal. . . (tapik kira bagus gak kamal ade kat bilik, so product kecantikan yang tampal kat pipi yang aku tak pernah terfikir nak beli pun aku & PM pakai time kamal xde. . .)

Sampi situ sahaja ceritanye ayuk kita ke moral of story 
: ::Kamal & aku masih mengekalkan kevirginitian sepanjang kita orang di matrikulasi :: :

Actually ape yang cuba aku sampaikan kat sini adalah sedikit nasihat kepada adik-adik yang masih hijau muda & mentah lagi. . . Aku syak/yakin tak banyak sikit budak yang terbaca @ membaca cerita & coretan aku. . . Tapik ape yang aku tuliskan disini adalah sekadar meluahkan apa yang aku rasa & apa yang aku simpan selama ini secara rahsia. . . .

Macam aku : jika dilihat dari mata kasarnya adalah seorang jejaka yang tampak begitu str8 (ijoy cakap) & kacak sekali (hak hak hak perasan) tetapi sedikit memiliki selera yang melanggar rona-rona tabii manusia . . . . Tapik seriusly time aku belajar aku sedikitpun tidak menunjukkan minat kepada kaum adam. . .Walaupun pada dasarnya jiwa aku meronta didalam (ayat mcm sampah). . .Seriusly kalau aku nak berjimak time belajar dulu boleh je dapat. . .Bukan takde senior / junior minat kat aku, kawan kelas lagi ade minat kat aku. . . Tapik aku lawan perasaan tu dengan aku dekatkan diri dengan masjid & aku sibukkan diri dengan belajar. . . .

Macam Kamal : Meskipun sesetengah orang memanggil dia lelaki lembut & aku pasti dia ada perasaan terhadap kaum adam, aku kagum dengan dia. . .Sebab ia amek kekurangan dia tu sebagai satu cabaran. . . Kalau budak-budak lain yg macam dia tak sampai 2 bulan duduk luar (jauh dengan famili) dah mula pandai pakai gincu, dah mula pandai pakai kasut tumit tinggi & dah mula jual ponggong kat pak arab. . .Bukan xde abang-abang cantik ajak dia joint dia orang, tapik kamal cuba jauhkan diri dari dia orang. . .berkawan dengan kita orang yang kelihatan lurus & nyata nie (walaupun ade gak yang selekoh-selekoh skit - aku ekk). . . Cuba untuk menjadi jantan & tidak menganggap kutukan orang sebagai sebab dia untuk menjauhkan diri. . .

Dan mcm kita pulak janganlah sisihkan orang-orang mcm si kamal nie, berkawan dengan dia seperti biasa. . . Ajak dia keluar dengan kita, belajar dengan kita & jangan sesekali memandang rendah kepada mereka. . .(emosional plak aku) Lagipun sebagai nasihat tambahan kepada adik-adik, insan mcm kamal nie sangat rajin orangnya serta kemas & teliti kerjanya. . .Kalau korang rapat berkawan dengan dia orang senang nak tiru asgment & buat project. . .hak hak hak

Makanya adik-adik sekalian. . .NanT ketika di Uiversiti, Matrikulasi, Politeknik, Kolej pandai-pandailah bawak diri & jaga diri. . . Pilih kawan yang betul & sentiasa ingat kepada Tuhan serta mak bapak. . . . Abang yang matang nie bukan nak tunjuk bagus atau sifat terpuji, tetapi sekurang-kurangnya jika korang (gay, bisex etc) tahan nafsu serakah tu sampai habis belajar, sebab time belajar nie korang masih dibawah tanggungan mak ayah masih terlalu mentah & tidak matang dalam berfikir (even genius mcm aku - alamak teriak lagi). . .Dah keje nanT kalau korang nak beromen dengan kuda pun Abang yang budiman nie tak kisah pandai-pandailah bawak diri & selamat menuntut ilmu. . . .

"Berkawanlah dengan pembuat minyak wangi, nescaya harumnya akan terkena bajumu juga. Janganlah berkawan dengan si tukang besi, percikannya akan terkena bajumu lalu boleh terbakar"


Nasihat Ikhlas dari seorang yang lebih dahulu makan garam dari korang - doakan aku tak kene darah tinggi