Tuesday 22 November 2011

Hujan. . . .

Malam tu hujan tidak turun, tidak seperti malam-malam sebelumnya . Namun awan gelap seakan menutup segenap penjuru langit & mengembunyikan bintang-bintang & rembulan yang kebiasaannya menjadi sahabat sejati kepada kegelapan malam. . . Peneman yang setia. . .


John: Awak suka main hujan. . .

Nazry: Time kecik-kecik dulu suka la. . . Sekarang x main dah. . knape bee tanye tiba-tiba pasal main hujan plak. .

John: Takde la, awak rasa seronok ke kalau kita main hujan tapi kita pakai baju hujan. . . .

Nazry: Entah, tak pernah cuba, tak seronok agaknya. . .

John: Haaaaa sama la mcm. . . . .<-- belum sempat John Melvin menghabiskan perenggan kata-katanya, bahasanya dicelah laju. . .Biadap sungguh & tidak beradap sekali. . .

Nazry: Bee jangan nak mcm-mcm. . . . . . . .

Entah dari corong mana datangnya, sayup-sayup kedengaran lagu Hujan dendangan Tan Sri P.Ramlee. . . Begitu sayup & kejauhan sekali. . . 

Tunggu sekejap Wahai Kasih,
Kerana hujan Masih Renyai
Tunggu Sekejapppppppp. . . .

Monday 14 November 2011

Imperfection. . . .


 


Jam 10:20 tadi Nazry post video nie kat wall FB aku, Mungkin rentetan dari isu aduan rakyat yang aku buat dekat beliau baru-baru nie. . . Aku katakan yang dengkurnya kuat mcm Babi cekik timun. . .

Nazry : Tengok video nie John Melvin & hayati dengan hati terbuka. . .

John : Ini bukan makcik dalam iklan rokok ke. . .

Nazry: tukar topik. . .

John:  Owhhhh is a dog i would say. . . .

Nazry: hahahahahhaha ia kurangnye mulia sikit dari babi cekik timun kan :(

John: emmmmm emosional plak. . . Sorry. . .

Nazry: Little imperfections make them perfect for you. . . hahahahahaha. . .

Sunday 13 November 2011

Untuk Kamu. . . .


Di sini,
Dibawah pohon yang rimbun ini,
aku coretkan sebuah janjiku untukmu,
Namun bukan cerita selalu antara kamu & aku
Kerna ia bukan perihal sperma yang berbau hamis


Mahu sekali aku resapkan keseluruhan dirimu bersamaku
Agar ia hidup bersama darah disegenap tubuhku
Agar aku dapat lalui cerita-cerita bahagia bersamamu seperti dulu
Agar aku dapat tempuh luka-luka derita bersamamu seperti dulu

Mengenalimu ibarat seorang pelayar yang dahaga
Didada samudera yang tidak berpantai
Kerana kamu acap memberi aku secangkir bahagia
Tika jiwa bergelora dalam mengharungi ombak busa
Meskipun cukup banyak hari ini
Esok aku pinta & aku tagih lagi
Kerana bersamamu ibarat seorang pelayar yang dahaga


Padamu aku kirimkan kisah derita
Yang terkulai, berderai bersama jiwa yang parah berdarah
Namun kamu baitkan kata-kata yang jauh dari intip deru palsu
Kamu kirimkan doa kebahagiaan tiap sujud & tadahmu

Kamu luahkan rasa tersepit sakit & terjepit padaku
Namun aku rayu, Tolong jangan tinggalkan aku
Kerna kepada aku aku ceritakan segalanya
Meskipun kamu katakan itu dusta & omongan kosong belaka
Namun itu aku, insan yang kamu kata tidak ambil berat perihal jiwa


Dibawah pohon rimbun
Seakan memayung hubungan yang kisan suram
Aku pohon aku juga merayu
Semoga persahabatan kita kekal 
Semoga ia teguh & tidak tercarik lagi

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku,

ps: Sorry numan aku rompak gambar nie kat blog hang.. . . Aku melukis org lidi pun endak pandai. . . 

Thursday 3 November 2011

Pillow Talk. . . .

Nazry - Bee abang tengah bersedih nie, sekurangnya datang la tidur kat sini, peluk xyah sembang ape-ape pun xpe. . . .

Semalam Nazry pulang kerja, mukanya tidak ceria seperti kanak-kanak rebina yang selalunya, tiada senyuman & kelihatan lemah tidak bermaya. . . Namun pada mata John Melvin, Nazry masih lagi kacak seperti biasa-biasanya. . .John Melvin mulakan perbualan dengan mengajak Nazry makan, Nazry kata Nazry tiada selera, John Melvin bertanya kenapa Nazry nampak moody, Nazry jawap "my patients dead, 10 hours operation just like nothing, Abang nak rehat". . . John Melvin tidak kisah kalau Nazry nak rehat sebab John Melvin ada kawan lain. . . Kawan yang boleh John Melvin bawa berbual, kawan yang boleh membuatkan John Melvin Ketawa & boleh juga membuatkan John Melvin sedikit emmmmmmmmmm. . .Tiba-tiba 

Nazry - Bee abang tengah bersedih nie, sekurangnya datang la tidur kat sini, peluk xyah sembang ape-ape pun xpe. . . .

Gambar sekadar hiasan & sekadar menaikkan nafsu kebinatangan insan seperti kamu - tetiba

Emmmm pelan-pelan John Melvin masuk dlm bilik, pelan pelan John Melvin naik atas katil & pelan-pelan juga John Melvin tarik selimut yang menutup separuh badan Nazry ke badan John Melvin sehingga paras pinggang, kerana John Melvin rasa malam ini John Melvin harus berasa sejuk kerana sekarang musim hujan. . . Ya langit sekarang seakan asyik menangis, apa yang disedihkan John Melvin pun tidak tahu. . . . 

5 minit berlalu

John: Abang dah tidur, nak sembang. . . 

Nazry: belummm. . .Sembang jela ape-ape janji not asking me about what happen 2day. . . .

krikkkk krikkkkk krikkkkkk (bunyi sengkerik) 15 minit. . . 

John: Awak dh mandi ke, awak dah makan ke, awak dah minum ke, awak dah gosok gigi ke, awak dah. . . .

Nazry: Dahhhh dekat office tadi. . .

John: Owh. . . . awak saya rahsia nak kasi tahu awak. . .  . .

Nazry: Ape. . . .

John: saya rasa kawan saya dh xnak kawan ngan saya. . . 

Nazry: Emmmmm nie memain la nie. . . . ke betul-betul 

John Melvin pindahkan kepalanya ke bantal Nazry, bantal yang tadinya berada dikepala John Melvin dibiarkan kosong & kesunyian dipenjuru katil 6" x 6" tu. . Kemudian tangan John Melvin diletakkan diatas dada Nazry yang sedikit berbulu nipis. . Diukirnya senyuman & menarik nafas yang agak panjang, John Melvin Memulakan cerita perihal kawannya kepada Nazry.

Diceritanya bagaimana John Melvin bertemu dengan kawan tersebut & Diselitkan sedikit jenaka yang tidak berapa nak jenaka. . . Diselitkan sedikit-sebanyak bahasa penjajah di dalam cerita John Melvin seperti "Awak tahu I'm quite hurt when my friend change" tp dalam masa yang sama John Melvin juga menyatakan yang semua ini berlaku kerana salah John Melvin sendiri, Nazry tanye apa yang John Melvin dah buat. .John Melvin hanya tersenyum kelat ketika itu. . .Namun senyuman kelat itu merupakan  jawapan yang paling molek ketika itu berbanding menipu Nazry sekali lagi dengan menyatakan bahawa kawan John Melvin itu adalah seorang gadis . . . 

Selang beberapa ketika sedang John Melvin bercerita dirasakan yang penghawa dingin jenama Daikin semakin menggila menghembuskan hawa dingin, lantas John Melvin rapatkan tubuhnya ke tubuh Nazry, Diangkatnya kepalanya & diletakkan diatas lengan Nazry & ditariknya sedikit selimut tadi sehingga ke paras dada. . . John Melvin menyambung ceritanya sedang Nazry sibuk mengurut-ngurut kening John Melvin dengan jarinya. . . Apa yang membuatkan dia barasa gembira melakukan perbuatan tersebut John Melvin kurang pasti namun John Melvin relakan & John Melvin pasrah. . .

Namun, mungkin perasaan pasrah John Melvin tadi tidak lama, John Melvin mengiringkan badannya membelakangi Nazry. .  Tidak lama kemudian John Melvin dapat rasakan yang pinggangnya dipeluk lembut oleh Nazry. . . Pada itu John Melvin menyatakan yang sehingga kini John Melvin cuba mengarang puisi untuk kawannya. . .Kerana John Melvin merasakan yang John Melvin harus berbuat begitu, kerana sebelum ini banyak yang kawan John Melvin sudah lakukan, namun apabila diminta John Melvin mengarangkan sebuah puisi khas untuknya John Melvin jadi diam & senyap seperti bisu & tiada apa berlaku. . . Bukan tidak mencuba namun John Melvin bukanlah  A.Samad Said yang mana kata-katanya adalah puisi indah & bukan juga Rahman Limbung yang tulisannya merupakan sebuah karya agong (actually sape Rahman Limbung tu ekk)  & sehingga kini John Melvin mencuba. . . itu yang pasti. . .

John: Abang rase macam mane ekk nak buat puisi bagai tu. . . Aku tak tahu la. . .

John: Emmmm awak dh tidor ke. . . . emmmmmm 

Nazry: khorrrrrrrrr khorrrrrrr khorrrrrrrr <--- berdengkur seperti B***

John Melvin ambil kembali bantal yang John Melvin tinggalkan kesunyian & sendirian dibucu katil 6"x6" tadi, John Melvin angkat perlahan & John Melvin lepaskan di muka Nazry & secara automatik bunyi seperti *A** lenyap bersama kedinginan malam. . . Mata John Melvin semakin kecil kecil & akhirnya tertutup meskipun bunyi seakan **B* kembali kedengaran tidak lama selepas itu. . . .Takpa NanT lama kelamaan John Melvin lali lah dengan bunyi seakan ***I itu. . .

ps: Paginya John Melvin bangun, dilihat kpd telipoh & John Melvin kembali tersenyum gembira membaca apa yang kawannya tulis. . .John Melvin cakap dalam hati & John Melvin tulis dekat sini "I really sorry if I hurt and keep hurting  you, but please don't leave me". . . .
ps: Pagi itu John Melvin tulis 2 baris puisi agak nyaman bunyinya namun kemudian John Melvin padamkan kembali. . . John Melvin tidak tahu bila John Melvin dapat tunaikan permintaan kawan John Melvin tu. . .

Wednesday 2 November 2011

Bukak. . . .

Melihat sekujur tubuh kerkangkang lena diatas sebuah kerusi malas membuatkan tengah hari kelihatan begitu dingin sekali. . . . <--- Intriduction yang mcm pa-alif-nun-ta-alif-ta



Assalamualaikum. . . . 

Nama Saya John Melvin tp masyarakat kat sini panggil saya John je. . .