Monday 5 March 2012

Kelu. . .


Dia ada mulut. . .Dia ada lidah dan dia ada kotak suara yang masih elok-elok berfungsi. . .Lengkap dan sempurna untuk berkata-kata. . . Sempurna untuk memberi alasan ataupun  memberi penjelasan. . .Namun dia tidak mampu. . .  Mungkin kerana dia tidak pandai membuat pembohongan. . . 

Nazry: Bee kemana tadi. . .

Dia hanya tersenyum, diam dan mandi. . .

--------------------------------------------------------------------------------------------

ex-tunang : Saya kenal awak dah lama, awak bukan jenis yang pandai nak menipu. . .Jadi kalau nak pasang scandalpun belajar untuk menjadi penipu yang handal dahulu. . Jangan sampai saya tahu. . .

Dada dia berombak tidak tentu hala, Ulu hatinya terasa senak dan pedih, cuba untuk menahan tangis. . .  Namun akhirnya ia tumpah juga. . .tertunduk sambil nenahan sendu. . . Mukanya merah, air matanya tumpah namun mulutnya masih terkatup rapat, yang keluar hanyalah air liur yang cuba untuk lari. . .Malu ketika itu sudah lama hilang. . .Kerana dia lebih bimbangkan kekasih hatinya meninggalkannya

Dia memang tidak mahu apa yang terjadi dahulu terjadi lagi. . . Kerana dia memang tahu dia tidak pandai untuk menipu. . .


Semalam, Dia keluar bersama-sama kawan lamanya Zul. . . keluar sebagai sahabat serta berkelakuan seperti sahabat. . .Bezanya kali ini Zul meluahkan rasa hatinya kepada dia dan secara tiba-tiba juga Zul mengucup mulutnya. . .Namun dia tidak menghalang mahupun cuba menghalang. . . Kerana dia tahu yang dia memang tidak pandai menipu. . .

15 comments:

  1. Replies
    1. hak hak hak tp sekarang baru bulan march. . .

      Delete
    2. bermotifkan tajuk lagu...
      :P

      Delete
    3. Hak hak hak kenapa tidak sahaja bermotifkan cerita cinta kita. . .hak hak hak

      Delete
  2. aku terkesima..bermulakah drama selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti kamu aku juga terkesima. . .

      Delete
    2. tapi sepertinya, kamu suka? hak hak hak

      Delete
    3. kan...
      suka sgt cr masalah..
      bahagianya hanya beberapa saat..
      tp derita bertahun2 nnt..

      Delete
    4. D - Emmmm aku tidak tahu. . . Memang dari dulu aku suka padanya, (mampos statement)

      Adam - Bukan aku yg cari, ia sendiri datang. . . Tanpa aku duga tanpa aku minta. . .

      Delete
  3. Kenapa x abiskan cerita .. aku andaikan ia lebih drpd suatu ciuman ghairah ..hahaha ..psst: semoga berbahagia dengan ape yang dilakukan .. may God bless U ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhhhh mcm perli. . .ape-ape pn terima kasih ats doa anda. . .

      Memang sampai disitu sahaja. . . Kalau ade lebih pun akan tulis censored mcm abang zai. . .

      hak hak hak

      Delete
    2. mana der ..ikhlas drpd seorang teman blogger ..
      psst: or maybe i should shut up my mouth ..hahaha will do ..sentappp siallll

      Delete
    3. Kalau awak senyap lagi saya rasa sentap. . .

      Saya rasa sunyi tp mcm awak kisah kan. . .

      hak hak hak

      Malam ku menunggu siang ku menanti masa awak xde seminggu nie. . .hak hak hak

      Delete
  4. ooo en.John x pandai menipu ye?? honestly sapa yg paling John sayang?? betul ke Nazry?? hahaaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmmmmm saya keliru saya keliru. . .hak hak hak geli aku ckp mcm nie

      Delete