Thursday 22 March 2012

Cerita Untuk Ra'uf. . .


Cerita ini saya tulis semalam & semalam yang lagi satu. . .Tapi baru hari ini saya tertekankan butang post kerana sekarang saya sedikit pelupa. . . . Cerita ini agak bosan. . . .Kalian boleh baca kalau kalian ada masa mcm saya seperti sekarang. . .Tetapi kalau tidak mahu saya sangat tidak memaksa. . . Sungguh. . .

**********************************************************************
Kamal - salah seorang teman rapat aku ketika di matrikulasi, biasanya kemana sahaja di kampus kami selalu berlima iaitu aku,PM kamal dan 2 lagi kawan rapat (namun sekadar watak picisan & pelakon tambahan didalam cerita ini. . .hak hak hak). meskipun Kamal sedikit sopan orangnya, agak pemalu dan gebu wajahnya serta lurus teratur jalannya (seperti seekor kucing betina yang ingin mengawan), beliau tiada bezanya dimata kami, meskipun ade mulut lain yang menghinanya. . .  (full entry)
**********************************************************************

Assalamualaikum. . . Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . . Sekarang jam pejabat baru saya nie pukul 5:30. . . Lebih daripada 9.9/10 daripada stafnya sudah pulang, cuma saya sahaja masih di sini, menunggu kawan saya Nazry yang berjanji untuk ambil bila jam 8:00 nanT kerana kami mahu keluar makan malam bersama. . . katanya di Hilton (awak jangan cemburu. . .hak hak hak)

2 minggu sudah, saya dengan PM ada berjumpa dengan Kamal, kawan kita tu sekarang sudah berstatus doctor of philosophy (emmmm saya tidak pasti ejaan ini betul atau tidak), tetapi dia tetap macam dulu, mulut gampang tiada insuran. . . cumanya, sekarang dia makin sasa mungkin selalu ke gym time di UK dahulu. . . katanya dia rindu sangat dengan awak. . . Dia ajak kami untuk jumpa awak. . . InsyaAllah hari sabtu ini kami semua akan ke Pahang kampung awak. . .

Awak masih ingat waktu kita dekat matrik dulu. . . Saya, PM, Kamal, Izham dan awak kemana kita pergi mesti berlima. . . Bila diingat-ingatkan balik seperti kumpulan westlife pulak. . . Ingat lagi kita merompak buah limau dekat tokong simpang nak masuk ke matrik dulu. . . Izham demam lepas rompakkan tu, mungkin roh dia tak cukup tabah awak kata. . . Owhhhh sebelum terlupa saya nak kasi tahu. . .Khalijah budak perempuan yang suka pakai tudung bawal hitam ngan putih yang suka jalan laju yang awak suka tu sekarang sudah kawen. . . Saya dengan PM pergi majlis dia cuti sekolah baru-baru nie. . . Tapi awak jagan risau, awak lagi kacak dari laki dia. . . Saya doakan Khalijah bunting pelamin, lagipun awak pernah cakap dekat kita orang yang Khalijah tu nanti senang mahu bersalin kerana punggongnya lebar. . .

Selalunya waktu dekat matrik petang-petang mcm nie kita pergi ke padang, kalau awak dengan yang lain main bola/futsal saya duduk je tengok macam pom-pom girl tapi kalau maian lain saya main sekali, awak tahukan yang saya nie jaguh Hoki (harap awak tidak marah sebab saya riak nie) tapi kita jarang main benda nie. . . Kalau awak masih ingat, Kita juga pernah habiskan duit biasiswa untuk beli reket squash tapi kita main cuma beberapa kali je sbb bola dia dah hilang. . . Lagipun bola dia mahal sangat sampai 8 inggit. . .mana kita mampukan?. .

Saya sekarang nie sedikit pelupa, dua minggu sudah ketika kami jumpa dengan kamal yang sudah berstatus Doc tu dia cakap dia rasa bersalah sebab lama tidak jumpa awak & mcm awak tahu, hatinya senipis kulit bawang. . . Pasal benda tupun mahu berair mata. .(tapi sebenarnya saya pun rasa nak nagis waktu tu, PM pun sama). . . So saya nak mintak maaf bagi pihak dia. . .kalau awak tidak kisah. . .

Selepas kita tamat matrik kamal ke UKM, Izham pulak ke UiTM dan kita pulak masuk UTM. . . Kita setuju xnak masuk asrama walaupun sepatutnya budak-budak tahun satu duduk asrama. . .kita sewa rumah pangsa dekat taman U. . .awak ingat?. . .  Meskipun course yang kita amek tak sama tapi kita tak kisah duduk serumah. . . Kalau kelas kita lebih kurang awak akan tumpang kereta saya, tapi kalau kelas kita tak sama awak naik moto honda cup 70 awak. . . Reput tapi laju. . .hak hak hak . . . Tapi kadang-kadang kalau dua-dua tengah miskin kita sama-sama naik moto awak. . .emmmmmm best. . .

2 minggu sudah masa saya dengan PM berjumpa dengan Kamal, kawan kita tu sekarang sudah berstatus doctor of philosophy (emmmm saya tidak pasti ejaan ini betul atau tidak), tetap macam dulu, mulut gampang tiada insuran. . . cumanya, sekarang dia makin sasa mungkin selalu ke gym time di UK dahulu. . . katanya seminggu sebelum tarikh tu, saya rasa 16 march mcm tu awak ada telephone dia. . . jauhhhh, awak dekat Malaysia & dia dekat UK. . Kamal kata awak cakap awak rindu dengan dia. . Kamal kata lagi awak cakap yang awak sekarang sudah penat. . Kamal kata lagi awak suruh kamal balik kalau ada masa untuk jumpa awak, awak kata takut-takut tidak sempat (wekkk awak dari kita orang kenal dekat matrik suka buat ayat-ayat dramatik. . .Benchiii tau). . .
Masa kita zaman belajar-belajar dulu mana ada MP3 player kan, MP4 apatah lagi. . kita nampak mcm metrosexual je pakai walkman sony (rasanya walkman awak paling cool time tu sbb ade spaeker skali). . . Setiap bulan awak mesti beli keset saya pulak pinjam. . . Kalau awak nak tahu penyanyi yang awak suka Blake Shelton tu sekarang dh jadi juri The Voice. . . Saya nampak dia makin handsome tapi mcm awak kisah yedak. . .hak hak hak. . .Tapi, Nah saya letak sekali gambar dia sebagai bukti. . . Pasal Kesetawak yang ade gambar tomato seketul tu (maaf saya terlupa tajuknya) yang saya putuskan tapenye, saya minta maaf. . Tapi saya tahu awak tak kisah (emmmm terharu)


Saya tak ingat ape nama ubat tu, kalau tak silap saya namanye Morfin kan. . .Entah. . . Tapi awak kasi saya & PM rasa ubat tu time kita orang lawat awak. . . Pehhhhh rasa mcm terbang-terbang sedikit. . . Tapi serius saya sudah tidak ingat apa nama Ubat tu. . .Seminggu sekali saya & PM mesti datang lawat awak, bukan sebab nak share morfin dari awak tapi sebab saja nak jumpa awak. .(Lagipun awak selalu telipon suruh kita orang jumpa awak. .awak kata awak bosan) .  Tapi masa tu awak botak mcm Lex Luthor, jadi masa tu saya jadi Clark Kent, PM pulak jadi Lana Leng. . . Awak selalu cakap yang Lex Luthor lagi cool dari Clark Kent. . . Tapi saya tak kisah sbb saya ada Lana Leng. . . Tapi saya sure kalau Kamal ada time tu, mesti dia berebut dengan PM nak jadi Lana Leng. . . Izham pulak biar dia jadi bapak Clark Kent sbb cara dia kan mcm orang tua sikit-sikit. . .

Beberapa hari sebelum awak telephone Kamal, saya dan PM ada datang melawat. . . Entah kenapa masa tu awak cakap sambil nangis-nangis dengan kita orang. . . Awak dah tak macam awak saya saya kenal sebelum nie. . . Ketawa. . .ketawa ketawa. . . . Awak kata awak penat & awak sudah tidak larat. . Awak minta tolong saya dan PM kasi tahu dengan mak awak yang awak xnak pergi Johor. . . Awak kata awak nak berehat dekat rumah. . .Padahal masa dekat UTM dulu awak suka je Johor, dekat dengan Batam dekat dengan Singapore. . .

Owhhh alang-alang sudah tersebut Singapore nie, awak ingat lagi kita berlima celebrate New Year dekat Sentosa Island. . . Kita bergembira macam kita tahu kiamat lambat lagi. . kita main buih, kita main lompat-lompat, dari satu lagu ke satu lagu. . Lepas tu PM begaduh dengan Mat Saleh, kita pun joint gaduh jugak. . . . . Lepas tu kita xyah balik hotel dah sebab kita tidor je dalam lokap semalam. . . Kamal je yang x masuk masa tu, tapi bagus jugak kalau dia xde sape nak jamin kita. . . Tp esoknye abis je si PM ngan 4 malaun mat saleh tu dari mabuk kita semua boleh gelak-gelak. . . . Biler fikir-fikir balik cool jugak masuk lokap sebab begaduh. . .Lokap luar negara lagi. . . hak hak hak

Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . .Sekarang jam pejabat baru saya dah pukul 6:55. . .Lebih dari 9.99/10 daripada stafnya sudah pulang, cuma saya sahaja masih di sini. . Menunggu kawan saya Nazry yang berjanji untuk ambil bila jam 8:00 nanti, kerana kami mahu keluar makan malam bersama. . . katanya di Hilton (awak jangan cemburu.. . .hak hak hak). . . Saya mahu kasi tahu awak satu rahsia. . Masa awak menangis dengan kita orang sebenarnya kita orang sudah menangis dahulu. . .cumanya depan awak kita orang belagak belagak cool macam kumpulan 4U2C baru metrosexual. . . Mak awak menangis minta kita orang pujuk awak ke Johor awak pulak menangis minta pujuk mak awak supaya tidak ke Johor. . .Padahal masa dekat UTM dulu awak suka je Johor, dekat dengan Batam dekat dengan Singapore. . .

Saya tak ingat antara saya atau PM yang cakap. . . Tapi bunyinya mcm makcik-makcik sedikit - "Kalau hang xnk buat benda nie untuk hang dah, apa kata hang buat untuk mak ngan kita orang. . . Mungkin itu yang terbaik atau sekurang-kurangnya kita cuba yang terbaik". . . Akhir sekali awak setuju nak ke Johor. . . 3 hari saya, PM dan Izham ikut sekali temankan awak. . . Sama mcm zaman time kita dekat UTM dulu. . . .

Saya nak semayang dulu (dulu kalau awak nampak saya semayang mesti awak kata "Alhamdulillah kawan aku dh berubah") Awakkkk saya rindu awak ckp mcm tu dekat saya lagi (ehhh mcm gay pulak saya nie. . .hak hak hak). . Nanti lepas saya sembahyang saya akan doakan kesejahteraan & kebahagiaan awak (Harap-harap tuhan terima doa saya untuk awak).Nanti saya sambung surat yang saya tulis untuk awak nie. . . . Malam nie tetiba saya rasa nerves pulak. . . 1st time kaluar makan tempat mahal-mahal berdua. . . Harap kawan saya yang bayarkan, sebab saya belum gaji lagi. . . .

Ra'uf. . .masa saya sambung tulis cerita untuk awak nie saya sudah ade dalam bilik saya. . . Sekarang jam 11:40 malam. . . cadangnya mahu terus menulis selepas pulang dari makan tadi. . .Tapi kawan saya ajak menonton tivi. . .cerita apa saya tidak pasti tetapi nama watak dalam cerita itu adalah Bakri & Su. . . Cerita orang-orang asli. . .Farah Fauzana juga ada belakon dalam cerita pasal orang asli tu, Tapi saya suka tengok Su - dia cantik & saya rasa teransang. . . Kalau awak tengok cerita tu mesti awak benci sebab saya pun benci. . .Tidak seronok (tipical cerita melayu RTM). . .

Tadi masa saya makan dekat restaurant mahal, saya teringat yang kita pernah makan tidak bayar dekat kedai dekat rumah sewa kita dulu. . . Orang masa tu ramai sangat. . .Awak xde duit mahu bayar, so awak & saya makan secara haram kemudian blah. . . Emmmmm saya rasa cuak-cuak makan time tu kemudian biler misi berjaya saya rasa gembira. . .Padahal masa tu bukan saya tidak ada duit tapi saja mahu merasa perasaan cuak-cuak bahagia. . . Awak kalau takde duit bukan mahu minta pada saya, dan kalau saya belanja awak selalu-selalu pn awak cakap awak segan & awak tolak . . . Jadi kita makan secara rahsia-rahsia. . . Tapi duit lauk ngan nasik yang kita makan tu saya sudah bayar. . .awak jgn risau. . .sebab awak pun pernah cakap yang nanti biler ade duit awak nak bayar balik (saya rasa la)Awak saya rasa clark Kent lagi cool, lagipun tengkuk awak x sejinjang tengkok Lex Luther tapi saya sama handsome dengan Clark Kent. . .


Esok saya sambung lagi cerita saya nie. . . Kawan saya ajak masuk tidur, katanya risau esok lewat untuk ke pejabat, lagipun tadi kami meraikan ulangtahun perkenalan. . .Tapi saya rasa kita orang kenal dah lebih setahun. . . Emmmm lantaklah yang penting tadi saya makan dekat restaurant mahal . . .

Assalamualaikum. . . Ra'uf cerita ini saya tulis untuk awak. . . Sekarang jam pejabat baru saya nie pukul 12:00 tengah hari & saya baru sahaja sampai ke pejabat nie. . .  Nasib baik sekarang saya sudah ada sedikit pangkat disini kalau tidak mungkin-mungkin sahaja Boss besar yang perutnya sedikit buncit tu marahkan saya. . . Kalau awak nak tahu saya bukan saja-saja masuk lewat, saya cari wallet saya yang hilang di rumah. . .  Stress pun ada marah pun ada. . .

Hari tu, 23 march, Kalau awak nak tahu Izham accident. . . Kereta dia terlanggarkan tebing jalan di lebuhraya karak, dalam perjalanan ke Pahang rumah nenek awak. . . Apa yang dia ecited sangat saya pn tidak tahu sampaikan kemalangan. . . tapi saya yakin He not try to stole ur tunder. . .hak hak hak. . . Lepas sahaja saya dan PM melawat ke Pahang kami ke hospital pula melawat Izham. . . Masa saya jumpa Izham dia macam alien dari plenet Krypton. .pada badannya ade sedikit-sedikit lebam, dan kepalanya botak. . .Masa saya dan PM sampai dia tengah tidur nyenyak. . . Pada badan dan hidungnya ada  tiub-tiub plastik yang bertampal dengan biotape, masuk hidung & melekat dekat badan . . Ada juga mesin bunyi bibbb-bibbb dekat tepi katil dia (saya tidak tahu nama mesin tu, sebab masa nak jadi doktor mak tak kasi  & awak pun tahu kenapa) . . . Dekat dua-dua telinga dia ada  memeleh dengan cecair merah tapi warnanya pelahan dari darah. . .Maybe darah campur taik telinga cair. . .saya tidak tahu. . .


Saya rasa receptionist pejabat nie suka dengan saya, tapi saya rasa biasa-biasa sahaja dengan dia. . . Bukan sebab dia tidak cantik. . . tapi mungkin sebab dia terlalu tinggi. . . Saya risau-risau nanT katil bujang saya tidak cukup panjang untuk dia baring. . . Tapi tadi masa saya sampai dia tidak ada. . .Mungkin dia ke tandas ataupun dia tidak sihat. . .Sekarang nie musim orang-orang demam. . . Cuaca Malaysia tidak menentu. . .sayapun baru sahaja sembuh. . . Semasa saya dekat Skudai dulu dan saya demam saya ingat lagi awak teliphone mak saya. . .Saya kalau demam akan merasakan yang dinding mengecil & syiling mahu menghempap saya. .. Kelakar tapi itu yang saya rasa. . .

InsyaAllah sabtu nie saya, PM, Izham dan Kamal akan datang melawat awak. . Kamal kata dia mahu bawakan air jernih bersama bunga-bunga untuk dia taburkan di pusara awak (Saya rasa dia akan beli bunga-bunga tu dekat kedai india tepi jalan. Kalau nak ke cameron Highland jauh) . . . Izham sekarang sudah sembuh sepenuhnya & dia sudah tidak macam alien dari planet krypton lagi. . .

Mata awak separuh terbuka ketika awak dikapankan, tapi muka awak nampak tenang. . .Mungkin masa tu awak sudah melihat syurga atau kesan rawatan kenser awak dengan vitamin C dekat Johoe seminggu sebelum awak pergi. . .saya tidak pasti. . tapi muka awak nampak cerah nampak bersinar sedikit seperti Anita Serawak selepas berwudhuk mungkin. . . 23 mach 2009 awak pergi meninggalkn kita orang semua. . . Mak awak hari itu tidakpun menangis, dia cuma diam dan tersenyum kelat bila orang datang menegur. . .Cumanya saya & PM sahaja menangis (Emmmmm x maskulin sungguh kita orang hari tu ). . . Izham pula kemalangan jalan raya ketika mahu pergi ke majlis perkebumian awak. . .mungkin dia bawa terlalu laju, risau-risau tidak dapat melihat awak buat kali terakhir. . .Mak awak ade kasi saya dan PM 2 ringgit, tapi saya kasikan dekat budak dekat kubur awak. . .saya tidak kenal dia tapi saya tahu dia ada-ada bau kentut dengan awak. . .

Saya di dalam bilik saya di pejabat nie, awak pula dekat dalam bilik awak di pahang. . Saya doakan keluarga awak terus bahagia dan meneruskan hidup mereka walaupun awak sudah tiada. . .Saya doakan mak awak sihat. . .Saya juga doakan kesejahteraan awak (harap-harap tuhan terima doa saya untuk awak). . .Maafkan saya dan kawan-kawan kita & saya maafkan segala kesilapan awak (walhal tidak ada pun). . . Saya harap nanti bila kita berjumpa nanti awak masih ingat dengan saya. . . .

Owhhh saya baru tahu yang awak ada adik perempuan yang cantik pada 23 March tu. . . Dia menangis hari tu, waktu dia tegus saya dan PM dia cerita pasal awak dekat saya. . . dia kata dia kenal kita orang sebab awak selalu cerita pasal kita orang dekat dia. . . Baru saya tahu hari itu kalau awak sembuh awak mahu buat umrah dengan dia dan mak awak. . . . Dia menangis hari tu, matanya merah & pipinya ada air mata yang sudah kering. . Tapi dia tetap cantik. . .(Saya bukan nak menggatal saya cuma bercakap benar)

Saya Harap siapa-siapa yang membaca cerita saya untuk awak ini akan sedekahkan awak Al-Fatihah. . . Bukan untuk awak sahaja tapi untuk semua semua yang telah pergi. . .Biar harmoni awak disana. . .

8 comments:

  1. tersentap di 5 perenggan terakhir...ah..mata aku berkolam...sedangkan dia bukan siapa-siapa pada aku...
    innalillah...

    *kita kena kuat untuk orang yang kita sayang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmmmm pinjam sahaja bahu saya untuk kamu menangis. . .

      ps: aku beri kamu pilihan mahu bahu aku ketika aku berbaju atau bahu aku ketika tidak berbaju. . . . hak hak hak

      Terima Kasih. . .

      Delete
  2. Al-fatihah...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih.... Esk ulang tahunnye....

      Delete
  3. Replies
    1. Emmmmm Kalau kamu ada masa sedekahkanlah dia & yang lain Al-Fatihah...

      ps: Lama kamu tidak update blog cerita yg ada cuma lagu-lagu.....
      Owhhh jika tiada halangan nanT blog ini akan diprivatekan...

      Delete