Sunday 7 August 2011

Aku Mahu Bunuh Kamu

Ku cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Ku Cuba Bunuh diriku, Tapi Aku Masih Hidup.

Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Adalah Kesedihan
Kerana Engkau mengenangkan Perpisah, Kerana engkau adalah kenangan


Ku Cuba Bunuh Engkau, Tapi Engkau Tidak Mati
Kerana Engkau Adalah Sejarah, Sejarah Tidak Mati

Ku Cuba Bunuh Diriku, Aku Masih Hidup
Ku Cuba Bunuh Kesedihan, Kesedihan menghitam segala-galanya


Engkau adalah sejarahku, Sejarah Seperti Orang Lain
Sejarah Adalah Kenangan & Pengalaman
Sejarah Menyorot Kesilapan & Kebenaran

Perpisahan Kita Menyayat Kalbu, Kerana Kasih Sedang Membunga
Lalu Patah Tangkainya Oleh Ribut Ganas Yang Bernama Nasib

Aku Tahu Betapa Kasihmu, Aku Tahu Betapa Kasihku
Beningnya Bagaikan Bulan Di Langit, Birunya Bagaikan Hamparan Lautan

Aku Dapat Rasakan Betapa Hangatnya Air Matamu
Aku Dapat Merasakan Hangatnya Air Mataku
Bagai Tiada Bertemu Kembali Bagai Entah Kemana. . .

Ya, Duka Itu Dimana-man, Duka Aku Kerana Perpisahan
Duka Vietnam Kerana Peperangan , Duka Palestine Kerana Penindasan

Sia-sia Ku Cuba Bunuh Engkau, Kerana Engkau Tidak Mati
Sia-sia Aku Cuba Bunuh Diriku, Kerana Aku Masih Hidup

Dewan Sastera 1971

Isi Sastera jiwa untuk orang yang tidak keruan jiwanya seperti AKU. . . .Untuk Orang giler seperti AKU. . 

7 comments:

  1. Gertak hati ku..
    ..pada jiwa ku..

    atau
    ..engkau masih sayang dia..
    ..engkau masih rindu dia..
    ..engkau masih dambakan dia..
    ..engkau dahaga kasihnya..
    engkau masih..masih..masih..

    aduhai laksana batu besar di tepian pantai
    dipukul ombak berkali..
    terluka masih kukuh di situ..
    tercedera masih tak tumbang..
    diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

    suci..suci rindu ku
    suci..suci kasih ku
    suci..suci pasrah ku

    Tuhan..
    bantu aku melupakannya..

    p/S ko igt ko sorang jer boleh bermonolog kat sini ..NU'man also can ..hak hak hak ..

    ReplyDelete
  2. john, aq nak print entri ko ney.nak tampal kat bilik aq..ada kene mngene ngn aku gak..thanx john..

    ReplyDelete
  3. Abang John dah start meroyan dah.....kes serious ni....

    ReplyDelete
  4. hukhuk~ moral of the story...merokok membuat kita mati

    ReplyDelete
  5. aku tak mampu mencanang seloka.. apatah lagi berpuisi indah sejagat raya.. ku tahu hatimu berbusa tak keruan.. kembali kepada redha Ilahi.. beban di batu jembala mu bakal terpipih pergi..

    ReplyDelete
  6. tula joHn ,lain kali tdo basuh kaki n tutt..ttba..
    ...sungguh berpuitis mu joHn bak puiting mu ahaakk.

    ReplyDelete
  7. oit2 duk merepek2 apa ni g terawih nun hahaa :p

    ReplyDelete