Kalau waktu pagi mukanya licin sahaja, namun bila malam kelihatan jambang halus bersepah, tidak hendsome seperti waktu pagi selalu-selalunya. . . Bibir dia pun nampak kelakar biler dia baring, Nipis dan berwarna meroon-meroon. . . Aku rasa dia pun curi-curi hisap rokok mcm aku, tapi belagak mulia marah orang isap rokok, kalau tidak masakan bibir beliau bewarna meroon-meroon & tidak pink seperti bibir Lisa Suruhani dalam iklan dalam TV tu. . . Kemudian biler diperhatikan di celah-celah jambangnye yang tumbuh hijau, ade sebutir-dua jerawat kering. . . Sudah berkali aku tegur dia jangan letak jem kacang banyak-banyak ats roti. . . tapi dia nie degil kata sahaja doktor. . .
John Melvin: Ehhh kenapa dahi berparut. . . Ada pergelutan dengan penjenayah ke?
Nazry: xde la, kene bucu pintu time gigih nak pasang . . Kecik aje & dah nak hilang pn. . . Mcm mane boleh perasan. . .
John Melvin: Itulah yang dinamakan mata knight-men . . . hak hak hak
Nazry: ha ha ha menyampah abang dengar. . . Dah xnak mandi dah ke. . .
John Melvin: mandi dulu . .Nak cuci mata jap. .
Nazry: Abang dah ganti dah pintu yang bee pecahkan hari tu. . . bayar balik 2 ratus. . .
John Melvin : tipu la pintu plywood sampai 2 ratus. . . Macam la aku tak tahu. . .
Nazry: Sudah tukar pintu kayu 150 pastu tombol 45 inggit, 5 inggit lagi upah abang pasang. . .Ingat senang ke. . . Bee lepas pecahkan buat tak tahu. . ..
Emmmm. . . . Itu cerita beberapa minggu sebelum tahun 2012. . . Pergaduahan biasa-biasa antara aku dengan Nazry menyebabkan pintu bilik yang tidak berdosa menjadi mangsa. . . Selain dari pintu bilik kaki aku juga menjadi mangsa, sakit rupanya menentang pintu. . . Kiranya pergaduhan pertama kita orang sebagai housemate dan housemate. . . how sweet. . .hak hak hak
Nazry: berapa kali mahu dibilang jangan hisap rokok. . . jangan hisap rokok. . .bee tu bukannye sihat kalau isap rokok. . . NanT sakit menyusahkan orang. . .
John Melvin: Biler masa plak aku isap rokok nie. . . Balik keje terus kene marah. . .
Nazry: Nah. . .
Sambil baling rokok kat badan aku. . . Pehhhh mendatangkan marah sungguh, dahla di renyuk-renyukkan kotak rokok 19 batang lagi tanpa peri kemanusiaan. . . Pehhhhh mendatangkan marah sungguh. . .
John Melvin: Dah lama la rokok tu dalam laci. . .Tak pakai pun, saje simpan. . . Yang di rosakkan buat ape. . .mahal nie. . .
Nazry: Kalau tak pakai buat ape simpan. . . Kalau tak suka buat ape layan. . .
John Melvin: Layan ape pulak orng tua nie. . . Kan dah cakap tadi saja simpan rokok tu, sebab dah terbeli hari tu. . .
Nazry: Poyo bee tau tak poyo. . . Yang dada bebelang tu kenapa. . Bukan sebab kene cakar ngan perempuan ke. . . Bee kalau betul cakap kat dia betul-betul, kalau nak main-main je baik tak payah. . . Bee ingat bee tu bagus sangat ke. . . hati orang nie nak main, hati orang tu nak main. . . Kene pokok konon. . .
John Melvin: Perempuan mane plak. . . Abang (sudenly panggil dia abang sbb dh nak kantoi) biar betik. . .
Nazry: Yelatuuuu biar betik. . . Abang baca la sms bee. . . Kalau semalam dah kata taknak mainkan perasaan dia cakap la terus-terus, lepas dah kasi tahu xyah la msg bagai kata nak slow down- slow down pulak. . Sorry sebab ai cakar you. . . Tak pe sebab ai yang salah (nada mengejek sms aku). . . Pastu kalau betul nak dekat dia pegi terus x payah nak rahsia-rahsia. . .
Tidak tahu untuk menjawap apa, dengar perasaan sedikit marah & ego yang dibakar hangus John Melvin keluar dari bilik itu. . . Namun tidak tahu mana datangnya idea bodoh untuk menendang pintu. . . Namun mungkin ia tindakan yang paling wajar untuk menghentikan perbualan selain daripada berpura-pura pengsan pada ketika itu. . . Keadaan menjadi semakin dinginnnnnnnnn
John Melvin: Waktu itu di dalah hati : Bongok punye Nazry, sesedap rasa je nak bukak phone aku tapi paling bongok adalah pintu itu. . . Sakit kaki aku. . Mujur dalam keadaan marah jika tidak mahu menari mak yong John Melvin menahan sakit selepas menendang pintu itu. . . Jalan seperti biasa-biasa. . . masuk bilik air baru lihat kini kaki John Melvin pula sedikit luka. .. Semalam dan hari ini hati & badannya dilukai. . .

Sabtu kemarin. . . Selesai mereka datang menziarah kondisi mak yang semakin positive itu, kami berangkat ke Air Terjun Batu Berangkai Kampar. . . Tempatnya tidaklah dekat & tidaklah pula begitu jauh. . . Airnya tetap dingin & jernih sama seperti waktu kami pergi dahulu. . . Aku seperti biasa jika masuk ke air tidak lama. . . bukan kerana tidak suka tetapi kondusi mata yang harus sentiasa dletakkan kanta menjadi penghalang. . . Jika dipakai, dikhuatiri berkabus tebal mahupun hilang (tambah-tambah biler bergelar penganggur) jika tidak dipakai pula ibarat mandi di kolah masjid. . . Pandangan alam tidak nampak jelas, Namun apa yang paling dikhuatiri rupa paras handsome-handsome & liut lenggok cantik-cantik tidak kelihatan. . .
ps: Sesetengah ayat didalam pergaduhan mengalami sedikit perubahan kerana Penulis sudah kurang ingat cara Nazry menjadi singa gatal. . . namun 70 kejian belian terhadap penulis ketika itu adalah benar. . .
ps: Ai memang ingat yang Ai nie bagus sangat. . . . <--- serius dia tanye aku soalan nie hari tu & serius aku nak jawap mcm nie, cumanya tidak terucap. . .