Wednesday 11 January 2012

Kamu. . . .



Kamu tidak tahu dari mana harus kamu mulakan semula. . . . Seperti biasa, kamu seboleh mungkin tidak mahu meletakkan kesilapan yang telah berlaku ke atas diri kamu sekarang diatas bahu kamu sendiri. . . .Seboleh mungkin kamu mahu campakkan kesalahan ini kepada Razlan, meskipun siapa Razlan kamu sendiri tidak tahu. . . . Kengkadang kamu terfikir mungkin ada hikmah diatas semua yang berlaku & kengkadang kamu juga terfikir mungkin ini bala yang kamu harus terima diatas kesilapan yang tangan kamu lakukan. . .

“When you win some you lose some ”

Benar atau tidak apa yang bahasa penjajah itu katakana kamu sendiri tidak pasti. . . Namun apa yang pasti kamu sekarang adalah seorang penganggur yang kurang berguna atau mungkin tidak berguna. . . .
  
Kamu juga kini sudah belajar untuk tidak berkata jujur – Berkata jujur pada diri kamu dan insan-insan disekitar kamu. . .

Mungkin kamu bukan kamu yang dulu.. . Kamu bukan kamu ketika bersama bekas kekasih dan tunang kamu dahulu. . . .

Namun apa kamu yang dulu masih ada adalah berjalan seorang diri, kemudian termenung dan memikirkan sesuatu untuk kamu salahkan dan persoalankan. . . Jika pada ketika itu ada yang sudi bertanya akan kamu ceritan dari A- Z. . . Tiada suatupun yang kamu tinggalkan walaupun noktah. . . . Kemudian kamu akan pergi menginggalkan orang yang bertanya dengan harapan untuk tidak berjumpa dengannya lagi . . .

Kerana kamu percaya orang yang bertanya hanya menganggap kamu gila & berdoa untuk tidak berjumpa dengan kamu lagi . . . .

:: Dari Pagi tadi pak cik nampak kamu duduk dekat sini, Tunggu sape ::

Jauh kamu berjalan hari ini. . .Sehingga kamu pasti sesiapa tidak mengenali kamu

Kamu mengharap yang tiket untuk kamu ke kehidupan lama kamu masih ada seperti tiket untuk kamu pulang tadi. . . .

ps: Orang-orang yang membaca blog kamu kini juga merasakan yang kamu kini gila. . . .

2 comments:

  1. orang tua ini berkata: uh..why so serious? Kamu adalah kamu, tiada lebih dari satu kamu itu dari kamu yang lain. Kamu faham?

    ReplyDelete
  2. pernah aku bercerita kepada kamu.. jangan sesekali kamu ke [pantai itu].. kerana [pantai itu] akan menduga kamu.. dengan kebiruan airnya yang kamu sendiri tidak tahu samada dalam atau cetek airnya.. tidak tahu samada bahaya atau tidak isi kandungannya.. air birunya bisa menggoda kamu untuk terjun ke dalamnya..

    aku pernah melarang kamu dari terjun ke [laut itu].. cukuplah sekadar menjenguk di pasir pantai.. cukuplah sekadar menguis-nguis gigi laut yang sesekali menduga pantai dan manarik pasir-pasir ke laut..

    tapi...
    tak apa.. itu keputusan kamu.. janji kamu masih sedar dimana diri kamu berada.. jangan terus hanyut ka tengah laut yang tidak kelihatan tepiannya..

    tapi kesan-kesan dari keputusan kamu itu telah kamu lihat sendiri bukan??

    dan yang pasti aku juga merasa kesannya..
    :(

    kamu faham maksud aku bukan??

    ReplyDelete