Monday 9 January 2012

1st Fight. . .

Kalau waktu pagi mukanya licin sahaja, namun bila malam kelihatan jambang halus bersepah, tidak hendsome seperti waktu pagi selalu-selalunya. . . Bibir dia pun nampak kelakar biler dia baring, Nipis dan berwarna meroon-meroon. . . Aku rasa dia pun curi-curi hisap rokok mcm aku, tapi belagak mulia marah orang isap rokok, kalau tidak masakan bibir beliau bewarna meroon-meroon & tidak pink seperti bibir Lisa Suruhani dalam iklan dalam TV tu. . . Kemudian biler diperhatikan di celah-celah jambangnye yang tumbuh hijau, ade sebutir-dua  jerawat kering. .  . Sudah berkali aku tegur dia jangan letak jem kacang banyak-banyak ats roti. . . tapi dia nie degil kata sahaja doktor. . .

John Melvin: Ehhh kenapa dahi berparut. . . Ada pergelutan dengan penjenayah ke?

Nazry: xde la, kene bucu pintu time gigih nak pasang . . Kecik aje & dah nak hilang pn. . . Mcm mane boleh perasan. . .

John Melvin: Itulah yang dinamakan mata knight-men  . . . hak hak hak

Nazry: ha ha ha menyampah abang dengar. . . Dah xnak mandi dah ke. . .

John Melvin: mandi dulu  . .Nak cuci mata jap. .

Nazry: Abang dah ganti dah pintu yang bee pecahkan hari tu. . . bayar balik 2 ratus. . .

John Melvin : tipu la pintu plywood sampai 2 ratus. . . Macam la aku tak tahu. . .

Nazry: Sudah tukar pintu kayu 150 pastu tombol 45 inggit, 5 inggit lagi upah abang pasang. . .Ingat senang ke. . . Bee lepas pecahkan buat tak tahu. . .. 

Emmmm. . . . Itu cerita beberapa minggu sebelum tahun  2012. . . Pergaduahan biasa-biasa antara aku dengan Nazry menyebabkan pintu bilik yang tidak berdosa menjadi mangsa. . . Selain dari pintu bilik kaki aku juga menjadi mangsa, sakit rupanya menentang pintu. . . Kiranya pergaduhan pertama kita orang sebagai housemate  dan housemate. . . how sweet. . .hak hak hak 

Nazry: berapa kali mahu dibilang jangan hisap rokok. . . jangan hisap rokok. . .bee tu bukannye sihat kalau isap rokok. . . NanT sakit menyusahkan orang. . .

John Melvin: Biler masa plak aku isap rokok nie. . . Balik keje terus kene marah. .  .

Nazry: Nah. . . 

Sambil baling rokok kat badan aku. . . Pehhhh mendatangkan marah sungguh, dahla di renyuk-renyukkan kotak rokok 19 batang lagi tanpa peri kemanusiaan. . . Pehhhhh mendatangkan marah sungguh. . .

John Melvin: Dah lama la rokok tu dalam laci. . .Tak pakai pun, saje simpan. . . Yang di rosakkan buat ape. . .mahal nie. . .

Nazry: Kalau tak pakai buat ape simpan. . . Kalau tak suka buat ape layan. . . 

John Melvin: Layan ape pulak orng tua nie. . . Kan dah cakap tadi saja simpan rokok tu, sebab dah terbeli hari tu. . . 

Nazry: Poyo bee tau tak poyo. . . Yang dada bebelang tu kenapa. . Bukan sebab kene cakar ngan perempuan ke. . . Bee kalau betul cakap kat dia betul-betul, kalau nak main-main je baik tak payah. . . Bee ingat bee tu bagus sangat ke. . . hati orang nie nak main, hati orang tu nak main. . . Kene pokok konon. . . 

John Melvin: Perempuan mane plak. . . Abang (sudenly panggil dia abang sbb dh nak kantoi) biar betik. . .

Nazry: Yelatuuuu biar betik. . . Abang baca la sms bee. . . Kalau semalam dah kata taknak mainkan perasaan dia cakap la terus-terus, lepas dah kasi tahu xyah la msg bagai kata nak slow down- slow down pulak. . Sorry sebab ai cakar you. . . Tak pe sebab ai yang salah (nada mengejek sms aku). . . Pastu kalau betul nak dekat dia pegi terus x payah nak rahsia-rahsia. . . 

Tidak tahu untuk menjawap apa, dengar perasaan sedikit marah & ego yang dibakar hangus John Melvin keluar dari bilik itu. . . Namun tidak tahu mana datangnya idea bodoh untuk menendang pintu. . . Namun mungkin ia tindakan yang paling wajar untuk menghentikan perbualan selain daripada berpura-pura pengsan pada ketika itu. . . Keadaan menjadi semakin dinginnnnnnnnn

John Melvin: Waktu itu di dalah hati : Bongok punye Nazry, sesedap rasa je nak bukak phone aku tapi paling bongok adalah pintu itu. . . Sakit kaki aku. . Mujur dalam keadaan marah jika tidak mahu menari mak yong John Melvin menahan sakit selepas menendang pintu itu. . . Jalan seperti biasa-biasa. . . masuk bilik air baru lihat kini kaki John Melvin pula sedikit luka. .. Semalam dan hari ini hati & badannya dilukai. . . 



Sabtu kemarin. . . Selesai mereka datang menziarah kondisi mak yang semakin positive itu, kami berangkat ke Air Terjun Batu Berangkai Kampar. . . Tempatnya tidaklah dekat & tidaklah pula begitu jauh. . . Airnya tetap dingin & jernih sama seperti waktu kami pergi dahulu. . . Aku seperti biasa jika masuk ke air tidak lama. . . bukan kerana tidak suka tetapi kondusi mata yang harus sentiasa dletakkan kanta menjadi penghalang. . . Jika dipakai, dikhuatiri berkabus tebal mahupun hilang (tambah-tambah biler bergelar penganggur) jika tidak dipakai pula ibarat mandi di kolah masjid. . . Pandangan alam tidak nampak jelas, Namun apa yang paling dikhuatiri  rupa paras handsome-handsome & liut lenggok cantik-cantik tidak kelihatan. . . 

ps: Sesetengah ayat didalam pergaduhan mengalami sedikit perubahan  kerana Penulis sudah kurang ingat cara Nazry menjadi singa gatal. . . namun 70 kejian belian  terhadap penulis ketika itu adalah benar. . . 
ps: Ai memang ingat yang Ai nie bagus sangat. . . . <--- serius dia tanye aku soalan nie hari tu & serius aku nak jawap mcm nie, cumanya tidak terucap. . .

4 comments:

  1. Emmm....orang tua ini semakain tertanya-2, John Melvin ini brutal rupanya. Sehandsome manakah lagaknya itu.....

    orang tua ini jua suke menyakat...ko memang kejissssssss si John Melvin perasan(ahak3)

    ReplyDelete
  2. ooo..
    begitu ceritanyer...

    "sory ai tercakar dada yu.."

    ReplyDelete
  3. cakaran yang mendatangkan kontroversi...hahahahahak...ko mmg kejisss la John~

    ReplyDelete
  4. Abang Zai: Emmmmm John Melvin orangnya biasa-biasa sahaja. . .

    Adam: Xpe ai pun salah hari tu. . . .

    Naga Sepi: Hak hak hak bukan mendatangkan kontrovesi tapik mendatangkan sakit ba. . . .

    Kejissssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss <--Huruf S aku paling banyak dari korang. . . .Wek

    ReplyDelete