Monday 30 January 2012

Mak Jah. . .


Memanaskan semula air kopi semalam menggunakan heater air bukanlah suatu yang menyalahi rona-rona kehidupan kerana memang itu fitrahnya heater air untuk memanaskan air. . . Namun ia kelihatan salah dimata Mak Jah, hari ini beliau dimarah oleh Mak Jah Lagi. . . Emmmm Mak Jah memang dari dahulu suka marah beliau, ingin dikata simpom P.M.S usianya sudah berstatus menopause. . .Mujur sahaja Mak Jah beliau anggap sebagai emak ke dua beliau. . .

Mak Jah, merupakan nama-nama tipikal yang wujud didalam drama-drama arahan Yusuff Haslam & Prof. A Razak sebagai orang gaji. . . Lantaran itu beliau namakan Mak Jah dirumah ini juga sebagai Mak Jah sebagai kesinambungan kepada drama-drama arahan Yusuff Haslam & A Razak. . . Sudah lama beliau mengenali Mak Jah, kira-kiranya dari beliau berumur 6 tahun lagi. . . Ketika beliau masuk ke darjah satu. . . (beliau anak seorang guru makanya dengan sedikit penyalah gunaan kuasa beliau dapat masuk ke darjah satu pada usia sedikit muda) ataupun ketika beliau berumur 4 tahun, ketika beliau berada di tadika, emmmmm beliau sendiri kurang ingat. . . 

(Ini bukan Mak Jah)

Ketika Ibunya bekerja Mak Jahlah yang menjaga rumah & masak masakan tengah hari untuk beliau. . . Mak Jah juga yang menjadi guru mengaji kepada beliau sehingga beliau khatam Al-Quran pada usia 10 tahun. . . Owhhh mungkin akibat hasutan nafsu syaitan, ketika mengajar mengaji Mak Jah garangnya lain macam. .  Jika terlihatkan oleh siput babi, nescaya sibut babi itu akan menyorok didalam cengkerangnya akibat takutkan kegarangan Mak Jah ketika mengajar mengaji. . .

Sebenarnye tiada apa yang menarik untuk diceritakan perihal Mak Jah. . . Beliau sekadar ingin meluahkan perasaan disini kerana di marah oleh Mak Jah akibat memanaskan kopi semalam menggunakan heater air. .  Keluh resah Mak Jah bukan sekadar perihal heater air, diungkitnya kembali peristiwa beliau mengexperimentasi lalat dengan memasukkan lalat kedalam peti sejuk sehingga pengsan, tidak cukup dengan itu, dibangkitkan issu beliau mengasingkan biji kekabu dari bijinya dengan menggunakan mesin basuh. . Meskipun usaha pengasingan itu tidak seperti apa yang beliau bayangkan ketika itu, sekurangnya beliau mencuba. . .Mujur tidak diungkitnya perihal vakum yang beliau rosakkan akibat experiment sains beliau & aktiviti merebus jentik-jentik menggunakan kuali telur beliau. . . Jika tidak mana mahu beliau letak muka beliau sendiri kurang pasti. . . 

ps: Jentik-jentik apabila direbus pada suhu 100 darjah akan menjadi rangup & mudah untuk dipatahkan. . . cubalah sendiri dirumah jika kalian tidak percaya. . .

Pepatah ade menyebut " Don't Judge the age by the wrinkles " kerana meskipun sudah tua kuasa membebel Mak Jah masih macam dahulu. . . Tapi entah kenapa beliau setia menahan telinga mendengarnya, dibebelnya perihal hatinya yang bembang melihat beliau berpelesaran seperti insan tiada matlamat hidup kini & apabila beliau menyatakn susah untuk mendapat kerja sekarang disuruhnya beliau bekerja menjadi pekerja di McD. . . Mak Jah oooo Mak Jah. . . .

Luahan mengenai Mak Jah mungkin Bersambung mungkin tidak. . . kerana beliau kini sudah dipanggil makan oleh beliau. . . Jika derhaka nanti risau Mak Jah bertukar menjadi beruang kutup tua yang mengganas. . . 

ps: Beliau sebenarnya sayang sangat sama Mak Jah sama macam beliau sayangkan emaknya, kalau kurangpun mungkin sebesar kuman sahaja. . . . Meskipun beliau kadang kala bertukar menjadi Beruang kutup tua yang mengganas. . .


7 comments:

  1. Adehhh..guling2 orang tua ini menahan gelak tawa yg tahap gaban. Tuanhamba memang joker yg kejisssssssss....(ahaks3)

    Beta ada wawarkan disekiling desa kerja kosong sebagai supir..adakah tuanhamba berminat? :P

    ReplyDelete
  2. Long time no see ..ma old fwen .. dah ader 2 mak skang nie ..huhu

    ReplyDelete
  3. hadoiyaiiii......lawak kejisssss hahahahahahaha

    ReplyDelete
  4. adakah ini sindrom PMS+TK?? (Penyakit Mental Sebab Tak Kerja)
    muahahahahaha....

    ReplyDelete
  5. Abang Zai: Sebagai Supir. . . jika bersesuaian dengan gajinya patik berasa bahagia untuk mengapplynya. . .Sekarang sekarang sahaja beliau dapat 1K sebagai alaun penganggur dari bapanya. . . Boleh kiranya menjadi supir beliau dapat 4.5K. . . Namun jika menjadi supir kepada Abang Zai dibayar 3.5K & dapat memandu bossnya juga dipertimbangkan. . .hak hak hak

    Numan: Ehhhhh prince caspian kembali. . . Beliau bukan emak ke 4 kepada John Melvin. . . Cumanya John Melvin sayang sama beliau. . . dari wajahnya setegang kak anita serawak yang rajin berwuduk itu hinggakan jawahnya berkerut, beliau menjada John Melvin. . .

    Naga: kejisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss <-- S aku lagi banyak. . .hak hak hak
    ps: Knape x boleh baca blog hang. . .Bejimat ekkk (john.pelik@gmail.com)

    Addam: hak hak hak tidak kerja merupakan suatu yang membahagiakan, meskipun kengkadang terasa bosan & miskin. . . hak hak hak

    ReplyDelete
  6. A'a kembali semula ..setelah puas berkelana ..
    kali nie pasti x kan jatuh gaung semula .. kerana Numan yang baru lebih segar dan kuat tetapi tetap menyelerakan macam dolu2 ..hahahaha .. (psst: emm prince caspian kian ditinggalkan ..ade buah ati baru la nie ..hoho)

    ReplyDelete