Sunday 29 January 2012

Miss Call II

Petang itu. . . Cuaca di kuala lumpur seperti biasa-biasanya panas berbahang serta penuh debu. . .Tidak seperti di Kampung yang mana penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan, sama seperti apa yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita berkaitan kesejahteraan rakyat 1 Malaysia. . . Sedang enak John Melvin & Nazry makan limau sepena tahun baru cina, Hanphone nya berbunyi mesra. . .

Penyayi Itu: Salam, Kenal?

John Melvin: Kenal, Penyanyi itu. . . Knape?

Penyayi Itu: hahahah saja boring-boring. . Ke Curve hari nie. . .

John Melvin: Emmmmm tidak agaknya, esok sudah mahu pulang ke kampung. . . So malam nie mahu rehat sahaja di rumah. . .Mungkin lain kali. . .Boleh cakap mcm tu?

Penyayi Itu: Boleh. . . NanT saya tuntut janji ini. . .hahahahaha

Untuk sms seterusnya sekadar pesanan ringkas yang mampu mengukir senyuman bahagia & mengeraskan beberapa bentuk anggota seketika dan ia berlarutan sehinggalah . . (jam 5:50 pm mungkin)

Nazry: Dengan sape sms tu, seronok sangat nampak. . .

John Melvin: Ek ek dengan anak buah. . . Jom g makan, lapar la. . .

Nazry: Lepas Maghrib la, dah petang nie. . .

John Melvin: Emmmm kalau mati lapar mcm mane. . .Aku belanja. . .

Nazry: hahahahhaha penganggur belanja OK je. . .

Sebenarnya John Melvin bekecil hati apabila Nazry menyatakan yang ia seorang penganggur, meskipun itu kenyataan tetapi jika dinyatakannya banyak kali cukup membuatkan John Melvin rasa nak gigit telinga beliau laju-laju. . . Namun jika digigit telinga Nazry laju-laju, dimana lagi bahagian geli-geli Nazry yang tinggal. . makanya hasrat menggit laju-laju itu John Melvin campakkan jauh ke Lautan dalam & John Melvin gantikan dengan perasaan menggigit telinga Nazry dengan penuh kasih sayang. . 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu apa demamnya Nazry mahu tidur awal. . . Dikatakan yang dirinya penat & mengantuk, namun bila suruh masuk tidur dia membantah dengan berbagai soalan-soalan Fizik & Biologi yang menguji minda. . .

Nazry: Bee esok balik kampung petang ke pagi. . .

John Melvin: Pagi agaknye, petang takut jem. . . manyak makan minyak ooo. . . 

Nazry: Owhhhhh kalau balik pagi, pegi la berehat nanT esok drive takde penat sangat. . .sms anak buah lagi ke?

John Melvin: Emmmmmm bukan la, sembang dengan kawan. . . lama tak sembang ngan dia. . .Dah mengantuk ke?

Nazry: Mengantuk la jugak. . . Jom tidor. . .

John Melvin: Sikit lagi masuk, awal sangat nak tidonye. . . 

tettt tettt <--bunyi sms masuk lagi 
Penyayi Itu: OK la bro, nanti sambung lagi, nak keje nie. . .

John Melvin : OK. .

Nazry : Bee ade duit lagi. . . ke nak abang bank inkan. . . 

John Melvin: ade lagi. . . tadik kata mengantuk pegi la tido dulu, aku nak bukak internet jap, nak mendaftar Job Street jap. .  so ade la duit nanT. . .

Nazry: hahahahahahaha, cepat-cepat la cari keje, lagipun mak bee kan dah makin sihat sekarang, boleh duduk KL balik. . .blaaa blaaa blaaa <---membebel. . .

Setelah agak puas beliau berceramah berkaitan masa depan & issu-issu kewangan akhirnya Nazry melangkah longlai ke bilik. . .Namun dalam kata-katanya juga ada menyelitkan bait-bait tidak puas hati & cemburu. . . 

John Melvin: Jagan lupe gosok gigi nanT nak . . . bau tomyam. . .hak hak hak

Nazry: Malas, ajak tido tak nak. . .Jangan lama sangat. . .Esk bee balik pagi. . .

John Melvin: OK. . .
---------------------------------------------------------------------------------------------

Dari satu halaman blog ke satu halaman blog John Melvin jelajah malam itu, dari satu satu laman sosial ke satu laman sosial John Melvin buka malam itu. . . Mendaftar Job Street masih belum lagi. . . Kerana buat masa sekarang John Melvin bahagia menjadi Penganggur berIngenieur. . . Malam itu juga John Melvin berchatting dengan kawannya perihal penyayi itu, Namun bukan seperti Abang Zai yang berchatting di laman sesawang "gaysite" di bilik tetamu dirumahnya. . . John Melvin sekadar berchatting di laman sosial biasa. . . (Abang Zai, patik sekadar bergurau)

John Melvin: New guy, aku kenal nie bahasanya pehhhhh meruntum nafsu

Kamal: Oh yeke. . . .(sukati je taruk petname nie)

John Melvin: Mucisian lagi. . .

John Melvin: Aku takut aku tercurang. . .katanya mahu jumpa. . .any pandangan. . .

Kamal: takde la. . .huhuhuhuhu

John Melvin: Ok. . .OK la malam terakhir kat KL mahu menempiaskan rindu dendam sebelum berangkat pulang. .Ketemu dilain masa. . .

Kamal: Oh yeke. . .bagusla. . .Ngeeeee. . .

Dititipnya tangga rumah itu pelahan-lahan, selesai itu dikuaknya dada pintu lantas menuju tepat ke sebuah katil yang seginya 6 kaki x 6 kaki. . . Agak pantas namun masih dalam kondisi sopan beliau baring diatas katil tersebut sedikit- demi sedikit dirapatkan badannya sehinggalah. . .

Nazry: panas la bee. . .

John Melvin: Ingat dah tido. . . Kata ngantuk tadi.. .

Nazry: Nak tido la nie (bunyinya agak dingin). . Bee pegi la sambung sembang ngan Penyayi itu. . . lagipun kan lama tak sembang ngan kawan lama. . .Kirimkan salam abang dengan anak buah sekali. . . ke orang yang sama. . .

Tiba-tiba suasana yang harmoni dan sejahtera, seperti kesejahteraan rakyat 1 Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita bertukar menjadi Ribut petir yang dasyat, beserta dengan daun-daun yang gugur berterbangan dibawa angin yang deras serta langit yang penuh dengan kilat dan ribut petir yang sabung mengabung. . . kini bercampur baur menjadi satu fonomena dihati John Melvin. . .

ps: Entry 4 hari sudah namun terlupa untuk ditekankan butang "Publish Post"
pss: Emmmm entry kentut kerana John Melvin kini kurang waras. . .beliau kini sedang mabuk & gila kerana panyanyi itu. . . hak hak hak (sayup-sayup kedengaran lagu Love You Like A Love Song nyanyian Salena Gomez <-- ex beliau dahulu. . .Emmmmm comel)

Tammat Part II

2 comments:

  1. Banyak la tuanhamba punye gurauan...hampeh.

    Siapakah gerangan si 'Kassim Selamat' itu??? Tuanhamba memang kejissssssssssssssssssssssssssssss. (ahaks3)

    ReplyDelete
  2. hakhakhak~~~ kantoi da AZ...John sememangnya kejisssss

    ReplyDelete