Monday, 30 January 2012

Block . . .


Tiada ku duga Permulaan yang Jernih
Menjadi Keruh Dengan Tiba-tiba
Bisa Rintangan Antara Ku dan Dia
Cinta Terhalang Oleh Orang Tua. .

Jam 8:30 tadik. . . .

Nazry: Abang dah kasi tahu penyanyi tu yang Bee ngan abang. . .

John Melvin : Knape?. . . 

Nazry: Tak suka. . . .

John Melvin: Kawan je la. . . 

Nazry: Sorry. . . but i know penyanyi itu better than you. . . 

John Melvin: Emm suka hati. . .Bye. . .

Nazry: Abang Minta maaf. . . Tp sekali sekala tolong jaga hati abang jugak. . . Abang nak jugak Bee call abang/ sms abang mcm bee buat dekat penyanyi tu. . . but as usual always abang yg start dulu. . . tapik dengan penyayi tu boleh pulak sms sampai berjam-jam. . .

John Melvin : Awak keje. . . 

Nazry: Emmmmm sentiasa ada jawapan. . .Abang tak larang berkawan dengan Penyayi tu. . . Cumanya abang mintak jangan lebih dari kawan. . .

John Melvin : OK je. . . bye nak makan (menipu)


Jam 10:00 tadik. . .

Nazry: Makan ape tadik. . . dah tidur?

John Melvin: Nie mak John Melvin. . . Dia dah tido. .hak hak hak sembang nanT ekk. . . Nie mak dia betul-betul nie. .bukan tipu-tipu. . .Serius. . .

Nazry: Emmmm baik la mak John Melvin. .Cakap dekat anak mak cik saya sayang dia. . . Sorry. .

Stresss aku dengan mamat sorang nie. . .Izinkan John Melvin terbang bebas seperti bangau yang putih berseri di angkasa raya bersama awandania. . .

ps: Baru bercadang nak buat Miss Call part III.. . .

Mak Jah. . .


Memanaskan semula air kopi semalam menggunakan heater air bukanlah suatu yang menyalahi rona-rona kehidupan kerana memang itu fitrahnya heater air untuk memanaskan air. . . Namun ia kelihatan salah dimata Mak Jah, hari ini beliau dimarah oleh Mak Jah Lagi. . . Emmmm Mak Jah memang dari dahulu suka marah beliau, ingin dikata simpom P.M.S usianya sudah berstatus menopause. . .Mujur sahaja Mak Jah beliau anggap sebagai emak ke dua beliau. . .

Mak Jah, merupakan nama-nama tipikal yang wujud didalam drama-drama arahan Yusuff Haslam & Prof. A Razak sebagai orang gaji. . . Lantaran itu beliau namakan Mak Jah dirumah ini juga sebagai Mak Jah sebagai kesinambungan kepada drama-drama arahan Yusuff Haslam & A Razak. . . Sudah lama beliau mengenali Mak Jah, kira-kiranya dari beliau berumur 6 tahun lagi. . . Ketika beliau masuk ke darjah satu. . . (beliau anak seorang guru makanya dengan sedikit penyalah gunaan kuasa beliau dapat masuk ke darjah satu pada usia sedikit muda) ataupun ketika beliau berumur 4 tahun, ketika beliau berada di tadika, emmmmm beliau sendiri kurang ingat. . . 

(Ini bukan Mak Jah)

Ketika Ibunya bekerja Mak Jahlah yang menjaga rumah & masak masakan tengah hari untuk beliau. . . Mak Jah juga yang menjadi guru mengaji kepada beliau sehingga beliau khatam Al-Quran pada usia 10 tahun. . . Owhhh mungkin akibat hasutan nafsu syaitan, ketika mengajar mengaji Mak Jah garangnya lain macam. .  Jika terlihatkan oleh siput babi, nescaya sibut babi itu akan menyorok didalam cengkerangnya akibat takutkan kegarangan Mak Jah ketika mengajar mengaji. . .

Sebenarnye tiada apa yang menarik untuk diceritakan perihal Mak Jah. . . Beliau sekadar ingin meluahkan perasaan disini kerana di marah oleh Mak Jah akibat memanaskan kopi semalam menggunakan heater air. .  Keluh resah Mak Jah bukan sekadar perihal heater air, diungkitnya kembali peristiwa beliau mengexperimentasi lalat dengan memasukkan lalat kedalam peti sejuk sehingga pengsan, tidak cukup dengan itu, dibangkitkan issu beliau mengasingkan biji kekabu dari bijinya dengan menggunakan mesin basuh. . Meskipun usaha pengasingan itu tidak seperti apa yang beliau bayangkan ketika itu, sekurangnya beliau mencuba. . .Mujur tidak diungkitnya perihal vakum yang beliau rosakkan akibat experiment sains beliau & aktiviti merebus jentik-jentik menggunakan kuali telur beliau. . . Jika tidak mana mahu beliau letak muka beliau sendiri kurang pasti. . . 

ps: Jentik-jentik apabila direbus pada suhu 100 darjah akan menjadi rangup & mudah untuk dipatahkan. . . cubalah sendiri dirumah jika kalian tidak percaya. . .

Pepatah ade menyebut " Don't Judge the age by the wrinkles " kerana meskipun sudah tua kuasa membebel Mak Jah masih macam dahulu. . . Tapi entah kenapa beliau setia menahan telinga mendengarnya, dibebelnya perihal hatinya yang bembang melihat beliau berpelesaran seperti insan tiada matlamat hidup kini & apabila beliau menyatakn susah untuk mendapat kerja sekarang disuruhnya beliau bekerja menjadi pekerja di McD. . . Mak Jah oooo Mak Jah. . . .

Luahan mengenai Mak Jah mungkin Bersambung mungkin tidak. . . kerana beliau kini sudah dipanggil makan oleh beliau. . . Jika derhaka nanti risau Mak Jah bertukar menjadi beruang kutup tua yang mengganas. . . 

ps: Beliau sebenarnya sayang sangat sama Mak Jah sama macam beliau sayangkan emaknya, kalau kurangpun mungkin sebesar kuman sahaja. . . . Meskipun beliau kadang kala bertukar menjadi Beruang kutup tua yang mengganas. . .


Sunday, 29 January 2012

Miss Call II

Petang itu. . . Cuaca di kuala lumpur seperti biasa-biasanya panas berbahang serta penuh debu. . .Tidak seperti di Kampung yang mana penuh dengan keharmonian dan kesejahteraan, sama seperti apa yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita berkaitan kesejahteraan rakyat 1 Malaysia. . . Sedang enak John Melvin & Nazry makan limau sepena tahun baru cina, Hanphone nya berbunyi mesra. . .

Penyayi Itu: Salam, Kenal?

John Melvin: Kenal, Penyanyi itu. . . Knape?

Penyayi Itu: hahahah saja boring-boring. . Ke Curve hari nie. . .

John Melvin: Emmmmm tidak agaknya, esok sudah mahu pulang ke kampung. . . So malam nie mahu rehat sahaja di rumah. . .Mungkin lain kali. . .Boleh cakap mcm tu?

Penyayi Itu: Boleh. . . NanT saya tuntut janji ini. . .hahahahaha

Untuk sms seterusnya sekadar pesanan ringkas yang mampu mengukir senyuman bahagia & mengeraskan beberapa bentuk anggota seketika dan ia berlarutan sehinggalah . . (jam 5:50 pm mungkin)

Nazry: Dengan sape sms tu, seronok sangat nampak. . .

John Melvin: Ek ek dengan anak buah. . . Jom g makan, lapar la. . .

Nazry: Lepas Maghrib la, dah petang nie. . .

John Melvin: Emmmm kalau mati lapar mcm mane. . .Aku belanja. . .

Nazry: hahahahhaha penganggur belanja OK je. . .

Sebenarnya John Melvin bekecil hati apabila Nazry menyatakan yang ia seorang penganggur, meskipun itu kenyataan tetapi jika dinyatakannya banyak kali cukup membuatkan John Melvin rasa nak gigit telinga beliau laju-laju. . . Namun jika digigit telinga Nazry laju-laju, dimana lagi bahagian geli-geli Nazry yang tinggal. . makanya hasrat menggit laju-laju itu John Melvin campakkan jauh ke Lautan dalam & John Melvin gantikan dengan perasaan menggigit telinga Nazry dengan penuh kasih sayang. . 

---------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu apa demamnya Nazry mahu tidur awal. . . Dikatakan yang dirinya penat & mengantuk, namun bila suruh masuk tidur dia membantah dengan berbagai soalan-soalan Fizik & Biologi yang menguji minda. . .

Nazry: Bee esok balik kampung petang ke pagi. . .

John Melvin: Pagi agaknye, petang takut jem. . . manyak makan minyak ooo. . . 

Nazry: Owhhhhh kalau balik pagi, pegi la berehat nanT esok drive takde penat sangat. . .sms anak buah lagi ke?

John Melvin: Emmmmmm bukan la, sembang dengan kawan. . . lama tak sembang ngan dia. . .Dah mengantuk ke?

Nazry: Mengantuk la jugak. . . Jom tidor. . .

John Melvin: Sikit lagi masuk, awal sangat nak tidonye. . . 

tettt tettt <--bunyi sms masuk lagi 
Penyayi Itu: OK la bro, nanti sambung lagi, nak keje nie. . .

John Melvin : OK. .

Nazry : Bee ade duit lagi. . . ke nak abang bank inkan. . . 

John Melvin: ade lagi. . . tadik kata mengantuk pegi la tido dulu, aku nak bukak internet jap, nak mendaftar Job Street jap. .  so ade la duit nanT. . .

Nazry: hahahahahahaha, cepat-cepat la cari keje, lagipun mak bee kan dah makin sihat sekarang, boleh duduk KL balik. . .blaaa blaaa blaaa <---membebel. . .

Setelah agak puas beliau berceramah berkaitan masa depan & issu-issu kewangan akhirnya Nazry melangkah longlai ke bilik. . .Namun dalam kata-katanya juga ada menyelitkan bait-bait tidak puas hati & cemburu. . . 

John Melvin: Jagan lupe gosok gigi nanT nak . . . bau tomyam. . .hak hak hak

Nazry: Malas, ajak tido tak nak. . .Jangan lama sangat. . .Esk bee balik pagi. . .

John Melvin: OK. . .
---------------------------------------------------------------------------------------------

Dari satu halaman blog ke satu halaman blog John Melvin jelajah malam itu, dari satu satu laman sosial ke satu laman sosial John Melvin buka malam itu. . . Mendaftar Job Street masih belum lagi. . . Kerana buat masa sekarang John Melvin bahagia menjadi Penganggur berIngenieur. . . Malam itu juga John Melvin berchatting dengan kawannya perihal penyayi itu, Namun bukan seperti Abang Zai yang berchatting di laman sesawang "gaysite" di bilik tetamu dirumahnya. . . John Melvin sekadar berchatting di laman sosial biasa. . . (Abang Zai, patik sekadar bergurau)

John Melvin: New guy, aku kenal nie bahasanya pehhhhh meruntum nafsu

Kamal: Oh yeke. . . .(sukati je taruk petname nie)

John Melvin: Mucisian lagi. . .

John Melvin: Aku takut aku tercurang. . .katanya mahu jumpa. . .any pandangan. . .

Kamal: takde la. . .huhuhuhuhu

John Melvin: Ok. . .OK la malam terakhir kat KL mahu menempiaskan rindu dendam sebelum berangkat pulang. .Ketemu dilain masa. . .

Kamal: Oh yeke. . .bagusla. . .Ngeeeee. . .

Dititipnya tangga rumah itu pelahan-lahan, selesai itu dikuaknya dada pintu lantas menuju tepat ke sebuah katil yang seginya 6 kaki x 6 kaki. . . Agak pantas namun masih dalam kondisi sopan beliau baring diatas katil tersebut sedikit- demi sedikit dirapatkan badannya sehinggalah. . .

Nazry: panas la bee. . .

John Melvin: Ingat dah tido. . . Kata ngantuk tadi.. .

Nazry: Nak tido la nie (bunyinya agak dingin). . Bee pegi la sambung sembang ngan Penyayi itu. . . lagipun kan lama tak sembang ngan kawan lama. . .Kirimkan salam abang dengan anak buah sekali. . . ke orang yang sama. . .

Tiba-tiba suasana yang harmoni dan sejahtera, seperti kesejahteraan rakyat 1 Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri kita bertukar menjadi Ribut petir yang dasyat, beserta dengan daun-daun yang gugur berterbangan dibawa angin yang deras serta langit yang penuh dengan kilat dan ribut petir yang sabung mengabung. . . kini bercampur baur menjadi satu fonomena dihati John Melvin. . .

ps: Entry 4 hari sudah namun terlupa untuk ditekankan butang "Publish Post"
pss: Emmmm entry kentut kerana John Melvin kini kurang waras. . .beliau kini sedang mabuk & gila kerana panyanyi itu. . . hak hak hak (sayup-sayup kedengaran lagu Love You Like A Love Song nyanyian Salena Gomez <-- ex beliau dahulu. . .Emmmmm comel)

Tammat Part II

Monday, 23 January 2012

Miss Call. . . .


Suaranya kelihatan begitu enak sekali untuk didengar. . . Alunan Musik & vokalnya kelihatan begitu sebati sekali. . . Manakala jika dilihatkan kepada empunya diri pula, kelihatan begitu simple namun masih lagi kemas & Menepati piawaian selera John Melvin. . . . Treetttt Tretttt Tretttt John Melvin sedikit berahi ketika itu. . . Dari satu lagu ke satu lagi beliau nyanyikan & akhirnya beliau berhenti. . .Ketika membuat persembahan sekali sekala John Melvin perasan yang dia memandang ke arah mejanya sambil mengukirkan sekuntum senyuman yang menarik. . . . Tretttt Treeettttt trettt John Melvin sekali lagi merasakan yang underwear nye sedikit basah. . . Namun entah wahyu dari mana datangnya, selesai menyanyi ia melangkah ke meja John Melvin. . . 


Penyanyi Itu: Hello guys long time not see u here Nazry, where hv u been, how my performance. . .

Nazry: Very Good. . . That my friends John Melvin and PM. . .

John Melvin & PM: Hii. . .

Penyanyi Itu: Hiii. . .  Lama tidak nampak melepak kat sini. . . 

John Melvin: Selalu ke nampak. . . Dah tak duduk KL so xde la kemari. . . 

Nazry: Penganggur terhangat. . .

Penyayi Itu: Hahahahahaha. . . Ada la, but nomaly u with ur friend PM. . . So xde la tegur. . .Tp hari nie datang dengan Nazry, ade la peluang nak tegur. . . Kawan lama. . .

PM & John Melvin : Owhhh. . . 

PM: Nice performance nanti kalau aku kawen boleh la nak suruh nyayi. Lagu Ombak rindu. .hahaha

John Melvin: Aku kawen pun nak lagu ombak rindu gak la. . . Tp aku xde keje sekarang so free jela ekk. . . (Tidak tahu kenapa, John Melvin agak mesra dengan beliau. . . berahi mungkin. . .hak hak hak)

Nazry: Bee nak kawen ngan sape?

John Melvin: Kalau ade jodoh kawen la. . .Knape?

Penyanyi Itu: Nazry, u call John Melvin Bee?

Nazry: Yup. . . He my brother. . . 

Penyayi Itu: Congratulation. . .Finally u found ur soul mate again. . hahhahahahha

John Melvin: Soul mate apenye. . . Mamat nie housemate aku la. . . entah kenapa panggil aku Bee. . 

PM: hahahahahahahahahah malu aku berkawan dengan mamat sorang nie. . . jatuh maruah. .

John Melvin: Wehhhhhhhh. . .

Nazry: Hahahahhahahah bukan la. . . just friend. .  Lagipun aku tak teringan ngan orang mcm dia nie. . . Asyik nak menang je. . . Panggil bee pun saja-saje je. . . Dari si PM nie panggil dia adik. . .

Penyayi itu: hahahahahhahahah why pulak you call him adik. . .

PM: Kengkadang kalau tersasul je panggil dia adik,selalu panggil dia John. . . time dekat sekolah dulu semua panggil adik. . kalau announcement pun org panggil adik "Kehadapan pelajar bernama adik, sila ke dewan makan sekarang kerana keluarga anda ingin berjumpa" hahahahahahah. . .Kira satu sekolah panggil adik. . . Anak mak la katakan. . . setiap minggu datang melawat. . .Nasib baik bawak kacang rebus. . .

Penyanyi itu: hahahahahah. .Macam tu so i should call u adik or bee. . .hahahhahah <--- Hot Tp kurang adab

John Melvin: John. . .Mcm mane kenal ngan Nazry. . .

Penyayi itu: emmmmm tak tahu nak cerita mcm mane. . .Tp dah dekat 2 tahun la kenal ngan dia, first time jumpa makan meatball IKEA. . . kira 1st date la. . .hahahahaha

Nazry: Tapi just jumpa je and we become friend till now. . .

John Melvin: tetiba bagi penerangan. . .

PM & Penyayi itu: hahahhahahahahahahahahaha

Penyayi Itu: Ade BBM blh add. . .

Nazry: Endak. . . 

Penyayi Itu: OK. . . That my card. .kalau nak kawen nanT boleh la kasi tahu. . . Free?

PM & John Melvin: Ohh OK-Ok thanks. . .

Kemudiannya kami mula berangkat ke The Perpustakaan untuk duduk-duduk disitu pula. . Tambahan pula PM ada janji disana. .  Manakala aku yang hidupnya ditaja PM ketika itu sekadar menurut bersama Nazry. . . Entah kenapa dimalam-malam hampir tahun baru cina ini masih ramai cina di sana. . .Entah kenapa. . .

PM: want to joint us. . . The Perpustakaan. . .duduk-duduk minum sana plak?

Penyayi itu: It Ok.  . .Enjoy ur night and Jumpa lagi. . .ade preform lagi pas nie

Berbalas salam antara Penyayi itu dengan PM, berbalas salam dan sedikit pelukan antara Nazry dengan Penyayi  itu & berbalas salam antara penyayi itu dengan John Melvin sambil-sambil kata Good bye and miss call me. . .(trettt trettt tidak semena nafsu John Melvin naik kembali, dikeluarkan telipon dari koceknya & dibuatnya miss call)

Penyayi itu: Thanks. . .hope i can see you again. . .just you. . <---sms

Gluppppppppp. . . . (Meskipun gluppppp hatinya berbunga gembira. . .hak hak hak)

Tammat Part 1