Friday, 14 February 2014

Hari Cinta. . . .


Nazry: Selamat Hari Cinta. . .

John Melvin: X baik sambut. . .

Nazry: OK. .

: : : : : SELAMAT HARI JUMAAT SEMUA: : : : : : :

Thursday, 13 February 2014

Panggil. . . .


Dibalik sinaran matahari yang mulai mengantuk. . . Keadaan yang tadinya riuh seakan menjadi sunyi. . . Corong yang sebelum ini mendendangkan lagu dengan kata-kata selamat datang seakan terhenti, bersama rentak kami manusia yang tadinya kehulu & kehilir. . . waktu seakan berhenti & menjadi sunyi, dalam keadaan tiga pasang mata yang memerhati. . . Wajah John Melvin berubah kewarna maroon. . . lantas John Melvin berjanji, Kakinya tidak akan lagi menjejak tempat itu. . . Selamat tinggal Speedmart 99 deretan rumah kedai menuruni bukit berdekatan dengan rumah Kami. . .


John Melvin: Lain kali jgn ngada-ngada nk panggil bee. . .

Nazry: hahahahahahahahaha sorry terlupa. . .

Aiskrim conetto yang berada ditangannya kini lebih tinggi dari nilai maruah John Melvin sekarang. . . 

Friday, 7 February 2014

Bersenam. . .


Tiga hari lepas, Nazry sampai ke rumah lebih kurang sudah lewat malam, barangkali jam 12:30 malam.  Tidak seperti biasa-biasanya jika selewat manapun beliau sampai beliau akan mandi terlebih dahulu. . . Namun tiga hari lepas John Melvin tidur bertemankan Nazry yang tidak mandi & Nazry yang tidak menukar baju pekerjaannya. . . Wangian Lacoste bersama bau peluh serta sedikit-sedikit bau hospital memenuhi malam John Melvin tiga hari lepas. . .

Dua hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain Hay Day, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . ketika itu waktunya tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 930 malam. .  Namun tidak seperti biasa-biasanya, selesai membersihkan diri Nazry akan sama-sama bermalas-malasan bersama John Melvin di ruang tamu, namun dua hari lepas usai sahaja beliau mandi beliau terus sahaja masuk beradu. . Mengajak John Melvin juga sekadar melalui pesanan ringkas whattup. . 

Nazry: Bee, Abang tido dulu. . . Mari la tido skali. . 

John: Sekejap nanti. . .

Satu hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tahu sambil bermain Hay Day & menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . Ketika itu waktu tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 915 malam. . . Usai Nazry mandi, beliau sama-sama dengan John Melvin bermalas-malas di ruang tamu. . .

Nazry: Bee buat apa je hari nie. . 

John: xde buat apa. . Biasa-biasa sahaja. . . Tolong bayarkan dulu duit kereta boleh. . . sangkut sikit la bulan nie. . 

Nazry: Emmmm. . .nanti kasi account. . 

John: Dah send. . Awak dh makan? Lapar la. .

Nazry: Siang tadi dah. . malas nak makan malam. . Sekarang nie kerja sibuk sikit. nak ke gym juga tidak sempat. . Risau badan naik. . Bee nk makan ke?

John: xde la saje tanya ( walhal hanya perut & dondang sayang sahaja tahu betapa laparnya John Melvin ketika itu)

John: Nakk berseman. . Jom arrr jom arrr ( dengan gaya seekor kucing yang paling cute dan jinak di dunia)

Nazry: Hahaha penat la bee. . . Esok la kita bersenam. . .

Satu hari lepas, John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain hay Day serta menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya. . . Satu hari lepas, John Melvin juga tidur diruang tamu sebagai satu  tanda protes. . . 


Wednesday, 5 February 2014

Spit. . . .


John: Apa yang awak tidak puas hati & tidak suka. . . Luahkan Luahkan. . .

Nazry: Spit. . .

John: It for Lube. . .Fine -fine

Nazry: Katanyaaaa