Friday 7 February 2014

Bersenam. . .


Tiga hari lepas, Nazry sampai ke rumah lebih kurang sudah lewat malam, barangkali jam 12:30 malam.  Tidak seperti biasa-biasanya jika selewat manapun beliau sampai beliau akan mandi terlebih dahulu. . . Namun tiga hari lepas John Melvin tidur bertemankan Nazry yang tidak mandi & Nazry yang tidak menukar baju pekerjaannya. . . Wangian Lacoste bersama bau peluh serta sedikit-sedikit bau hospital memenuhi malam John Melvin tiga hari lepas. . .

Dua hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain Hay Day, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . ketika itu waktunya tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 930 malam. .  Namun tidak seperti biasa-biasanya, selesai membersihkan diri Nazry akan sama-sama bermalas-malasan bersama John Melvin di ruang tamu, namun dua hari lepas usai sahaja beliau mandi beliau terus sahaja masuk beradu. . Mengajak John Melvin juga sekadar melalui pesanan ringkas whattup. . 

Nazry: Bee, Abang tido dulu. . . Mari la tido skali. . 

John: Sekejap nanti. . .

Satu hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tahu sambil bermain Hay Day & menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . Ketika itu waktu tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 915 malam. . . Usai Nazry mandi, beliau sama-sama dengan John Melvin bermalas-malas di ruang tamu. . .

Nazry: Bee buat apa je hari nie. . 

John: xde buat apa. . Biasa-biasa sahaja. . . Tolong bayarkan dulu duit kereta boleh. . . sangkut sikit la bulan nie. . 

Nazry: Emmmm. . .nanti kasi account. . 

John: Dah send. . Awak dh makan? Lapar la. .

Nazry: Siang tadi dah. . malas nak makan malam. . Sekarang nie kerja sibuk sikit. nak ke gym juga tidak sempat. . Risau badan naik. . Bee nk makan ke?

John: xde la saje tanya ( walhal hanya perut & dondang sayang sahaja tahu betapa laparnya John Melvin ketika itu)

John: Nakk berseman. . Jom arrr jom arrr ( dengan gaya seekor kucing yang paling cute dan jinak di dunia)

Nazry: Hahaha penat la bee. . . Esok la kita bersenam. . .

Satu hari lepas, John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain hay Day serta menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya. . . Satu hari lepas, John Melvin juga tidur diruang tamu sebagai satu  tanda protes. . . 


16 comments:

  1. Mr john melvin dh pandai merajuk...Haha.. btw uol ttp sweet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak hak hak patut la kebelakangan ini kita org sering dikerumuni semut.. manis rupanya. . . hak hak hak

      Delete
    2. ko bagi nampak muka, tentu terlebih manis...:)

      Delete
    3. Sekarang sahaja sudah dikerumuni semut, bimbang-bimbang nanti jika nampak wajah dipenuhi lebah. . . .

      Delete
    4. xpeee, aku letak tanda harga :)

      Delete
  2. baru jumpa bl0g j0hn melvin smalam n i have to say sweet gler >.<
    abis membaca sambil tersenyum sipu entry2 dari 2011

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru juga jumpa blog En aNdrEj sUFi & juga sudah baca post Home

      Delete
    2. hahahha sengal encik j0hn melvin >.<

      Delete
    3. Maaf kerana sifat jujur saya melukan hati awak. . . hak hak hak

      Delete
    4. hahaha kennnn~disebabkan k0men dr John Melvin, terus tgerak aty nak menulis dekat bel0g Andrej Sufi. . .hahahahaha

      Delete
  3. Hey jantan .. bersenam pakai kekondom tak ?
    Nak pesan tak .. kekondom kulit buaya dr sini ..
    Nanti balik Malaysia, aku bagi ...
    Lama x dgr citer John Melvin, Nazri dan PM ...

    Nu'man

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak hak hak Kalau pakai kondom tu bukan bersenam la itu berzina. . . maksiat tu. . .

      Sejuk x sana. . ( tetiba)

      Delete
    2. Klu tukar agama, hilang la maksiat tue ..kannn
      Sejuk sangat yu ..tangan, kaki, kepala semua dah x rasa ..
      kebas sangat ..

      Delete
    3. Maaf saya tiada jawapan utk komentar anda diatas. . . Abuden

      Delete
  4. wlaucamnapun kita, agama ttp dlm genggaman. 1 masa nanti itu jugak dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya angkat tangan dua-dua & tinggi-tinggi tanda setuju

      Delete