Tiga hari lepas, Nazry sampai ke rumah lebih kurang sudah lewat malam, barangkali jam 12:30 malam. Tidak seperti biasa-biasanya jika selewat manapun beliau sampai beliau akan mandi terlebih dahulu. . . Namun tiga hari lepas John Melvin tidur bertemankan Nazry yang tidak mandi & Nazry yang tidak menukar baju pekerjaannya. . . Wangian Lacoste bersama bau peluh serta sedikit-sedikit bau hospital memenuhi malam John Melvin tiga hari lepas. . .
Dua hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain Hay Day, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . ketika itu waktunya tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 930 malam. . Namun tidak seperti biasa-biasanya, selesai membersihkan diri Nazry akan sama-sama bermalas-malasan bersama John Melvin di ruang tamu, namun dua hari lepas usai sahaja beliau mandi beliau terus sahaja masuk beradu. . Mengajak John Melvin juga sekadar melalui pesanan ringkas whattup. .
Nazry: Bee, Abang tido dulu. . . Mari la tido skali. .
John: Sekejap nanti. . .
Satu hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tahu sambil bermain Hay Day & menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . Ketika itu waktu tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 915 malam. . . Usai Nazry mandi, beliau sama-sama dengan John Melvin bermalas-malas di ruang tamu. . .
Nazry: Bee buat apa je hari nie. .
John: xde buat apa. . Biasa-biasa sahaja. . . Tolong bayarkan dulu duit kereta boleh. . . sangkut sikit la bulan nie. .
Nazry: Emmmm. . .nanti kasi account. .
John: Dah send. . Awak dh makan? Lapar la. .
Nazry: Siang tadi dah. . malas nak makan malam. . Sekarang nie kerja sibuk sikit. nak ke gym juga tidak sempat. . Risau badan naik. . Bee nk makan ke?
John: xde la saje tanya ( walhal hanya perut & dondang sayang sahaja tahu betapa laparnya John Melvin ketika itu)
John: Nakk berseman. . Jom arrr jom arrr ( dengan gaya seekor kucing yang paling cute dan jinak di dunia)
Nazry: Hahaha penat la bee. . . Esok la kita bersenam. . .
Satu hari lepas, John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain hay Day serta menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya. . . Satu hari lepas, John Melvin juga tidur diruang tamu sebagai satu tanda protes. . .