Wednesday, 7 March 2012

Facebook & Liar

John Melvin: Assalamualaikum. . .Sudah tidur?

Balkish: Waalaikumsalam. . .Baru pukul sepuloh, tengah main Red Alert . . .awak dh semayang. . .Waraq bukan soalan saya. . .


John Melvin: Hak hak hak. . .Alhamdulillah belum. . . Game dulu-dulu. . .dah makan (ada kawan aku kata dia merasa getek untuk menjawap soalan ini - tp bile aku sukakan seseorang aku sayangkan seseorang atau aku seselesa akan seseorang memang soalan ini akan aku tuju meskipun ia sedikit seperti makcik-makcik(cukup panjang penjelasan tu))

Balkish: Supermodel not eat after 7. . .hahahahahaha , sudah makan dh pukul 8 tadi. . . awak dh makan ke. . .

John Melvin: Dah before 7 tadi. . .hak hak hak hak

Balkish: Perasan. . .tengah buat ape tu, sibuk sampai x sembahyang lagi. . .

John Melvin: Berfacebook. . . kenapa awak xnak wat Facebook ekk. . .

Balkish: Saya taknak jadi wanita liar. . . .hahahahhahahaa

Balkish gadis genit umur 22 tahun. . .Pada aku, apabila bercerita dengannya bersms dengannya bertemu dengannya terasa seperti berada di taman tema. . . Gembira & Gembira . . .Telatahnya sopan dan bersahaja namun mencuit hati. . . suaranya kecil seperti kanak-kanak umur 12 tahun. . . Kemana sahaja dengan berbaju kurung, menyembunyikan asset payudara & bonggol punggungnya. . . 

Tuesday, 6 March 2012

1st Day. . . .

Petang yang agak mendung. . . Mentari juga sudah hilang, yang ada cuma pancaran-pancaran keler jingga di sebalik awan-awan yang sedikit gelam mendung. . . Deretan kereta banyak namun masih lagi bergerak walaupun perlahan. . . Penat. . .

Wanita tua ini, caller ringtonenya mengalahkan anak dara, lagu Justin bibir menjadi pilihannya. . . . Bila ditanya kenapa lagu ini, dia salahkan cucu, tapi hati kecil seorang anak ini tahu dia yang sebenarnya melanggan justin bibir itu. . .

John Melvin: Assalamualaikum. . . .

Mak: Waalaikumsalam. . . Macam mane keje hari nie tam . . .

John Melvin: Boleh la, xde buat ape pn duduk-duduk kenal masyarakat. . .mak buat ape tu. . .

Mak: Mak baru masuk rumah, tadi tengok bunga, dah bayak yang buruk. . .Gantikan dia punye tanah. . . Mane la tahu boleh pulih ke. . .Adik dah sampai rumah . . .

John Melvin: Dah dekat dah. . . mak masak ape

Mak: Makan lauk tengah hari nanti je. . Tengah hari tadi pun masak ikan Gulai lemak ikan kayu, pastu mak Jah masakkan ikan goreng. . tu je. . ..Kalau jauh lagi nak sampai, semayang dulu dekat mana-mana. . . Adik dah makan ke. .

John Melvin: Malam karang la keluar. . .mak ade call masuk, nanT adik call balik. . .bye

Mak: Okeh-okeh. . .mak pn nak mandi nie. . .

Balkish Hello awak. . .keje hari nie macam mane. . .

John Melvin: Penatttttt. . . kenapa tanye nak picit kan ke. . .hak hak hak

Balkish: Eeee org tanye keje mcm mane, bukan tanye penat ke tidak. . . Sudah sampai rumah?

John Melvin: Jauh lagi. . .kenapa nak ajak keluar makan ke. . . Boleh saya datang amek tarus. . .

Balkish: Emmmm xnak la, sebab kawan xde rumah. . . nanti xde orang nak temankan. . . hahahahah

John Melvin: Bagus jugak mcm tu. . .saya pun bermanis mulut je nie, mengantuk rasanya. . .hak hak hak

Balkish: Hahahahahha Ok la awak drive elok-elok. . .Assalamualaikum. . .

John Melvin: Waalaikumsalam. . .Bye. . . .

-------------------------------------------------------------------------------

Masih,lengkap berkemeja Pierre Balmain jalur-jalur coklat tua & muda. . . .berseluar khakis Dockers & berstokin. . . Pada badannya juga masih ada sisa-sisa bau Dior Homme tp mungkin bercampur sedikit bau peluh. . . 2 butang baju dibiarkan terbuka dan lenganya berlipat sehingga ke bawah siku. . . Terlentang menghadap kipas menghilangkan lelah di atas karpet nipis di tengah-tengah ruang tamu rumah. . . . Entah mengapa hari pertama kerjayanya sebagai jurutera  membuatkan John Melvin benar-benar terasa penat. . .Mungkin ekosistem badannya masih belum dapat menerima kenyataan yang kini John Melvin kembali bekerjaya. . . Letih seakan baru selesai diperkosa secara bertubi-tubi. . .banyak kali. . .

John Melvin: Abang. . .Belikan nasi ayam 1. . .Lapar

Nazry:  OK. . .dah sampai rumah?

John Melvin menghantar sms kepada Nazry, meminta untuk dibelikan makanan kerana perutnya terasa lapar, namun penatnya lebih menjadi raja ketika itu . . . Satu. . . . . Dua. . . . . Dua Setengah. . . . Tiga. . . .John Melvin terlelap, terkangkang di tengah-tengah ruang tamu rumah. . . .

------------------------------------------------------------------------------- 

Lengannya terasa agak lenguh, namun dalam masa yang sama ia merasa agak selesa. . . Entah mana lahirnya suara itu. . .sungguh sayu sekali & sungguh jauh sekali datangnya. . .perlahan-lahan seolah berbisik. . "Beeee bangunnnnnn bangunnnnnnnnn bangunnnnn. . . .hi hi hi bangunnnn". . . .Matanya dibuka perlahan, digapainya speak dan menoleh ke kanan, di lengannya ada Nazry. . .Sedang berbisik-bisik sambil jari telunjuknya memain cuping telinga John Melvin. . .

John Melvin: Lenguh la tangan. . . Tepiiii . .

Nazry: Bangun-bangun makan, dah pukul 11 nie. . .lama sangat tidurnya. . .

John Melvin: Emmmmm. . lama dah sampai. . . Awak bangun la, tangan saya rase kebas nie. . .

Nazry: Ishhh. . . 8:30 tadi. . . penat sangat keje sampai abang balik tak perasan. . . makan pastu boleh sambung tido. . .

John Melvin: Ok. . . Air ade beli. . .

Nazry: ada, kopi ais tp dh cair agaknye ais dia, dalam peti bawah. . . x payah mandi la malam nie. . .lama x cium bau bee balik keje. . . .heheheh

------------------------------------------------------------------------------- 


Nasi Ayam berbungkus polisterine putih masih lagi berapa di atas meja pagi tadi. . . Ingin dijamah John Melvin tidak biasa makan pagi, tp dada ayam bewarna coklet sedikit hangus itu ckup menyelerakan . ..Jika ada jodoh malam ini ia akan masuk ke mulut John Melvin. . . Jika tidak, mungkin sahaja menjadi rezeki semut dan tong sampah. . . Bukan John Melvin tidak lapar tetapi John Melvin ada tugas lain yang John Melvin hendak selesaikan semalam. . .

Nazry: Eeeeeeeeeeeeee gosok gigi dulu. . . .

Monday, 5 March 2012

Kelu. . .


Dia ada mulut. . .Dia ada lidah dan dia ada kotak suara yang masih elok-elok berfungsi. . .Lengkap dan sempurna untuk berkata-kata. . . Sempurna untuk memberi alasan ataupun  memberi penjelasan. . .Namun dia tidak mampu. . .  Mungkin kerana dia tidak pandai membuat pembohongan. . . 

Nazry: Bee kemana tadi. . .

Dia hanya tersenyum, diam dan mandi. . .

--------------------------------------------------------------------------------------------

ex-tunang : Saya kenal awak dah lama, awak bukan jenis yang pandai nak menipu. . .Jadi kalau nak pasang scandalpun belajar untuk menjadi penipu yang handal dahulu. . Jangan sampai saya tahu. . .

Dada dia berombak tidak tentu hala, Ulu hatinya terasa senak dan pedih, cuba untuk menahan tangis. . .  Namun akhirnya ia tumpah juga. . .tertunduk sambil nenahan sendu. . . Mukanya merah, air matanya tumpah namun mulutnya masih terkatup rapat, yang keluar hanyalah air liur yang cuba untuk lari. . .Malu ketika itu sudah lama hilang. . .Kerana dia lebih bimbangkan kekasih hatinya meninggalkannya

Dia memang tidak mahu apa yang terjadi dahulu terjadi lagi. . . Kerana dia memang tahu dia tidak pandai untuk menipu. . .


Semalam, Dia keluar bersama-sama kawan lamanya Zul. . . keluar sebagai sahabat serta berkelakuan seperti sahabat. . .Bezanya kali ini Zul meluahkan rasa hatinya kepada dia dan secara tiba-tiba juga Zul mengucup mulutnya. . .Namun dia tidak menghalang mahupun cuba menghalang. . . Kerana dia tahu yang dia memang tidak pandai menipu. . .

Friday, 2 March 2012

Beku. . .


Malam tadi bumi Kuala Lumpur tumpah dengan hujan lagi, sama dengan semalam. . . Begitu juga dengan bumi Perak. . . Awan di sana menurut mak juga turut menangis. . . Malam ini mungkin satu Malaysia basah dengan air hujan, membersihkan debu-debu bumi hasil tangan manusia. . . Dingin. . . .

Yahoo Messenger:

John Melvin: Lama lagi ke?

Nazry: Lama jugak. . . Knape datang jela sini. . .

John Melvin: Abang la datang bilik nie. . .

Nazry: Malas. . . Bee la datang bilik nie. . .Abang banyak lagi keje nie. . .

John Melvin: Alaaaa. . . . Sejuk sangat nie. . . Tangan dah tumbuh ais dah. . . mcm mane

Nazry: Hahahahaha mengada-ngada. . .pelahan kan la air cond. . 

John Melvin: X boleh jalan. . .Kaki dah keras. . .

Nazry: 10 min. . . .

John Melvin: Jgn lupa bawak ........ skali. . .

Nazry: Dah agak dah. . . .

Malam tadi bumi Kuala Lumpur tumpah dengan hujan lagi, sama dengan semalam. . . Begitu juga dengan bumi Perak. . . Awan di sana menurut mak juga turut menangis. . . Malam ini mungkin satu Malaysia basah dengan  air hujan & semoga malam ini bumi ciptaan tuhan ini basah lagi. . .Biar ia menjadi dingin biar dia menjadi nyaman, membersihkan debu-debu bumi hasil tangan manusia. . .