Sunday 15 July 2012

Hurt. . .


"Awak fikirlah masak-masak, saya tidak mahu jadi penghalang & menjadi beban kepada awak nanti. . . Awak masih muda & perjalanan awak mungkin masih jauh. . . Saya sungguh-sungguh minta maaf. . .Ini bukan yang saya minta & bukan juga yang awak inginkan" (beberapa petikan dari karangan email yang panjang)


waktu kamu membaca email ini sudah senja & hampir kepada Maghrib. . Entah kepada perasaan sedih kamu yang kamu simpan dekat-dekat seminggu ini berasa sangat-sangat sakit & pedih sekali. . . Injap pada jantung dan paip pada hidung kamu pada ketika itu terasa sedikit kemek, kerana nafas kamu terasa sedikit sesak. . . Kamu buka baju dan kamu ke bilik air untuk mandi. . . Air mengalir ke seluruh badan kamu & kamu biarkan dia terus mengalir tanpa kamu buat apa-apa. . .tidak lama selepas itu nafas kamu jadi kurang sesak kamu keluar bilik mandi, bersiap & kamu bentang sejadah. . .Kamu biarkan lampu bilik kamu tertutup tetapi kamu benarkan cahaya curi-curi masuk ikut tingkap bilik kamu yang kamu tidak tutup. . .

Kamu tamat sembahyang & kamu susun doa. . . Doa kamu panjang dari selalu-selalunya. Tiba-tiba rasa yang kamu rasa ketika waktu senja hampir kepada waktu Maghrib tadi datang balik, Kamu pejam mata dan kamu terus doa. . .Tapi kamu sedar-sedar yang mata kamu sebenarnya sedang menakung air. . .

Kamu kemudiannya baring menelentang diatas sejadah yang kamu bentang tadi, tapi mata kamu masih kamu cuba tutup rapat. . Kemudian kamu mengiring dan tundukkan badan kamu seperti orang bongkok yang baring. . . Kerana pada ketika itu kamu tidak tahan . . . Kerana kamu tahu apabila hati kita luka ia terasa seperti betul-betul luka & bukanlah sekadar sebuah metafora indah didalam bait-bait lagu . . .

It Kind of Hurt, Maybe Like Try to Cutting Your Kidney Out With A Butter Knife

3 comments: