Thursday 3 November 2011

Pillow Talk. . . .

Nazry - Bee abang tengah bersedih nie, sekurangnya datang la tidur kat sini, peluk xyah sembang ape-ape pun xpe. . . .

Semalam Nazry pulang kerja, mukanya tidak ceria seperti kanak-kanak rebina yang selalunya, tiada senyuman & kelihatan lemah tidak bermaya. . . Namun pada mata John Melvin, Nazry masih lagi kacak seperti biasa-biasanya. . .John Melvin mulakan perbualan dengan mengajak Nazry makan, Nazry kata Nazry tiada selera, John Melvin bertanya kenapa Nazry nampak moody, Nazry jawap "my patients dead, 10 hours operation just like nothing, Abang nak rehat". . . John Melvin tidak kisah kalau Nazry nak rehat sebab John Melvin ada kawan lain. . . Kawan yang boleh John Melvin bawa berbual, kawan yang boleh membuatkan John Melvin Ketawa & boleh juga membuatkan John Melvin sedikit emmmmmmmmmm. . .Tiba-tiba 

Nazry - Bee abang tengah bersedih nie, sekurangnya datang la tidur kat sini, peluk xyah sembang ape-ape pun xpe. . . .

Gambar sekadar hiasan & sekadar menaikkan nafsu kebinatangan insan seperti kamu - tetiba

Emmmm pelan-pelan John Melvin masuk dlm bilik, pelan pelan John Melvin naik atas katil & pelan-pelan juga John Melvin tarik selimut yang menutup separuh badan Nazry ke badan John Melvin sehingga paras pinggang, kerana John Melvin rasa malam ini John Melvin harus berasa sejuk kerana sekarang musim hujan. . . Ya langit sekarang seakan asyik menangis, apa yang disedihkan John Melvin pun tidak tahu. . . . 

5 minit berlalu

John: Abang dah tidur, nak sembang. . . 

Nazry: belummm. . .Sembang jela ape-ape janji not asking me about what happen 2day. . . .

krikkkk krikkkkk krikkkkkk (bunyi sengkerik) 15 minit. . . 

John: Awak dh mandi ke, awak dah makan ke, awak dah minum ke, awak dah gosok gigi ke, awak dah. . . .

Nazry: Dahhhh dekat office tadi. . .

John: Owh. . . . awak saya rahsia nak kasi tahu awak. . .  . .

Nazry: Ape. . . .

John: saya rasa kawan saya dh xnak kawan ngan saya. . . 

Nazry: Emmmmm nie memain la nie. . . . ke betul-betul 

John Melvin pindahkan kepalanya ke bantal Nazry, bantal yang tadinya berada dikepala John Melvin dibiarkan kosong & kesunyian dipenjuru katil 6" x 6" tu. . Kemudian tangan John Melvin diletakkan diatas dada Nazry yang sedikit berbulu nipis. . Diukirnya senyuman & menarik nafas yang agak panjang, John Melvin Memulakan cerita perihal kawannya kepada Nazry.

Diceritanya bagaimana John Melvin bertemu dengan kawan tersebut & Diselitkan sedikit jenaka yang tidak berapa nak jenaka. . . Diselitkan sedikit-sebanyak bahasa penjajah di dalam cerita John Melvin seperti "Awak tahu I'm quite hurt when my friend change" tp dalam masa yang sama John Melvin juga menyatakan yang semua ini berlaku kerana salah John Melvin sendiri, Nazry tanye apa yang John Melvin dah buat. .John Melvin hanya tersenyum kelat ketika itu. . .Namun senyuman kelat itu merupakan  jawapan yang paling molek ketika itu berbanding menipu Nazry sekali lagi dengan menyatakan bahawa kawan John Melvin itu adalah seorang gadis . . . 

Selang beberapa ketika sedang John Melvin bercerita dirasakan yang penghawa dingin jenama Daikin semakin menggila menghembuskan hawa dingin, lantas John Melvin rapatkan tubuhnya ke tubuh Nazry, Diangkatnya kepalanya & diletakkan diatas lengan Nazry & ditariknya sedikit selimut tadi sehingga ke paras dada. . . John Melvin menyambung ceritanya sedang Nazry sibuk mengurut-ngurut kening John Melvin dengan jarinya. . . Apa yang membuatkan dia barasa gembira melakukan perbuatan tersebut John Melvin kurang pasti namun John Melvin relakan & John Melvin pasrah. . .

Namun, mungkin perasaan pasrah John Melvin tadi tidak lama, John Melvin mengiringkan badannya membelakangi Nazry. .  Tidak lama kemudian John Melvin dapat rasakan yang pinggangnya dipeluk lembut oleh Nazry. . . Pada itu John Melvin menyatakan yang sehingga kini John Melvin cuba mengarang puisi untuk kawannya. . .Kerana John Melvin merasakan yang John Melvin harus berbuat begitu, kerana sebelum ini banyak yang kawan John Melvin sudah lakukan, namun apabila diminta John Melvin mengarangkan sebuah puisi khas untuknya John Melvin jadi diam & senyap seperti bisu & tiada apa berlaku. . . Bukan tidak mencuba namun John Melvin bukanlah  A.Samad Said yang mana kata-katanya adalah puisi indah & bukan juga Rahman Limbung yang tulisannya merupakan sebuah karya agong (actually sape Rahman Limbung tu ekk)  & sehingga kini John Melvin mencuba. . . itu yang pasti. . .

John: Abang rase macam mane ekk nak buat puisi bagai tu. . . Aku tak tahu la. . .

John: Emmmm awak dh tidor ke. . . . emmmmmm 

Nazry: khorrrrrrrrr khorrrrrrr khorrrrrrrr <--- berdengkur seperti B***

John Melvin ambil kembali bantal yang John Melvin tinggalkan kesunyian & sendirian dibucu katil 6"x6" tadi, John Melvin angkat perlahan & John Melvin lepaskan di muka Nazry & secara automatik bunyi seperti *A** lenyap bersama kedinginan malam. . . Mata John Melvin semakin kecil kecil & akhirnya tertutup meskipun bunyi seakan **B* kembali kedengaran tidak lama selepas itu. . . .Takpa NanT lama kelamaan John Melvin lali lah dengan bunyi seakan ***I itu. . .

ps: Paginya John Melvin bangun, dilihat kpd telipoh & John Melvin kembali tersenyum gembira membaca apa yang kawannya tulis. . .John Melvin cakap dalam hati & John Melvin tulis dekat sini "I really sorry if I hurt and keep hurting  you, but please don't leave me". . . .
ps: Pagi itu John Melvin tulis 2 baris puisi agak nyaman bunyinya namun kemudian John Melvin padamkan kembali. . . John Melvin tidak tahu bila John Melvin dapat tunaikan permintaan kawan John Melvin tu. . .

5 comments:

  1. bahagianya john melvin..... semoga x terjadi ape2 yg menyebbkan john melvin tegelincir dari mencari jalan kebahagiaan yg hakiki.......
    happy always....(^^,)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas nasihat. . . . just like close-friend do . . . .

    ReplyDelete
  3. Lah...cian kat abang Nezry. Tell him live and death is not our our hand, if god wanted his patient soul no one can save even bang Nezry :)

    But I can perfectly understand his feelings that he'd try his level best to save his patient. Ask him not to be sad, at least he tried to save.

    ReplyDelete
  4. Xpe hang jgn bimbang semua tu biar aku yg uruskan. . . . hak hak hak

    ReplyDelete
  5. Hampeh bang John....maner lah abang zack kesayangan aku ni....semua orang buli saya erk...

    ReplyDelete