Wednesday 28 September 2011

Merapek II. . . .

John rasa-rasa ubat ini kalau diambil 2 biji akan membuahkan hasil. . Kerana keputusan untuk 1 biji nyata kecewa untuk hari ini & semalam. . .Sekarang John hendak tidur Tapi. . . 

-------------------------------------------------------------------------------
Jam 06:50 lepas sembahyang Subuh yang sudah tidak berapa nak waktu John taip satu msg. . .Ringkas tapi penuh dengan harapan. . .

John: Mak ooo Mak kesayangan. . . . Mak marahkan adik ke?. . .

dah lama dah send msg nie, tapik mak lupe bayar bill gamaknye. . .  Dulu sms je dia call, sekarang sms je dia senyap. . .emmmmmm pitammmmm bak kata patrick. . .
--------------------------------------------------------------------------------


Panggggggggg. . . . 

Bunyi pinggan jatuh dari sebuah meja dipenjuru sebuah kedai makan tengah hari tadi. . . Seraya seokor kucing bertompok hitam keputih lari kepanickan menyelamatkan diri, setelah misinya mencari nafkah di meja itu membuahkan kegagalan. . .  John hanya melihat dari kejauhan sambil tangannya sibuk mengusap-ngusap badan seeokor lagi kucing buangan yang rakus melahap sisa-sisa tulang pemberiannya tadi. . . Ketika itu John hanya tersenyum kecil, namun hatinya kini boleh diibaratkan seperti pinggan yang pecah terhempas tadi, berderai dan bertaburan. . .Namun, mujurlah makanan dikedai itu tidak begitu menepati selera John, Kalau tidak kompom John lebih menjiwai watak sebagai sebuah pinggan pecah  pada sebuah meja makan dipenjuru kedai itu. . .

Menipu kalau John kata hatinya sekarang sedang gembira. . . Menipu juga kalau John katakan dia tidak menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. . . Tapi, John rasa hati ini biar John simpan sorang-sorang. . . . Kesian John. . .

Mak ingat tak. . .Waktu kecik-kecik dulu John & mak selalu main nyorok-nyorok. . . Walaupn John nyorok belakang bangku mak selalu pura-pura susah nak cari John, padalah mak nampak je John nyorok kat situ. .. Waima, seingat John time umur John 17 tahun pn kita main nyorok-nyorok lagi. . . Mak sorok hadiah hari jadi utk John. . . Pastu ayah marah mak sebab mcm budak-budak. . .hak hak hak

Tapik sekarang kenapa mak dh tak suka main sorok-sorok ngan John. . . .Walaupun dari dulu,  John tahu sebenarnye dulu mak bukan suka sangat main nyorok-nyorok ngan John tapik bila John ajak, mak main jugak sebab mak nak John rasa seronok ngan gembira. . .Jadinya sekarang pun John bukan suka main sorok-sorok ngan mak pun, tapik John nak mak rasa gembira jugak. . . 

Sebabnya John tahu kalau John cerita dekat mak nanT mak dah tak gembira dah. . . .

John rasa nie semua pasal abang. . .Kalaulah abang tidak bermulut tempayan, kalaulah abang tidak memungkiri janji, mesti phone John xkene baling, mesti mak tak cakap yang kononnye John dah xnak kongsi rahsia ngan masalah ngan mak dah, mesti mak tak asyik cakap pasal kawen. . .Sebab Masa mula-mula dulu abang janji xnak kasi tahu mak xnak kasi tahu ayah, Pastu abang ugut plak John kata kalau John x pegi abang nak kasi tahu mak nak kasi tahu ayah. . . Tapik biler John pegi abang tipu John, abang kasi tahu mak kasi tahu ayah. . . 

Sebenarnye John nak tulis banyak-banyak kat sini, John nak tulis apa yang hati John rasa, Tapik mata John dh pedih nie . . Lepas tu nanT John malu sendiri biler John cakap kat diri John yang John nie nangis mcm bapuk. . . 

John rasa seolah sia-sia John tanggalkan kain pelekat dan baju tadik. . . John juga rasa sia-sia John kuatkan air-cond pada tahap yang paling maximum tadik. . . Kerana John tetap mengelupur kepanasan kerana hati John memberontak seolah tiada iman. . . 

Mak balas la sms John & pujuk la John balik. . .  Nanti lepas nie John kawen je ngan sape-sape yang mak suruh. . . Walaupun John tak tahu samada John & sape-sape yang mak suruh tu akan happy atau tidak. . .Tapik yang penting mak happy. . .Pelisss la mak. . . .

Dulu mak call je kalau John msg sekarang reply pn x. . . .

9 comments:

  1. Fengsan masuk wad ICU lepas baca ni...mata pun dah julings aduh...

    ps: ada plak nama aku muncul kat atas hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahaha~~~~ daus pon turut pitam gak baca~

    ReplyDelete
  3. ustaz kazem kata kalo kita sayang kat orang lain tapi mak kita tak suka bek tak yah kawen. kawen tu mesti dapat keredhaan ibu bapa gak.

    maybe aku xpaham sepenuhnya apa yang kau cuba sampaikan, tapi nak carik redha Allah tu ada dlm redha ibu bapa kita :)

    ReplyDelete
  4. pemulaan yang baik di pagi hari.... moga kesudahannya juga baik..
    nice blog neway.. :)

    ReplyDelete
  5. yeah.. stuju ngn qeMal...
    kawen bukan tuk sehari dua :)

    ReplyDelete
  6. Patrick: Kenapa mata hang Juling. . . . Masuk wad No brape. . .

    Daus Naga: Gelakkan la aku gelakkan. . .bagi tahu mak nanT. . . .hak hak hak

    Qemal: Terima kasih ats nasihat awak. . .Tp soalnye sekarang bukan mak x restu pilihan aku. .Tp mak nak jodohkan aku pd org yg aku x kenal awak. . .

    Asri Sikandar - Terima kasih atas pemfollowan anda. . . . & terima kasih atas pujian yg bertubi-tubi itu. . . .hak hak hak entah biler bertubi entah. . . .

    ReplyDelete
  7. selalunya pilihan emak tu yang terbaik..percaya lah kalo ang xnampak kebaikkan nye skang, suatu hari nanti ang akan nampak juga tyme tu baru ang nak sujud di kaki mak ang (cam citer ibu mertuaku) ibu, ibu maafkan sabariah ibu!!

    ReplyDelete
  8. Qemal - Aku setuju dengan apa yang hang cakap. . . .Mak mane yg nak tngk anak dia susah nanT. . . . Tapinya mungkin hati aku belum bersedia. . .

    PS: mcm x percaya je budak nie 22 tahun.. . . gamaknye dh bapak org. . . .hak hak hak

    ReplyDelete
  9. ahaksss, aq belajaq dari angpa suma lah dok komen2 yang membina..

    p.s: hati sampai bila takkan bersedia, bila kau dah bersedia masih adakah yang nak kat kau si JOHN MELVIN yang dah andartu?? hakhakhak

    ReplyDelete