Sunday 12 June 2011

Jawapan. . . .


Salam hari minggu buat kalian, Diharap anda semua berbahagia bersama jantan-jantan tersayang. . . hak hak hak. . . Jam 11:07am pagi hari jumaat lepas merupakan permulaan kepada cerita yang ingin patik sampaikan hari ini. . . Ketika hujan renyai-renyai. . .

john: Salam. . .Oiit  Malam nie ade plan ape2 tak. . . .

Tapik seriusli kata pepatah melayu "penantian itu satu penyiksaan" ada benarnya. . . Sehinggakan lepas solat jumaat aku menunggu nazry reply sms namun penantian aku "ibarat menunggu bulan jatuh keriba". . . Mujurlah jemaah jumaat sekarang kacak-kacak orangnya, dapatlah juga aku mencuci mata (petirrrrrrr). . . suddenlyyy. . .

Nazry: Sorry tadi ade operation. . . . Knape nak ajak main ke? ( at 4:00 pm. . . terseksa ai menunggu pen-reply-an itu terseksa) 

John: hak hak hak takde benda lain nak fikir, free tak mlm nie, kalau free nak ajak pegi umbai makan seafood. . .

Nazry: pehhh takde jauh lagi ke tempat nak makannye bee. . .  free je mlm nie. . . tp abg harap ade jawapan bagi pertanyaan sblm nie. . .:)

John: hak hak hak orait jumpa mlm nie. . . NanT aku datang umah hang dlm pukul 8:00 sampi. . .

Nazry: kalau teringin nak merasa naik kete baru biar abg yg amek bee, dlm jam 8:00 sampi umah bee. . .Nak??

John: mmmm nak menunjuk2. .. .K aku tunggu jngn lambat. . .

Nazry: OK. . . miss U

Actually aku ajak Nazry makan umbai nie pun sebab nak beri jawapan kepada permintaan & perbincangan kita org sebelum nie. . . Umbai dipilih bukan kerana inginkan susasana romantik tetapi sebaliknya dipilih kerana aku sudah lama benar tidak makan disitu 5 tahun mungkin. . .

lewat 15 minit seperti biasa Nazry sampai rumah aku. . . Pehhh jantan nie bukan main lagik dengan Honda Accord hitam barunya, cium karang (mcm xde kene mengene kereta beliau dengan kesangapan aku. . .hak hak hak). . .Dan disepanjang perbincangan Nazry menceritakan pasal operationnya, sesekali Nazry cuba bertanyakan jawapan  aku kepada permintaannya namun aku tukarkan dengan gelak tawa dan topik lain. . .

Skarang cerita biler dah sampai Umbai. . .You all faham-fahamlah ai nie kuat makan orangnya makanya makan ibarat orang membela saka. . hak hak hak . . Selesai makan aku hulurkan kepingan RM50:00 sebanyak 3 keping kepada Nazry untuk dia membuat pembayaran. . . (actually giler mahal makan kat umbai skarang sama naik macam tarif letrik. . . )



John: Nahh tolong bayarkan & bak kunci kete nak try bawak. . . Kita g dataran pahlawan nak??

Nazry: knape plak abg yang kene bayar kan bee yang belanja bee la yang bayar. . .

John: alaaa hang kan abang, . . kalau tak boleh bayarkan kasi 5 sebab why why whyy. . . 

Nazry: ha ha ha mcm budak-budak. . . baru skarang la nak panggil abang kalau tak asyik panggil ko je. . .Jawapan paling senang sbb bee tak bagi abang fuck bee. . .ha ha ha

John: hak hak hak chilaka sungguh . .Meh la sini aku bayar sendirik. . .

Darik Umbai medan ikan bakar hingga ke dataran pahlawan aku tak terluah-luahkan ape sebenarnya aku nak kasi tahu sama Nazry tambahan pula kat umbai aku harus menikmati makanan yang naik harga itu (compare 5 tahun sudah). . .So nak tak nak, mahu tak mahu aku cakap jugak kat dataran pahlawan nie. . .Ape nak jadik-jadiklah. . . Setelah memilih lokasi paling romantik yang cahaya lampunya tidak terlalu terang tidak terlalu gelap. . .Aku khabarkan apa jawapan aku setelah hampir berminggu aku fikirkan. . .Aku susun ayat yang paling indah agar aku tidak kelihatan seperti insan yang mengambil kesempatan & agar hati Nazry tidak begitu terluka. . . 

aku katakan padanya yang aku hanya dapat menerima Nazry sebagai seorang kawann rapat (buat masa nie, he he he ) & aku minta agar Nazry melupakan akan apa yang terjadik & menganggap tiada apa yg berlaku. . . (ayat mcm ayat husup haslam - sembilu)

Mujur Alhamdulillah Nazry nampak tenang time tu. . .meskipun mukanya sedikit berubah. . . Tapik kita setuju untuk sekadar menjadi kawan  (buat masa ini. . he he he `gelak gaya firaun).. . .Cumanya disepanjang perjalanan baliknya. . . .Di atas highway yang panjang. . . 

John: woooh kan kete baru nie, tak abis pantang lagi knape bawak laju sngat. . . .(180km/hr)

Nazry: saje je. . dah lewat malam penat sampai lambat-lambat. . . esok On call

John: kalau ngantuk kasi aku bawak, lagipun aku tak kawen lagi nie. . . 

Nazry: takpe biar abg je yang bawak. . .Lagipun abg bukan nak kawen pun. . .Bee duduk je kat situ. . .Nie nak hantar balik rumah ke nak tdor umah abang nie. . (darik 180km/h jadik 190km/h giler dah si nazry nie)

(siri bercakap dalam hati) selalunya dia yang beria-ria suruh tidor umah dia.. nie siap boleh tanya lagi nak tidor mana, kata setuju jadi kawan. . . lagipun kalau nak marah pun bawak la pelahan skit. . .sejuk perut aku, tau la kete changgih. . .

John: mane-mana pun boleh. . . . mane yang abang senang (dan-dan panggil abang biaq dia tenang sikit)

So malam tu aku tidor dekat umah Nazry. . .Tapik esoknya aku lihat mata Nazry bengkak. . .Aku assume mata dia kene gigit ulat walaupun aku tahu dia sebenarnye menangis. . . & aku buat-buat tak tahu je

ps: walaubagaimanapun aku & Nazry bersama PM baru balik tngk x-men pukul 11:15am kat One Utama tadik (ade sesiapa perasan kita org) & skarang Nazry tengah tebongkang tidor atas katil sementara aku sedang taip enty nie. . .jadiknya skarang nie kita orang telah disahkan menjadi kawan baik + adik dan abang. . . .No broken heart broken heart. . .  

Okeylah aku nak pergi terkam si Nazry jap, geram tengok dia tido pakai boxer nie hak hak hak hak memain je aku nak g semayang asar la. . . . bye 

11 comments:

  1. kdg2 reality menyakitkan.. tp, layankan jer dan ko akan jd lebih matang.. syabas my friend..

    ReplyDelete
  2. zack: time-kasih zack. . . . Pada aku besenarnye takde la menyakitkan sangat tapik pada org lain aku tak pasti...

    ReplyDelete
  3. reality kehidupan..
    ko mmg kejam john..
    ko kejam..
    pass no.hp nazry kat aku..
    biar aku pujuk..
    hak hak hak...

    ReplyDelete
  4. wow...lama xjd juri ni,rindu bebenor kt ko jOhn..juz bck,kt pulau xda tenet bagai...
    bdw..syabasa baiya..even hard to say,accpt but u tetap hansem ...(tetiba)...
    ps..ada peluang la aku ahak

    ReplyDelete
  5. afiz: dari pulau mane & ade bawak ole-ole utk teman tak. . .

    ps: mmg tetiba je mention aku handsome disitu. . .riak aku. . .hak hak hak

    adam: kejam apenye adam. . . . aku tak pandai berenang ma. . .hak hak hak. . .

    ps: walaupun aku xde ape2 ngan Nazry aku tetap mahu simpan beliau sorang2. . .hak hak hak jimat

    ReplyDelete
  6. John, I really don't know what's in your mind right now. It seems Nazry is sincerely love you, I guess! I understand is not easy to fall in love with someone that you're close but why not.

    Anyway, I don't want to advice you too much at this point. Do what you think what is good for yourself and your life.

    ReplyDelete
  7. tahniah john, aku tau ko dah buat keputusan yang ko rasa terbaik untuk diri ko..jangan mengalah k..kalau ada jodoh, ada lah..kalo xtak ada nak wat camna kan..hehe..btw, congratz john sebb berani mengambil keputusan camtu..

    p/s: kalau r aku tgk wayang kat one utama hari tu..kahkahkah

    ReplyDelete
  8. pulau d sabah bak,ole2 xda tp aku ni dikira ole2 gak ahak..

    ReplyDelete
  9. Hahaa John takut jarum sebab tu x mau doc huhuu..ape laa aku merepek ni :)

    ReplyDelete
  10. patrick: secara seriuslinya aku mmg suka bangat sama itu nazry (maybe 60 %nafsu + 40% sayang). . . .Tapik aku rase ini jalan terbaik. . .but in future aku tak sure lagik la mcm mane. . . hak hak hak (masih mau fikir lucah-lucah)

    ps: thanks for advice. . . .

    Budak Mal: Time kasih- time kasih. . . . hak hak hak ngan lelaki kira jodoh gak ke?

    Afiz: bila aku nak dapat ole-ole aku tu. . . .Buat muka paling bahagia dapat jajan besar. . .

    Adam Iskandar: Aku bukan takut jarum maa aku takut darah. . . tisau aku kalau bedarah-darah nie. . .hak hak hak

    ps: actually bukan takut tapi fobia. . .

    ReplyDelete
  11. kira jodoh ar gak tu kot...kalo xde jodoh, kowg xkenal kan..ngeh3x

    ReplyDelete