Tuesday, 17 November 2015

Suap. . .


John: Awak esok saya nak ke Hospital, Abang kata maybe kene warded, babah pun dah sampai kat umah abang. . .Esok dia org subuh-subuh datang sini. . .

Kata-kata John Melvin yang ketika itu bertaring di sebelah Nazry sebelum masuk beradu. . . Namun John Melvin tahu ayat tersebut tidak akan bernokhtah begitu sahaja. . . Dari perbualan yang meleret hingga ke awal pagi, diakhiri dengan bahasa yang kurang lebih begini dari seorang insan yang kini John Melvin sayangi. . .Ehhhh

Nazry: Alaaaa abang bukan penting pun, Setiapkali abang sahaja yang terakhir (actually nazry kalau emo lebih banyak berbahasa penjajah, cuma John Melvin alih bahasakan disini)

John Melvin terpena membisu, kelu tidak terbait bahasa namun hanya pelukan sahaja yang boleh diberi sebagai penyejuk jiwa & biarakn reda. . .


Owhhhh, akcheli bukan kisah itu yang John Melvin mahu ceritakan disini. .

Babah: Nanti adik balik la, kita berubat cara kampung. . . Doktor pun tak tahu sakitnya apa, abang juga tak pasti. . .

John: Minggu depan adik balik. . .

Babah: Jom jela balik sekali. . Nanti babah hantar la balik

John: Xpe la babah, ujung minggu adik balik. . . lagipun dh OK nie, kebas tu biasa la dah tua. .Abang je yang telebih risau, adik check klinik pun doc risau padahal mesin diaorang yg tak betul. . . hak hak hak. .

Babah: Tula kita berubat kampung, mana la tahu kebas tu sebab lain ke. . . kita iktior orang perak kata. .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Babah: Nak babah suapkan. . .

John: (senyum malu) takpela babah, boleh je buat sendiri

Babah: Kalau mak ada mesti dia suapkan adik, duduk kat bangku  mengaji. . .

John Melvin lihat babah senyum, namun ada lapisan air pada matanya, John Melvin hanya tunduk dan menguap pelahan makanan kemulutnya. . . John Melvin tahu yang babah cukup Rindu. . .

John: Babah xnk kawen lagi?

Babah: Esoklah babah kawen, lepas adik kawen. . babah rasa mak pun setuju macam tu. .  (senyum)

John Melvin  hanya tunduk dian dan menyuap perlahan makanan kemulutnya, Pesan Mak dan kata-kata babah, silih berganti. Bukan John Melvin degil mahu terus hidup begini namun mungkin John Melvin bimbang sakitnya apa yang dinamakan realiti. . .

Saturday, 14 November 2015

Arahan. . . .

Nazry: Kalau Bee pulak apa yang tak suka. . .

John : Dengan awak semua suka. . . Wekkkkk

Nazry: hahahahah dusta sangat

John: awak suka cakap jangan tu jangan nie. . .

Nazry: Mana ade

John: tadik baru kata, jangan la senget-senget sakit. . . . hak hak hak

Nazry: yang tu memang la, cuba bee rasa. . .

John: hak hak hak Ok-Ok. . . xnak

Nazry: tapi time tu je kan, lain-lain abang OK

John:  katanyaaa

Nazry: hahahaha tiru

Kesinambungan dari perbualan terdahulu yg tidak terpost

Tuesday, 6 October 2015

Jejak

Assalamualaikum...

Lama John Melvin tak tinggalkan jejak, kalau yg ingat pun mungkin sudah lupa kerana sudah lama John Melvin tidak tinggalkan jejak...

Niat di hati sudah tidak mahu meninggalkan jejak, namun difikir-fikir berkawan sahaja dgn Nazri pehhhh hidupnya bosan, jenakanya payah utk faham & lawaknya terlalu sukar utk dihadam seperti amir raja lawak, baik sahaja John Melvin berkawan disini.. untung-untung ada yg masih kenal John Melvin & mahu membuat kawan...

Hidup John Melvin sekarang biasa-biasa sahaja, cumanya sekarang sedikit bosan kerana tiada mak utk John Melvin mengadu...

Raya puasa & raya haji baru nie juga John Melvin tak dapat nak makan Rendang Kicap mak, sbb mak John Melvin pergi jumpa tuhan....nanti kalau John Melvin dah rindu sangat ngan mak John Melvin ikut la mak jumpa tuhan...

Ps: dh xde sapa nak pesan kat John Melvin jgn lupa semayang...

Sunday, 5 July 2015

Nasi Lemak. . .


Nazry: Buka nanti abang nak buat nasi lemak. .. Setuju

John Melvin: OK je. . .

Nazry: Udang, Sotong ikan bilis

John Melvin: ?

Nazry: Nak sambal tumis apa. . .Abang kat Tesco nie. . .

John Melvin: mana2 boleh. . . Ulamnya peria ye. . .

Nazry: tak pahit ke?

John Melvin: Hidup yang saya lalui lagi pahit awak. . .

Nazry: OK. . .

John Melvin: OK je. . .Awak xnk dengar ke kisah hidup saya yg pahit dari peria tu. . .

Nazry: malas. .  sure nak peria nie, abg potong x makan nanti siap. . .

John Melvin: sure. .. .

John Melvin: Awak sungguh-sungguh ke nie. . .

Nazry: apa yg sungguh2 bee

John Melvin: xnk dengar cerita pahit saya

Nazry: SUMPAH xnak...

John Melvin: Biadap