Friday, 7 February 2014

Bersenam. . .


Tiga hari lepas, Nazry sampai ke rumah lebih kurang sudah lewat malam, barangkali jam 12:30 malam.  Tidak seperti biasa-biasanya jika selewat manapun beliau sampai beliau akan mandi terlebih dahulu. . . Namun tiga hari lepas John Melvin tidur bertemankan Nazry yang tidak mandi & Nazry yang tidak menukar baju pekerjaannya. . . Wangian Lacoste bersama bau peluh serta sedikit-sedikit bau hospital memenuhi malam John Melvin tiga hari lepas. . .

Dua hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain Hay Day, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . ketika itu waktunya tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 930 malam. .  Namun tidak seperti biasa-biasanya, selesai membersihkan diri Nazry akan sama-sama bermalas-malasan bersama John Melvin di ruang tamu, namun dua hari lepas usai sahaja beliau mandi beliau terus sahaja masuk beradu. . Mengajak John Melvin juga sekadar melalui pesanan ringkas whattup. . 

Nazry: Bee, Abang tido dulu. . . Mari la tido skali. . 

John: Sekejap nanti. . .

Satu hari lepas, ketika John Melvin bermalas-malas di ruang tahu sambil bermain Hay Day & menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya, Nazry baru pulang dari pekerjaannya. . . Ketika itu waktu tidak selewat tiga hari lepas, barangkali jam 915 malam. . . Usai Nazry mandi, beliau sama-sama dengan John Melvin bermalas-malas di ruang tamu. . .

Nazry: Bee buat apa je hari nie. . 

John: xde buat apa. . Biasa-biasa sahaja. . . Tolong bayarkan dulu duit kereta boleh. . . sangkut sikit la bulan nie. . 

Nazry: Emmmm. . .nanti kasi account. . 

John: Dah send. . Awak dh makan? Lapar la. .

Nazry: Siang tadi dah. . malas nak makan malam. . Sekarang nie kerja sibuk sikit. nak ke gym juga tidak sempat. . Risau badan naik. . Bee nk makan ke?

John: xde la saje tanya ( walhal hanya perut & dondang sayang sahaja tahu betapa laparnya John Melvin ketika itu)

John: Nakk berseman. . Jom arrr jom arrr ( dengan gaya seekor kucing yang paling cute dan jinak di dunia)

Nazry: Hahaha penat la bee. . . Esok la kita bersenam. . .

Satu hari lepas, John Melvin bermalas-malas di ruang tamu sambil bermain hay Day serta menonton rancangan TV yang John Melvin kurang pasti tajuknya. . . Satu hari lepas, John Melvin juga tidur diruang tamu sebagai satu  tanda protes. . . 


Wednesday, 5 February 2014

Spit. . . .


John: Apa yang awak tidak puas hati & tidak suka. . . Luahkan Luahkan. . .

Nazry: Spit. . .

John: It for Lube. . .Fine -fine

Nazry: Katanyaaaa


Friday, 20 December 2013

Mangkuk. . .


Sebelum bercerita jauh ingin sekali aku memperkenalkan diri disini. . . Bimbang kalian sudah tidak mengenali siapa gerangannya aku. . . Aku disini orang panggil John Melvin dengan tinggi 17++, berwajah biasa-biasa dengan sedikit bulu yang tidak mahu berhenti tumbuh. . . Aku merupakan seorang duda yang tidak teruna dan sekarang menetap bersama seorang kawan yang aku panggil Nazry. . .

Nazry pula merupakan seorang doktor di sini, umurnya terpaut 5 tahun lebih tua daripada aku. .  Orangnya juga biasa-biasa dengan ketinggian 17++ juga. . . waktu riadahnya selalu dihabiskan di Gym. . . Mungkin juga pengaruh rakan sebaya (waima housemate aku ini tua) aku turut selalu menghabiskan masa bersama dia di Gym. . .


Cukup pengenalan serba sedikit mengenai aku John Melvin. . .  Mungkin ada yang ingat atau mungkin ada yang sekilas pandang perasan yang John Melvin ada berstatus - Pergaduhan Mangkuk Plastik Pondan. . . Ingin John Melvin kongsikan disini namun dari mana harus John Melvin mulakan John Melvin Kurang Pasti. . .

6 December 2013, Seperti biasa permulaan bagi kehidupan John Melvin, John Melvin dikejutkan oleh alarm tepat jam 550 pagi. . . Terasa ingin membuka mata, terasa ingin menapak bogel ke bilik air & terasa ingin memulakan persiapan utk ke tempat kerja. . .Namun kepala John Melvin terasa berat, sendinya terasa sengal-sengal dan suhu badannya terasa panas. . .Namun digagahkan juga dan dirapatkan mulutnya di telinga Nazri & berbisik, Bee rasa demam tak gi kerja, lalu menyambung tidur hingga jam 12:00 tengah hari. . .

12:00 Tengah hari satu minit, 12:00 tengah hari dua minit & 12:00 tengah hari tiga minit, Lena John Melvin terganggu oleh panggilan Telephone dari housemate nya Nazry. . .Namun untuk menjawap John Melvin malas. . Tepat jam 12:00 Tengah hari lima minit masuk pula i-msg daripada Nazry. .

Nazry: Where You. . . 

John Melvin: Katil, nak teman. . .

Nazry: hahahah dekat dapur ade ubat atas meja, jgn lupa eat. . . Abg check tadi tak demam sangat cuma demam org gatal nk MC. . .

John Melvin: Baik. . . 

Nazry: Nak MC?

John Melvin: Sukati. . .

Nazry: Nak Pic?

John Melvin: Balik terus senang, live. . .

Nazry: K. . . Kul 3 nanti. .

John Melvin: Jgn lupa beli makanan lapar. . .

Seperti biasa, apabila John Melvin menceritakan perihal kehidupan beliau bersama debu-debu dan dosa-dosa Kuala Lumpur pada waktu pekerjaan seperti hari ini di hujung sebelah kanan entry ini nanti akan tertulis (Sila rujuk bawah) & Selamat Menunaikan Solat Jumaat

Bersambung. . .

Monday, 9 September 2013

Expired. . . .



John Melvin: Kalau boleh Balik cepat. . . .

Nazry: OK. . . Ada plan apa-apa ke?

John Melvin: Rasanya xde. . . Cuma risau kondom yang saya beli hari tu expired. . . Lama sangat tidak dipakai. . .

Nazry: Hahahahhahah. . . .

John Melvin: Serius. . . tak baik membazir. . .

Nazry: Tengok mcm mane nanti, tak janji. . .

John Melvin: Orait. . .

selepas sepuluh minit. . .

Nazry: Bee send Picture. . .

John Melvin: Kerja kerja. . .

Owhhh Syawal sudah sahaja berlalu pergi, namun Sabtu & Ahad sudah John Melvin masih lagi ke Open House. . . cumanya beliau datang sendiri & jika bertemanpn rakannya PM. . . Nazry sibuk mencari nafkah keluarga kami. . . Hak hak hak