Wednesday 7 May 2014

Edah. . .


Hari ke 16. . .

Usai keluar, Pintu jendela kaca lunsur yang seperti kebanyakan rekabentuknya rumah era ini John Melvin katupkan rapat. . . Berdiri merelakan dirinya dinodai dingin malam. . John Melvin memerhatikan awan-awan yang putih namun sedikit kelabu. . . Disinari sinar sang rembulan dalam kepekatan malam yang gelap. . . John Melvin tersenyum sendiri, terkenangkan perbuatan bodoh beliau 2 hari yang sudah. . . malu dan terasa seperti gadis. . . Bergenang air mata untuk seorang lelaki yang kini John Melvin anggap kurang setia. . . 

Malam itu genap 16 hari John Melvin bergelar seorang balu. . . Mungkin pada pandangan masyarakat yang kebanyaknnya dari kenalan-kenalan Nazry menganggap John Melvinlah yang empunya angkara. . . Ini semua akibat lakonan-lakonan Nazry jang bijak membawa watak inesen, membuat muka comel seperti kucing ketika John Melvin berang berwajah harimau dihadapan kawan kenalannya yang juga kini menjadi teman John Melvin. . .Namun jiwa mana yang tidak mahukan penjelasan, hati mana yang tidak mahukan perhatian. . . Lantas 2 hari yang sudah John Melvin menolak ketepi malu & egonya, lalu membawa watak seperti seorang gadis yang mahukan pencerahan. . .

Malam itu tubuh bogel John Melvin hanya ditutupi kain pelekat bewarna merah. . Dingin sambil bertemankn bulan yang sesekali ditutupi sekawan awan di langit. . . pada balkony ke 2 rumah tiga tingkat ini John Melvin merelakan dirinya dimamah bayu malam. . . Sesekali badannya terasa gatal di gigit nyamuk, namun John Melvin biarkan sahaja ia kenyang kerana pada John Melvin darahnya masih banyak untuk dikongsi. . . Mungkin nasib John Melvin akan terus menjadi balu kerana tiada tanda-tanda rujuk oleh Nazry. . . tiada sms tanda maaf, tiada sms bertanya khabar tiada sebarang berita seperti selalu-selalunya sebelum ini yg keluar dari screen phone John Melvin. . . Tiba-tiba :-

Nazry: Jangan lupa kunci balik pintu tu masuk nanti. . . Dah malam nie. . .

Emmmmmm. . . membaca sms dari Nazry buatkan hati John Melvin terasa kosong buat seketika, namun ia tidak lama setelah terkenangkan perbuatan bodoh John Melvin 2 hari sudah yang membuatkan John Melvin malu sendiri. . . Dilihatnya awan malam itu buat kali terakhir sebelum melangkah masuk ke Biliknya sendiri namun ianya terkunci. . . . Menghela nafas berat John Melvin memikirkan mungkin rumah ini juga tidak mahukan dia disini. . . 

1 comment: