Wednesday 3 July 2013

Kerang Busuk. . .


Kamu sekarang seperti orang kurang sioman (betul ke ejaannya ini), bila didalam kereta mendengar lagu yang kononnye dia tujukan utk kamu, kamu akan tersengeh seperti kerang busuk (waima kamu sendiri yg pasang lagu tu - MP3)... Sebaik sahaja kereta kecil kamu lalu dalam kesesakan & melintasi menara kerja dia, kamu akan melihat sehingga ke puncak menara & hati kecil kamu berdetik, "Sudah sampaikah dia di tempat kerja" juga membuatkan kamu tersenyum seperti kerang busuk. . . Di pejabat kamu menanti email darinya, kemudian kamu akan tersenyum seperti kerang busuk membacanya atau kamu tergelak seperti orang kurang sioman (betul ke ejaan ini) 


Bila waktu pulang, kamu tidak sabar mahu ke gym. . . Kerana disana kamu bertemu dengan dia & disana juga kamu mula mengenali dia. . . Setiap kali kamu & dia mahu berjumpa, kamu selalu pastikan yang kamu dalam keadaan yang wangi meskipun waktu itu sudah petang & kamu sudah seharusnya berbau peluh yang membuatkan teman serumah kamu gemar akan baunya. . . Mungkin sekarang kamu seperti orang kurang sioman (betul ke ejaannye ini). . . 

**************************

Nazry: Salam. . Rehat ngan sape tengah hari nie, makan apa (02:14pm, 02/07/2013)

John Melvin: Makan hati je sayang. . .

Nazry: hahahahah kenapa makan hati plak. . .

John Melvin : Yela makan hati berulamkan jantung sbb rindukan sayang. . . hak hak hak

Nazry: Knape panggil abang sayang plk tetiba. . . explain please. . .

suddenly air liurnya terasa pahit, jantungnya berdegup kencang & air air jernih berlarutan urea & mineral keluar dari dahinya. . .

John Melvin: hak hak hak saja je nak bermanja sikit pun tak boleh. . Yela orang tu sekarang kan selalu penat. . .

Nazry: hahahahaha sorry-sorry. . .

Inikah yang dinamakan kantoi-kantoi kecil?


6 comments:

  1. hehe....inikah yg dnamakan kantoi2 kecil?

    ada ke istilah tu? nape agak pelik bunyinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak hak hak, hampir terbongkang namun masih selamat. . . so mungkin ini yg dinamakan kantoi2 kecil...

      moral of story: mastikan anda menyemak nama pengirim sms dengan betul & tepat sebelum menyambung persmsan

      Delete
  2. okay...
    banyak bahasa rosak..
    tapi aku faham maksudnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Jiwa Bangsa Awak. . . Hilang bahasa musnahlah bangsa. . .

      Delete
  3. Hai.. terima kasih letakkan blog sy sebagai senarai. Keep in touch and happy blogging. =)

    ReplyDelete