Thursday 1 December 2011

Ranting-ranting. . . .


Ditariknya beberapa keping tissue dari kotak Royal Gold yang seginya seakan sebuah bata yang bersaiz 225mm x 110mm x 75mm. Digumpalnya & kemudian disalatkan dicelah bedahnya. . . Beberapa helai tissue yang telah digumpalnya tadi diperhatikan dengan teliti, dibelek ke kanan & dibeleknya ke kiri. . .Bersih suci & tidak berdarah, jika adapun sekadar bahu jantan dari celah bedahnya. . . Namun segalanya kelihatan tidak begitu betul kebelakangan ini, segalanya Nampak salah segalanya Nampak tidak tepat. . . . Dadanya tidak menentu degupnya berdebar seperti melayari malam pertama barangkali. . Begitu selalu & acap sekali. . .



Biasa-biasanya dia bukan begini, biasa-biasanya beliau tenang dalam urusan hidup ini. . . Kalau marahpun beliau simpan, kalau sedih pun beliau pendam. .  Namun entah mengapa ranting-ranting kesabaran dihatinya hari ini seolah patah & gugur pada lembah kemarahan. . .  Kesian mereka-mereka di meeting tadi, tidak pasal-pasal dimarah & dimaki (1st time aku emosional tak tentu pasal dalam meeting. . Im A Bad person now) . . .  Biasa-biasanya dia bukan begini. . .


Ya mungkin tekanan di kota menyebabkan dia marah-marah kebelakangan ini, mungkin juga tekanan daripada pergaduhan dia dengan kawan dia Nazry membuatkan dia marah-marah begini, mungkin juga kesan daripada ulang alik dari KL-PERAK selama 4 hari berturut-turut minggu lepas membuatkan penatnya masih belum hilang & penyebab dia marah-marah begini,Mungkin juga kesihatan ibunya mengganggu fikirannya sehingga dia marah-marah begini, atau mungkin juga dia tertekan membuka kembali buku-buku kejuruteraan semata untuk menjadi Professional Engineer lantas  membuatkan  dia marah-marah begini. . . Biasa-biasanya dia bukan begini. . . 

Maaf Kepada Siapa yang dia marah-marah , Kerana mungkin ranting-ranting kesabarannya telah jatuh gugur. . Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

Minggu ini dia mahu ulang alik dari KL-PERAK seperti selalu-selalunya minggu lepas, Tapi mak dia tidak kasi. . . Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

Dia buka laci dimeja, digapainya sekotak rokok yang telah renyuk digumpal kawannya Nazry minggu sudah, dikeluarkan sebatang & dinyalakan apinya, Lantas disedut dalam-dalam, sampai kehulu jantang atau mungkin sudah masuk kehati, kemudiannya dihembuskan pelahan-lahan ke udara. . 

Meskipun rokok itu sudah renyuk dilakukan oleh kawannya minggu sudah. . . 
Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

3 comments:

  1. kenapa dia begini..??
    dia perlukan cuti untuk berehat..
    jika dia ingin bahu, bahu saya ada untuk dibasahi..
    jika dia ingin teman bicara, telinga saya ada dan sedia mendengar seperti dulu..

    ReplyDelete
  2. sungguh berat dugaan yg kau hadapi....
    aq harap ranting2 kesabaran yg ada masih kukuh untuk kau menghadapi dugaan dugaan yg mendatang...
    kembalilah kepada yang Menciptakan...
    mohanlah kepadanNya kekuatan....
    tiadalah ketenangan selain bermuhasabah kepada yang Maha mengasihi....
    aku cuma insan biasa...
    hanya doa dapat aku pohon...
    agar tuhan permudahkan segala urusan perjalanan kehidupan ko....
    amin......

    ReplyDelete
  3. ADAMIEDAMUSS
    Biasa-biasanya dia bukan begini. . .
    Mungkin cuti tahunan dia sudah tinggal 2 hari shaja. . .
    Dia bukan lelaki yang suka menangis kerana dia jenis suka pendam & simpan. . .Kerana baginya nanT lama-lama terawatlah ia. . .Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

    MUS
    Terima kasih, mungkin dia hanya penat. . .Mungkin dia perlu berehat. . .
    Doakan apa yg dia usahakan Apa yang dia harapkan menjadi kenyataan. . . .berdebar rasanya sbb test just around the corner. . .

    ReplyDelete