Thursday, 27 February 2014

Throwback I. . .

Cerita ini John Melvin ambil dari simpanan draftnya. . Asalnya John Melvin malas mahu menceritakan kisah-kisah silamnya. . Namun mengenangkan yang menjadi satu trend sekarang untuk manusia menceritakan kisah hidup mereka melalui gambar mahupun penulisan dengan ber#kan throwback. . . .Harap pembaca yang sepatah dua ini tidak bosan untuk membaca apatah lagi membenci John Melvin. . .hak hak hak

---------------------------------------------------------------------------------------------

John Melvin: Berapa banyak nak kene taruk nie. . .

Balkish : Masukkan sesudu je, macam hari tu…

John Melvin: Nak ngelembung ke tak payah, hari tu sepeket nie nak masak dua peket…

Balkish: Haaa banyak tu boleh la… pastu nampak mcm dh melekat-lekat abang masuukan bawang halia semua.. tunggu naik bau..

John Melvin: Sayang ce datang sini ke tengok, mcm mane nak tengok dia naik bau…

Balkish: Sayang tengok dari sini je boleh?]

John Melvin:  boleh masuk sayur belum nie….

Seperti kata Pm dahulu, 9 bulan lepas tahun baru, merdeka & musim tengkujuh Malaysia mengalami pertumbuhan drastik bagi mencapai kapasiti penduduk negara maju. . . . Petang itu Hujan turun dengan lebat, sama seperti petang-petang, pagi-pagi atau malam-malam bulan-bulan tengkujuh ini. . . Pertukaran angin monsun yang membawa sama-sama hujan menyebabkan Bumi Kuala Lumpur basah lenjun ditimpa hujan. . . Petang itu juga John Melvin memandu ke Ampang. . . Mengambil buah hati pengarang jantungnya dari rawatan. . . Ketika John  Melvin sampai John Melvin lihat Pengarang Jantungnya sedang mengembungikan tangannya di bawah tudung, John Melvin yakin yang pengarang jantungnya sedang mencari haba bagi melawan dingin hujan & bukannya meraba buah dada sendiri (kerana pengarang jantungnya tahu yang itu tanggung jawap John Melvin). . .

Kolam-kolam air di atas lapisan bitumen jalan  semakin penuh melimpah, Kenderaan-kenderaan pula baik kereta, van mahupun lori ketika itu bergerak perlahan menyebabkan petang gelap yang ditimpa hujan itu menjadi sesak. . .Dari satu bumper ke satu bumper kereta John Melvin bergerak ketika itu, memandu bertemankan pengarang jantung yang tidak banyak bercakap dari tadi. . . Mungkin lelah pagi hingga siang tadi belum habis. . . Cuma sesekali tangan kanannya memegang peha kiri John Melvin apabila membayangkan yang John Melvin ingin melanggar bontot kenderaan dihadapan. . . John Melvin suka diperlakukan begitu & John Melvin kadang kala pura-pura berbuat begitu, hampir melanggar bontot kenderaan hadapan. . .

"Makan dimana kita" John Melvin bersuara menggantikan bunyi rintik hujan & lagu dari corong radio yang diperlahankan oleh pengarang jantung sebaik sahaja menaiki kereta tadi (vol 6 - aku atas katil pun bunyi kuat sikit dari nie). . . "Sayang mcm teringin nak makan megi" Balas Pengarang Jantung perlahan. . . "Owhh singgah mamak ke" tanya John Melvin lagi, "Abang masakkan la, lagi sedap" dan kemudiannya kami diam dan terus memandu meredah hujan bertemankan berdendangkan suara radio yang dipasang perlahan. . .

Tidak sempat John Melvin membuka payung, Pengarang Jantungnya sudah berlari-lari anak ke muka pintu, berlari dari rintik hujan yang masih bersisa petang itu. . .Kami sampai agak lewat petang itu, Jam hampir sahaja menunjukkan jam 8:00 & kami masih belum solat kerana menempuh Jalan-jalan di Kuala Lumpur yang lenjun ditimpa hujan. . . Usai Solat John Melvin masuk ke dapur membuka kabinet dapur & mencari 2 bungkus Meggi untuk mengisi perut kami malam itu. . .

John Melvin masukkan Meggi kembang berperisa kari itu ke dalam Mangkuk Nasi hadiah perkahwinannya dahulu. . . Kemudian di bawanya mangkuk berisi Meggi kembang berperisa kari ke hadapan 

Perlahan Pengarang Jantung menanggalkan kaca mata John Melvin yang berkabus terkena wap meggi kembang lalu mengelapnya dengan lengan baju. . . Mukanya terukir senyuman & senyumnya membuatkan hati John Melvin berbunga gembira meskipun hari-harinya kini penuh dengan kepenatan. . .

Wednesday, 26 February 2014

Sulk I. . .



Petang 21-02-2014, kira-kira dalam jam 1400 (Kantoi x smayang jumaat). John Melvin sudah sampai ke rumah kami. . . niat dihatinya mahu balik lalu mengambil passport lantas memperbaharuinya di UTC Pudu Raya. . . Dalam pengiraannya juga mahu ke sana juga dengan menaiki pengangkutan awam LRT. . . Namun dek kerna cuaca Malaysia boleh tahan panasnya & dinginnya penyaman udara di ruang tamu rumah kami membuatkan mata John Melvin menjadi berat & tertelap. . . Terjaga sahaja jam menunjukkan 1630. . Dengan mengambil kira faktor jarak waktu & cuaca Malaysia yang boleh tahan panasnya, John Melvin membatalkan niat sucinya. . .

Petang 21-02-2014, kira-kira jam 1630. John Melvin sudah sampai ke rumah kami. Matahari di luar masih terik membakar. . Mundar mandir sendiri di ruang tamu, John Melvin mencapai I-pad Nazry di atas cabinet TV. .  Dibukakanya satu persatu. . dari gambar-gambar kami & mereka kepada video-video lucah Nazry. . . Namun serius John Melvin tidak sependapat dengan Nazry dalam menonton cerita blue. . Pada John Melvin, Nazry aneh teransang & menonton cerita blue sesama lelaki. . . Selalunya berdua namun kadang-kadang lebih dari sepuluh. . .Namun. . . .

John Melvin: Bila mahu putusnya. .Im OK with tht

Nazry: Apa yg putus, Abg x faham.  . .

John Melvin: kata complicated la , I have good with my job la , all family always supporting  me la?

Nazry: baca dekat mana?

John Melvin: Sudah geharu cendana pula. .Sudah tahu pertanya pula. . .

Nazry: xde la. . .  Mana ade nak putus. .

John Melvin: hak hak hak. . . lain kali jika nak menggatal jgn lupa delete. .

John Melvin: Btw lagi, I'm HE not SHE. . .hak hak hak

Nazry: Sorry. .Abg chatting je. . xde niat apa pun. . .

John Melvin: OK. .

Petang 21-02-2014, Kira-kira jam 1700. John Melvin sudah sampai ke rumah kami. . matahari di luar masih terik membakar membuatkan air liur yang John Melvin telah terasa sangat berkahak. . .

Nazry: Dah renew passport? (jam 1629)


Tuesday, 25 February 2014

Sulk II. . .


Cuaca Malaysia sekarang boleh tahan panasnya, Penghawa dingin kenderaan jika dipasang pada tahap yang paling maksima juga masih tidak mampu menidakkan kepanasan cuaca di Malaysia sekarang. . . Petang itu Jumaat 21-02-2014 lebih kurang jam 1830. John Melvin memandu kenderaan kecilnya menyusuri jalan-jalan luar untuk ke Perak, sengaja John Melvin memilih jalan pulang itu kali ini. . . Dengan harapan perjalanan pulangnya ke kampung manjadi sedikit redup. . . 

John Melvin: OTW balik kampung. . .

Nazry: Kenapa tiba-tiba

John Melvin: :)

Sedikit John Melvin tidak terasa dengan Nazry, namun entah mengapa hatinya terasa ingin sangat pulang setelah membaca msg Nazry. . . Bukan kah mudah jika hati & akal sering tidak berbalah. . .

Friday, 14 February 2014

Hari Cinta. . . .


Nazry: Selamat Hari Cinta. . .

John Melvin: X baik sambut. . .

Nazry: OK. .

: : : : : SELAMAT HARI JUMAAT SEMUA: : : : : : :