Friday, 28 June 2013

Fall. . .



Beliau ada kata, Kalau Bee nak bercinta dengan orang lain, atau buat maksiat dengan orang lain abang benarkan. . . Kemudian beliau berkata lagi, Kalau Bee nak bercinta dengan orang lain atau buat maksiat dengan orang laian abang benarkan tapi dia mestilah perempuan & bukannya lelaki. . . Kemudian beliau berkata lagi, Kalau Bee nak bercinta dengan orang lain atau buat maksiat dengan orang laian abang benarkan tapi dia mestilah perempuan & bukannya lelaki sebab abang nak hanya abang sahaja dengan Bee, mulai sekarang & masa-masa mendatang (erti kata lainnya konek ku hanya untukmu)

(video nie jumpa kat FB, klakar-klakar)

Ketika kata-kata & perjanjian itu dibuat John Melvin tidak berkata apa. . . Mungkin kerana terpengaruh dengan dialog melayu - Diam itu tandanya setuju. . . Namun entah mana silapnya, dimana kekhilafannya John Melvin kini seorang berada dalam perasaan cinta. . . Jaga dari tidurnya terbayangkan Dia, Tersedak dari makannya teringatkan dia, Mandi & tersentuh kote sendiri juga teringatkan Dia. . . Tetapi beliau ada berkata,  Kalau Bee nak bercinta dengan orang lain atau buat maksiat dengan orang laian abang benarkan tapi dia mestilah perempuan & bukannya lelaki sebab abang nak hanya abang sahaja dengan Bee, mulai sekarang & masa-masa mendatang (erti kata lainnya konek ku hanya untukmu). . . Namun dihati John Melvin kini seakan terungkap rasa sayang & secebis cinta kepada orang yang bukan kerjaya sebagai Doctor. . .

"why everyone want my santa clause"


Friday, 19 April 2013

Salam Perkenalan. . .

Assalamualaikum. . .

Saya John Melvin, tapi panggil John Je. . .

Awak. . . ?

Sunday, 2 December 2012

Move On. . .


Termenung sendiri di dalam ruang bilik yang kamu & dia hias sendiri dengan konsep modern kata kamu & konsep bali pintanya membuatkan bilik kamu & dia kelihatan seperti berkonsepkan Bali Modern (perasan kamu sahaja mungkin). . . . Sebuah cermin setinggi 7 kaki berbingkai kayu jati yang bawahnya kamu & dia letakkan almari renek, menghadap sebuah katil bersaiz 6 kaki bersebelahan dengan Almari kayu bewarna coklat hazel setinggi syiling tidak lagi cantik seperti-seperti selalunya kerana kini kamu hanya termenung sendiri di ruang bilik yang kamu & dia hias sendiri. . . Tapi entah kenapa kamu suka berada di ruang bilik seluas 15 kaki x 16 kaki ini, mungkin kerana sisa-sisa bau dia yang masih ada atau mungkin sahaja memori antara kamu & dia yang masih berbaki disini. . . .

Sesekali termenung kamu mengundang air mata, namun cepat-cepat kamu seka, kamu baring menelentang di atas katil berbaiz 6 kaki bertilam setebal 10 inci agar mata kamu terdongak ke atas, pandang ke atas syiling yang kamu & dia hias dengan lampu berbunga-bunga besar & berjuntai globe-globe kistal agar air mata kamu itu berhenti & tidak lagi membasahi pipi kamu lagi. . .


Sesekali termenung kamu mengundang senyum nipis, bila kamu terlihatkan kotak emas berisi coklat pemberian kamu kepada dia sebagai hantaran dahulu masih cantik berbungkus tidak terusik di atas almari renek di bawah cermin berbingkai kayu jati (kamu rasakan ia kayu jati) bersaiz 7 kaki itu. . . Dulu ketika kamu tanya kenapa disimpan & tidak dimakan sahaja, dia jawap tiada tanda halal & apabila kamu offer diri kamu agar bekorban memakan coklat tersebut dia katakan tidak boleh. . . Lalu di letakkan cantik-cantik di atas almari renek itu. . . Beberapa hari sebelum tarikh luput dia benarkan untuk kamu makan, lantas kamu masukkan dlm phone kamu "makan coklat dari gadis kedukut 5 june 2013" (seminggu sebelum expired) , dia baca & kemudiannya ketawa manja. . .

Sesekali kamu keluar dari bilik, semada di ajak makan atau di ajak berbual. . . kamu telan makanan yang ibu cinta hati kamu hidangkan, masakan kegemaran kamu sayur bayam masak lemak & Ikan siakap masak goreng garing. . . Namun untuk masa sekarang kamu terasa kenyang kerana seolah dada kamu terasa sebu & membuatkan kamu cedikit cekik. . .Kamu ibarat budak kecil ditanya satu kamu menjawap satu, kemudian kamu terketawa apabila ibu cinta kamu bercakap bahasa orang putih tiba-tiba "I want you be happy and I want you to stand you for what you believe". . . Kemudian kamu perlahan-lahan membawa diri ke bilik yang kamu & dia hias cantik dahulu. . . 

kemudian kamu tersenyum lagi, mendengar ibu cinta hati kamu membebel & menyelitkan bahasa orang putih di dalam bebelannya "Mak nak adik move on" sambil tangannya sibuk mengutip kain pelekat yang kamu biarkan bertabur di lantai dengan bau peluh ponggong & telur kamu kemarin. . . kemudian dia ibu cinta hati kamu pinta kamu bangun, ditariknya cadar warna putih kamu dan digulungnya menjadi saiz kecil, disisipnya birai tangkap kamu & dibukanya jendela. . . "Bilik ini berbau peluh adik, biar udara segar masuk & biar adik cepat-cepat elok". . . . "Adik OK je, mak jgn susah-susah hati, lagipun biasalah orang bujang bilik semak" jawap kamu dengan nada yang kamu buat ceria namun mengundang air mata pada pipinya ibu cinta hati kamu. . . Kamu duduk di atas almari renek  memerhatikan dia Ibu cinta hati kamu mengemas bilik bujang kamu dengan air mata dipipi, mulutnya masih seperti tadi membebel akan perihal kamu. . . Kamu tiadak dapat mengambil biji butirnya kerana hati kamu kini terasa sebu namun kamu tahu inti patinya adalah untuk kebaikan kamu. . . Kamu pandang ibu cinta hati kamu. . . 

Kamu tahu yang Jodoh & juga rezeki sudah tertulis sejak kamu & kita berumur 4 bulan dalam kandungan ibu cinta hati kamu. . kamu juga tahu yang ajal maut itu milik Tuhan & bukan kamu. . . Kamu juga tahu yang hidup ini terlalu banyak warna. . . sehinggakan kamu mahu memilih satu warna sahaja & kamu juga tahu yang kanvas hidup tidak semestinya ceria. . . Kemudian kamu tersenyum memingatkan ibu cinta hati kamu, guru besar pencen yang mengajar subject agama & tamadun dunia berbicara dalam bahasa orang putih. . .

Al - Fatihah untuk buah hati pengarang jantung kamu. . . 

Nur Nadiah Alwani Bt Zainab Ibrahim a.k.a Balkish
Isnin - 05:20am

Friday, 9 November 2012

Milik Tuhan. . .


Hati ini Milik Tuhan. . . . Kita sekadar penghutang yang meminjam & menjaganya. . . .Hitam Putih atau warna-warna bendera Malaysia, kita yang bentuk agar ia menjadi milik kita & siapa kita. . .Namun ia masih milik Tuhan.. .

Sesetengah manusia peminjam Hati milik Tuhan berkata yang akan datang taubat apabila datang serunya. . . Sesetengah manusia peminjam Hati Milik Tuhan ada berkata yang biarkan kita lalui & rasai apa yang hati mahukan. . . . Nanti-nanti apabila ia puas Hati Milik Tuhan itu sendiri akan minta berhenti & meminta pula untuk mencari taubat. . . .  Namun esok kita tidak tahu. . .

Sama seperti Hati, Hidayah juga sememangnya milik Tuhan. . . Tuhan akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. . . Kita sebagai manusia sebagai peminjam hati & penagih hidayah harus meminta & berdoa memohon hidayag agar Dia kurniakan petunjuk atau menunggu untuk ia datang. . . Kerana kita tahu yang Hidayah itu milik Tuhan. . .

Akal, Nasfu & Hati bukti Tuhan itu Maha Adil. . . .Syurga itu Besar, Neraka itu Luas & hati ini milik Tuhan