Cerita ini John Melvin ambil dari simpanan draftnya. . Asalnya John Melvin malas mahu menceritakan kisah-kisah silamnya. . Namun mengenangkan yang menjadi satu trend sekarang untuk manusia menceritakan kisah hidup mereka melalui gambar mahupun penulisan dengan ber#kan throwback. . . .Harap pembaca yang sepatah dua ini tidak bosan untuk membaca apatah lagi membenci John Melvin. . .hak hak hak
---------------------------------------------------------------------------------------------
John Melvin: Berapa banyak nak kene taruk nie. . .
Balkish : Masukkan sesudu je, macam hari tu…
John Melvin: Nak ngelembung ke tak payah, hari tu sepeket nie nak masak
dua peket…
Balkish: Haaa banyak tu boleh la… pastu nampak mcm dh melekat-lekat
abang masuukan bawang halia semua.. tunggu naik bau..
John Melvin: Sayang ce datang sini ke tengok, mcm mane
nak tengok dia naik bau…
Balkish: Sayang tengok dari sini je boleh?]
John Melvin: boleh masuk sayur belum nie….
Seperti kata Pm dahulu, 9 bulan lepas tahun baru, merdeka
& musim tengkujuh Malaysia mengalami pertumbuhan drastik bagi mencapai
kapasiti penduduk negara maju. . . . Petang itu Hujan turun dengan lebat, sama
seperti petang-petang, pagi-pagi atau malam-malam bulan-bulan tengkujuh ini. .
. Pertukaran angin monsun yang membawa sama-sama hujan menyebabkan Bumi Kuala
Lumpur basah lenjun ditimpa hujan. . . Petang itu juga John Melvin memandu ke
Ampang. . . Mengambil buah hati pengarang jantungnya dari rawatan. . . Ketika
John Melvin sampai John Melvin lihat
Pengarang Jantungnya sedang mengembungikan tangannya di bawah tudung, John
Melvin yakin yang pengarang jantungnya sedang mencari haba bagi melawan dingin
hujan & bukannya meraba buah dada sendiri (kerana pengarang jantungnya tahu yang itu tanggung jawap John
Melvin). . .
Kolam-kolam air di atas lapisan bitumen jalan semakin penuh melimpah, Kenderaan-kenderaan pula baik kereta, van mahupun lori ketika itu bergerak perlahan menyebabkan petang gelap yang ditimpa hujan itu menjadi sesak. . .Dari satu bumper ke satu bumper kereta John Melvin bergerak ketika itu, memandu bertemankan pengarang jantung yang tidak banyak bercakap dari tadi. . . Mungkin lelah pagi hingga siang tadi belum habis. . . Cuma sesekali tangan kanannya memegang peha kiri John Melvin apabila membayangkan yang John Melvin ingin melanggar bontot kenderaan dihadapan. . . John Melvin suka diperlakukan begitu & John Melvin kadang kala pura-pura berbuat begitu, hampir melanggar bontot kenderaan hadapan. . .
"Makan dimana kita" John Melvin bersuara menggantikan bunyi rintik hujan & lagu dari corong radio yang diperlahankan oleh pengarang jantung sebaik sahaja menaiki kereta tadi (vol 6 - aku atas katil pun bunyi kuat sikit dari nie). . . "Sayang mcm teringin nak makan megi" Balas Pengarang Jantung perlahan. . . "Owhh singgah mamak ke" tanya John Melvin lagi, "Abang masakkan la, lagi sedap" dan kemudiannya kami diam dan terus memandu meredah hujan bertemankan berdendangkan suara radio yang dipasang perlahan. . .
Tidak sempat John Melvin membuka payung, Pengarang Jantungnya sudah berlari-lari anak ke muka pintu, berlari dari rintik hujan yang masih bersisa petang itu. . .Kami sampai agak lewat petang itu, Jam hampir sahaja menunjukkan jam 8:00 & kami masih belum solat kerana menempuh Jalan-jalan di Kuala Lumpur yang lenjun ditimpa hujan. . . Usai Solat John Melvin masuk ke dapur membuka kabinet dapur & mencari 2 bungkus Meggi untuk mengisi perut kami malam itu. . .
John Melvin masukkan Meggi kembang berperisa kari itu ke dalam Mangkuk Nasi hadiah perkahwinannya dahulu. . . Kemudian di bawanya mangkuk berisi Meggi kembang berperisa kari ke hadapan
John Melvin masukkan Meggi kembang berperisa kari itu ke dalam Mangkuk Nasi hadiah perkahwinannya dahulu. . . Kemudian di bawanya mangkuk berisi Meggi kembang berperisa kari ke hadapan
Perlahan Pengarang Jantung menanggalkan kaca mata John Melvin yang berkabus terkena wap meggi kembang lalu mengelapnya dengan lengan baju. . . Mukanya terukir senyuman & senyumnya membuatkan hati John Melvin berbunga gembira meskipun hari-harinya kini penuh dengan kepenatan. . .
wuuuuuuuuuuuuuu...so sweet...walaupun masakkan megi jerrr...
ReplyDeleteCerita #Throback, orangnya juga sudah tiada
Delete:(
bersabarlah sayang ~ sanisahuri..
ReplyDeleteehh... bersabarlah sahabat..
Hak hak Hak. . .
DeleteSelamat Hari Raya Juga Sahabat ( in advance)
Perghhhhh!
ReplyDeletePerghhhhh!
Delete
ReplyDeletejohn... nak megie gak... hehe...
(´︶`)
Datang la rumah. . . Nanti saya masakkan. . spesial utk awak
Deletekacang je buat maggi tuhh
ReplyDeleteJohn Melvin la yang buat, bukan kacang. . .
Delete:"(, sabar john.
ReplyDeleteThanks. . .
Delete:)
You'll gain a new one whenever you lost one and there must be a reason for everything that happen. Your life still have to move on, don't pity at the one you lost but pity the living :)
ReplyDeleteGod will be there always for you ^_^
Thanks. . .
DeleteSudah lama saya menerima hakikat, sebelum ia terjadi saya sudah terima hakikat. . . Saya pasrah seperti Izzah dlm ombak rindu. . . hak hak hak
btw Terima kasih. . .
disebabkan abam sayang yang masakkan.. mee megi pon jadi sedap. huhu.
ReplyDeleteTahu. . . Saya masak mmg sedap
Deletehak hak hak
untung btul korang dpt makan megi, aku tkut rosak badan atau rambut gugur, kata orang lee, pasal tuh la kot John ramburnya kurang
ReplyDeleteBagaimana awak tahu rambut saya kurang nie. . . hak hak hak
Delete^^ abang aku selalu marah aku makan meggi dengan alasan takut kene buah pinggang, sambil mulut berkepul-kepul asap rokok... hoho
ReplyDeleteYummy, sedapnyer maggi #otw g dapur jerang air....
Owhhh abang awak msh single ke?
Deletehak hak hak
John, kali ni ang pakai air teh lagi tak masak megi? Hak hak hak..
ReplyDelete#rindukisahjohndenganbalkish
hak hak hak rasanya waktu itu saya masak menggunakan air terus dari syabas...
Delete#sayarindukisahkita
sedihnye...T_T
ReplyDeleteT--T
Delete