Cerita ini John Melvin ambil dari simpanan draftnya. . Asalnya John Melvin malas mahu menceritakan kisah-kisah silamnya. . Namun mengenangkan yang menjadi satu trend sekarang untuk manusia menceritakan kisah hidup mereka melalui gambar mahupun penulisan dengan ber#kan throwback. . . .Harap pembaca yang sepatah dua ini tidak bosan untuk membaca apatah lagi membenci John Melvin. . .hak hak hak
---------------------------------------------------------------------------------------------
John Melvin: Berapa banyak nak kene taruk nie. . .
Balkish : Masukkan sesudu je, macam hari tu…
John Melvin: Nak ngelembung ke tak payah, hari tu sepeket nie nak masak
dua peket…
Balkish: Haaa banyak tu boleh la… pastu nampak mcm dh melekat-lekat
abang masuukan bawang halia semua.. tunggu naik bau..
John Melvin: Sayang ce datang sini ke tengok, mcm mane
nak tengok dia naik bau…
Balkish: Sayang tengok dari sini je boleh?]
John Melvin: boleh masuk sayur belum nie….
Seperti kata Pm dahulu, 9 bulan lepas tahun baru, merdeka
& musim tengkujuh Malaysia mengalami pertumbuhan drastik bagi mencapai
kapasiti penduduk negara maju. . . . Petang itu Hujan turun dengan lebat, sama
seperti petang-petang, pagi-pagi atau malam-malam bulan-bulan tengkujuh ini. .
. Pertukaran angin monsun yang membawa sama-sama hujan menyebabkan Bumi Kuala
Lumpur basah lenjun ditimpa hujan. . . Petang itu juga John Melvin memandu ke
Ampang. . . Mengambil buah hati pengarang jantungnya dari rawatan. . . Ketika
John Melvin sampai John Melvin lihat
Pengarang Jantungnya sedang mengembungikan tangannya di bawah tudung, John
Melvin yakin yang pengarang jantungnya sedang mencari haba bagi melawan dingin
hujan & bukannya meraba buah dada sendiri (kerana pengarang jantungnya tahu yang itu tanggung jawap John
Melvin). . .
Kolam-kolam air di atas lapisan bitumen jalan semakin penuh melimpah, Kenderaan-kenderaan pula baik kereta, van mahupun lori ketika itu bergerak perlahan menyebabkan petang gelap yang ditimpa hujan itu menjadi sesak. . .Dari satu bumper ke satu bumper kereta John Melvin bergerak ketika itu, memandu bertemankan pengarang jantung yang tidak banyak bercakap dari tadi. . . Mungkin lelah pagi hingga siang tadi belum habis. . . Cuma sesekali tangan kanannya memegang peha kiri John Melvin apabila membayangkan yang John Melvin ingin melanggar bontot kenderaan dihadapan. . . John Melvin suka diperlakukan begitu & John Melvin kadang kala pura-pura berbuat begitu, hampir melanggar bontot kenderaan hadapan. . .
"Makan dimana kita" John Melvin bersuara menggantikan bunyi rintik hujan & lagu dari corong radio yang diperlahankan oleh pengarang jantung sebaik sahaja menaiki kereta tadi (vol 6 - aku atas katil pun bunyi kuat sikit dari nie). . . "Sayang mcm teringin nak makan megi" Balas Pengarang Jantung perlahan. . . "Owhh singgah mamak ke" tanya John Melvin lagi, "Abang masakkan la, lagi sedap" dan kemudiannya kami diam dan terus memandu meredah hujan bertemankan berdendangkan suara radio yang dipasang perlahan. . .
Tidak sempat John Melvin membuka payung, Pengarang Jantungnya sudah berlari-lari anak ke muka pintu, berlari dari rintik hujan yang masih bersisa petang itu. . .Kami sampai agak lewat petang itu, Jam hampir sahaja menunjukkan jam 8:00 & kami masih belum solat kerana menempuh Jalan-jalan di Kuala Lumpur yang lenjun ditimpa hujan. . . Usai Solat John Melvin masuk ke dapur membuka kabinet dapur & mencari 2 bungkus Meggi untuk mengisi perut kami malam itu. . .
John Melvin masukkan Meggi kembang berperisa kari itu ke dalam Mangkuk Nasi hadiah perkahwinannya dahulu. . . Kemudian di bawanya mangkuk berisi Meggi kembang berperisa kari ke hadapan
John Melvin masukkan Meggi kembang berperisa kari itu ke dalam Mangkuk Nasi hadiah perkahwinannya dahulu. . . Kemudian di bawanya mangkuk berisi Meggi kembang berperisa kari ke hadapan
Perlahan Pengarang Jantung menanggalkan kaca mata John Melvin yang berkabus terkena wap meggi kembang lalu mengelapnya dengan lengan baju. . . Mukanya terukir senyuman & senyumnya membuatkan hati John Melvin berbunga gembira meskipun hari-harinya kini penuh dengan kepenatan. . .