Monday 28 April 2014

Edah. . .


Hari Ke 8. . .

Seperti biasa, kehidupan seorang balu suci. . . John Melvin memandu keretanya perlahan pulang dari tempat pekerjaan. . .

Petang tersebut, cuacanya boleh tahan kacaknya. . . Cahaya matahari dibalik-balik awan yang ke orenan tidak berapa nak panas, tidak juga berapa nak sejuk. . . Ibarat suam-suam nasi yang menjadi bubur. . . Beterbangan beberapa burung flaminggo pulang ke zoo. . . Berhelakan nafas panjang yang ditarik dalam-dalam. .perut tiba-tiba terasa lapar. . .

John Melvin secara automatiknya terbayangkan Nasi Ayam yang dijual oleh seorang Pak Cik usia sekitar 50 an bersama anak gadisnya yang gemar memakai baju kurung & tudung yang berkaler blok diperjalanan Pulang dari kerja Nazry nanti. . .Berhelakan nafas panjang yang ditarik dalam-dalam, John Melvin sekali lagi secara automatik tersms. . .

John Melvin: Tolong belikan nasi ayam nanti. . .

1 minit

2 minit

4 minit

8 minit

10 minit

Nazry: who u. . . hahahaha

John Melvin:  sori wrong number. . . 

Nazry: hahahaha Ok nanti saya beli. . .

John Melvin: Hak hak hak. . x payah la, makan luar sahaja nanti 

Seperti biasa, kehidupan seorang balu suci. . . John Melvin memandu keretanya perlahan pulang dari tempat pekerjaan. . .Dengan penuh tenang meskipun hatinya sedikit tercalit luka menuju pulang, lampu isyarat bertukar merah. . . John Melvin berhenti namun perutnya terasa lapar. . .

Ahhhh esok-esok sahajalah John Melvin makan, Nasi ayam  gadis kaler blok juga terasa basi ketika jiwa & hati John Melvin diperlakukan begini. . .

ps: malam itu John Melvin tidur beralaskan tilam 10 Inch namun perutnya hanya beralaskan air kosong & beberapa keping roti empat segi. . . Nasi Ayam Nazry, John Melvin biarkan dimeja menunggu waktu untuk basi. . . 

Thursday 3 April 2014