Friday 9 November 2012

Milik Tuhan. . .


Hati ini Milik Tuhan. . . . Kita sekadar penghutang yang meminjam & menjaganya. . . .Hitam Putih atau warna-warna bendera Malaysia, kita yang bentuk agar ia menjadi milik kita & siapa kita. . .Namun ia masih milik Tuhan.. .

Sesetengah manusia peminjam Hati milik Tuhan berkata yang akan datang taubat apabila datang serunya. . . Sesetengah manusia peminjam Hati Milik Tuhan ada berkata yang biarkan kita lalui & rasai apa yang hati mahukan. . . . Nanti-nanti apabila ia puas Hati Milik Tuhan itu sendiri akan minta berhenti & meminta pula untuk mencari taubat. . . .  Namun esok kita tidak tahu. . .

Sama seperti Hati, Hidayah juga sememangnya milik Tuhan. . . Tuhan akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. . . Kita sebagai manusia sebagai peminjam hati & penagih hidayah harus meminta & berdoa memohon hidayag agar Dia kurniakan petunjuk atau menunggu untuk ia datang. . . Kerana kita tahu yang Hidayah itu milik Tuhan. . .

Akal, Nasfu & Hati bukti Tuhan itu Maha Adil. . . .Syurga itu Besar, Neraka itu Luas & hati ini milik Tuhan