Tuesday 17 July 2012

Ajak. . .

Dengan nada serius kamu ajak dia kawen. . . . Tapi dia ketawa kecil kemudian berair mata. . . .


Dia kata kamu gila. . . .Dia kata kamu bodoh tidak fikir masa depan. . . Tapi waktu dia hina-hina kamu begitu kamu hanya senyap kerana kamu tahu dia hina kamu kerana dia sayang & fikirkan masa depan kamu. . .

Sunday 15 July 2012

Hurt. . .


"Awak fikirlah masak-masak, saya tidak mahu jadi penghalang & menjadi beban kepada awak nanti. . . Awak masih muda & perjalanan awak mungkin masih jauh. . . Saya sungguh-sungguh minta maaf. . .Ini bukan yang saya minta & bukan juga yang awak inginkan" (beberapa petikan dari karangan email yang panjang)


waktu kamu membaca email ini sudah senja & hampir kepada Maghrib. . Entah kepada perasaan sedih kamu yang kamu simpan dekat-dekat seminggu ini berasa sangat-sangat sakit & pedih sekali. . . Injap pada jantung dan paip pada hidung kamu pada ketika itu terasa sedikit kemek, kerana nafas kamu terasa sedikit sesak. . . Kamu buka baju dan kamu ke bilik air untuk mandi. . . Air mengalir ke seluruh badan kamu & kamu biarkan dia terus mengalir tanpa kamu buat apa-apa. . .tidak lama selepas itu nafas kamu jadi kurang sesak kamu keluar bilik mandi, bersiap & kamu bentang sejadah. . .Kamu biarkan lampu bilik kamu tertutup tetapi kamu benarkan cahaya curi-curi masuk ikut tingkap bilik kamu yang kamu tidak tutup. . .

Kamu tamat sembahyang & kamu susun doa. . . Doa kamu panjang dari selalu-selalunya. Tiba-tiba rasa yang kamu rasa ketika waktu senja hampir kepada waktu Maghrib tadi datang balik, Kamu pejam mata dan kamu terus doa. . .Tapi kamu sedar-sedar yang mata kamu sebenarnya sedang menakung air. . .

Kamu kemudiannya baring menelentang diatas sejadah yang kamu bentang tadi, tapi mata kamu masih kamu cuba tutup rapat. . Kemudian kamu mengiring dan tundukkan badan kamu seperti orang bongkok yang baring. . . Kerana pada ketika itu kamu tidak tahan . . . Kerana kamu tahu apabila hati kita luka ia terasa seperti betul-betul luka & bukanlah sekadar sebuah metafora indah didalam bait-bait lagu . . .

It Kind of Hurt, Maybe Like Try to Cutting Your Kidney Out With A Butter Knife

Wednesday 11 July 2012

SeaFood. . . .

Semua tahu, yang bersenam itu menyihatkan badan. . . Jika tidak percaya tanyalah sama kevin zahri (emmm dia nie pada aku ensem. . .hak hak hak). . . Lebih banyak kita mengeluarkan peluh, lebih banyak calori yang terbakar. . . Ketika itu jantung & nadi kita akan bergetar serta mengepam dengan kuat, hinggakan kadang kata ia berbunyi ahhh ahhh ahhh akibat percantuman peluh yang memercik-mercik keluar bersama degupan jantung yang kian pantas. . . Senaman juga boleh dilakukan dimana-mana, juga tidak mengira waktu pagi, petang mahupun malam. . . . (Introduction mcm Sharifah Aini mengarutnya. . )

10:25 am, Rabu - ketika cuaca bumi Malaysia sedikit mendung 

Nazry: "Whatever Happen You Still My Love". . . . Lewat ke sampai tadi?

John Melvin: 20 min, Abang punye pasal la nie. . .Knape?

Nazry: Aikkk, sape yang tido balik pagi tadi sampai berdengkur. . .

John Melvin: Mane ade berdengkur. . .Penat. . .

Nazry: hak hak hak nak kasi tahu rahsia nie. .Nak tahu tak?

John Melvin: Kenapa, nak kasi tahu yg x mandi wajib ke. . . hak hak hak

Nazry: hahahahhaha nak kasi tahu yang abang sakit pinggang nie. .

John Melvin: Kenapa?

Nazry: Not Sure, Maybe sbb bee mengalami penambahan berat badan. . .

John Melvin: hak hak hak fitnah semata-mata. . .G la x-tray

Nazry: hahahhaha toooo dramatic. . .

12:05pm, Rabu - ketika ini cuaca bumi Malaysia masih sedikit mendung & khabarnya hujan sedikit-sedikit turun di sekitar lembah klang. . .

John Melvin: Jom Lunch sama. . .

Nazry: Mana?

John Melvin: Kampung Baru. . . Teringin ikan bakar

Nazry: Ok, dalam kul 0120 jumpa. . .Boleh

Nazry: Selera sekarang dah macam orang mengandung abang tengok. . .hahahahahah

John Melvin: hak hak hak entah la, mcm teringin plak ikan bakar. . . Takpe nanti makan ikan je. . . . Diet protein. . .

Nazry: Memain je. . .Bee gemuk mcm aishwarya rai pun abang suka jugak. . . hak hak hak

John Melvin: hak hak hak bengong. . .

Nazry: Abang naik train. . . Nanti amek. .

John Melvin: Semangat. . .

0130 pm, Rabu - Ketika ini cuaca bumi Malaysia sudah agak panas. . . Sama seperti keadaan Malaysia selalu-selalunya. . .Malangnya Kedai Makan Ikan Bakar yang John Melvin & Nazry mahu pergi tidak buka. .  Hati John Melvin patah & perut John Melvin merajuk kuat. . . Jika John Melvin benar-benar mengandung pasti anaknya bila lahir nanti meleleh-leleh air liurnya. . .

0347pm, Rabu - ketika ini cuaca bumi Malaysia kelihatan begitu dirahmati Ilahi sekali. . .

Nazry: Mengidam ikan bakar lagi? hahahahha

John Melvin: Lain kali je. . . xde rezeki. . :(

Nazry: Petang nie abang amek, terus ke klang. . . Mahu?

John Melvin: Boleh ja. .  sapa lagi. .

Nazry: Abang ajak kawan 2 orang boleh. . .

John Melvin: Boleh je. . . PM nak ajak?

Nazry: Tak payah. . . Kemana pegi nak bawak dia. . .

John Melvin: hak hak hak cepat sangat replynye. . . mcm x fikir. . . OK

1011pm, Rabu - ketika ini cuaca bumi Malaysia sedikit berawan & ketika John Melvin menaip 1011pm nie John Melvin baru sahaja pulang dari makan ikan bakar (seafood) dekat-dekat pelabuhan Klang. . . Kandungan John Melvin yang semakin membesar nie pun kelihatan agak gembira sekali. . . Esok John Melvin  yakin, ketika dia men- delivere kandungan ini mesti berbau siakap 3 rasa, ketam masak pedas, bawal kukus memenuhi ruang. . . 




Monday 9 July 2012

Balasan

Tilawah Al-Quran dan majlis ilmu seharusnya tidak harus dipandang enteng oleh masyarakat. . . Orang-orang tua selalu sahaja berpesan yang menipu itu hukumnya berdosa. . . Budak-budak juga tahu yang menipu itu berdosa dan akan masuk neraka. . . Sesetengahnya membuat perjanjian pada oksigen dengan menulis kalimah Alif - Lam - Lam - Ha (Allah) dengan jari telunjuk ke oksigen sebagai bukti tidak berbohong. . . 

Balkish : Assalamualaikum. . . . Awak dekat mana?

Balkish: Sibuk?

Balkish: Emmmmm sombong. . .  Kalau dah tidur, selamat malam. . 

John Melvin: Sorry, baru perasan msg. . .Kenapa?

Balkish: Saja rindu. . . . hahahahahah

John Melvin: sama. . . . .ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

Balkish: Percuma sekarang, saya nak keluar dengan roomate nie. . .Ke PWTC. . .

John Melvin: ada apa?

John Melvin: Nak ajak keluar ke. . .Apa yang percuma

Balkish: Cadangnye. . . Ajak tengok tilawah Al-Quran. . Nak. . .

John Melvin: Alamak rasa mcm nak. . . Tapi badan tak berapa nak sihat la Demam agaknya. . .Sorry

Balkish: Owhhh kalau mcm tu takpe la, Semoga Abang cepat sembuh. . .

John Melvin: Haaaa panggil Abang terus rasa sembuh sikit-sikit.. . . hak hak hak 

Balkish: Alamakkkkk typo. . . awak la sebenarnye. . .Jangan lupa makan ubat. . Lain kali kita g ekk. .

John Melvin: hak hak hak. . .Ok next time then


(berjimat - gam pakai gam gajah)

Mungkin sahaja balasan tuhan atas penipuan yang John Melvin lakukan. . .Kaca matanya patah akibat  terjatuh & terpijak oleh seorang wanita berkasut tumit tinggi, berbaju yang terdedah bahagian belakang badannya & berkain singkat pada paras lutut. . . . Emmmmmmmmm mungkin sahaja balasan tuhan, sapa suruh tidak sihat badan tapi ada dekat-dekat dengan Jalan P Ramlee. . . .

ps: Difikir-fikir semula seperti tidak begitu munasabah untuk kaca mata itu patah. . . Serius rasanya seperti tidak munasabah. . . Namun nabila (watak dalam cerita Mutiara Hati - tengok dulu-dulu time petang) yg kacanya tidak apa-apa jika tidak makan hampir ribu dibuatnya. . .