Wednesday 28 December 2011

Quit. . . .


Ibu aku kurang sihat kebelakangan ini. . . .Mulanya hanya sakit-sakit biasa namun sekarang agak parah. . . . Banyak yang aku fikirkan & pendekatan yang aku lakukan sekarang adalah berhenti kerja. . . . 

Yang kata aku BODOH kerana tidak berfikir aku maafkan, kerana aku sekarang sudah malas mahu berfikir & mak aku cuma seorang. . . . 


ps: Title tu memang aku nak simpan buat pekasam. . . .

Monday 19 December 2011

Lembab-lembab basah. . .

Sekarang diluar hujan asyik turun & membuatkan kawasan ini lembab-lembab basah. . . 

Emmmm aku cuti hari ini & terasa ingin berbogel di dalam rumah dari pagi hingga malam kerana cuaca diluar lembab-lembab basah. . .. Atau paling tidakpn hanya memakai sependa mengelilingi rumah sambil membawa bola ping-pong dalam sudu. . . Ada sesiapa mahu jadi peneman kerana diluar sekarang cuacanya lembab-lembab basah. . .

(Jika ada seorang lelaki & seorang perempuan serta seorang tukang rakam pn seronok juga di waktu cuaca lembab-lembab basah nie)


aku cuti hari nie, sebab malas nak melayan kerenah dato yang semakin hari semakin gatalnya menjadi. . Mungkin tubuhnya ditumbuhi kulat pada cuaca lembab-lembab basah nie, jika tidak masakan gatalnya menjadi. . . sms/call untuk benda yang aneh-aneh & pelik-pelik. . . <---Ehhh terbuat luahan hati plak. . .

ps: Reader from united state xnak temankan ai pakai sependa mengelilingi rumah sambil membawa bola ping-pong dalam sudu. . . xnak (Thanks sebab hari-hari singgah)

Susah jadi jantan HOT nie. . . .hak hak hak hak perasan

Friday 16 December 2011

Ombak Rindu. . .


I guess I never thought anyone would ever make me smile, laugh and capture my heart as fast as you have.

ps: Gersang also


John: Ar U mad at me. . .

Nazry: Nope. . .I never mad at you, Why

John: Abis malam semalam kemana. . .Tidak diberitahu, takde khabar berita?

Nazry: Ade. . .Abang tampal dekat peti sejuk note. . . Balik umah famili. . .

John: Emmmm gedik giler main tampal-tampal, call/sms sudah. . Hari nie balik umah famili lagi ke?

Nazry: Tengok la mcm mane, balik umah pun kene halau tido luar. . .dah macam kucing diperlakukan. . .hahahahah

John: Hak hak hak kesian kucing nie. . . Balik ar umah malam nie. . .

Nazry: Kata sakit pinggang?

John: hak hak hak boleh sikit-sikit. . . .

Nazry: Atau kita keluar malam nie?

John: Xnak nak duduk umah je. . . Jom ar. .

Nazry:   ::)

Nazry: Betul taknak keluar. . .Kita tengok ombak rindu ke. . Kwn abang kate best. . .

John: xnk dah tengok x best. . .

Nazry: Now im not mad but im hurt. . .tengok ngan sape? :(

John: hak hak hak mane ade tangok lagi. . . Esok la kita keluar, malam nie stay umah je. . .Boleh. .

Nazry: OK, tp bee xyah mandi dulu sebab . . .

John: ewwww pengotor. . .hak hak hak

ps: actually dah tengok dh Ombak Rindu & John Melvin menonton dengan gadis (Ape kejadah menonton ombak rindu dengan jantan). . . 

Wednesday 14 December 2011

Sinks. . .


Nazri: A relationship is meant for a two people. . If Someone else inside that ship, it sinks. . .

John: Knape plak nie. . .

Nazri: Saja-saja send. . .

John: Cantik Quotes. . .

Tapi tadik & sekarang dalam hati seperti-seperti ada orang mermain drum. . .

After 13 minute. . .
Nazri: Emmmmm. . .Pegi la sambung keja, have a nice day. . .

Glupppppp. . . .

Tuesday 13 December 2011

Arcoxia. . .



John Melvin tidak lagi boleh menari sexy seperti ini

John: Emmmmmm saya sakit pinggang la awak, jangan la peluk-peluk. . . .Minta tolong picitkan kata nanti mengubah ekosistem biologi badan. . Pegi tido bilik lain. . . .

Sekarang sekarang nie John Melvin bukan boleh dipegang-pegang, dipeluk-peluk. . . . kemain lagi sombong kemain lagi bongkak. . .mujur tidak dihalaunya dari rumah. . .

ps: Itu sahaja update masa kini. . .kerana beliau sibuk dengan kerja-kerja dunia hujung-hujung tahun ini, meluangkan masa untuk melancap pun beliau kurangkan, kerana sibuk dengan kerja-kerja hujung tahun. . .

Friday 2 December 2011

Penangan Zubaidah. . .

"Satu. . .Dua. . . Tiga" tangannya menekan-nekan butang pada calculator peninggalan dari dia zaman universiti . . . dipedapkan tangannya ke muka "Emmmm Makan pasir dia bulan nie". . .

Tidak mahu memikirkan apa yang sudah terjadi dia melihat keluar dari sekeping cermin jernih yang dipotong sekeping. . .Dari jauh dia nampak pinggul Zubaidah yang meliut-liut ke kanan dan kekiri, mantap & menarik perhatian. . .Namun Zubaidah menuju ke mana dia tidak pasti. . .



Zubaidah seorang Town Planner di Company nie, Selain memiliki potongan pinggul yang baru sahaja menarik perhatian dia, Zubaidah juga dikenali sebagai gadis one drop perfume. . . Kehadirannya dari 2 marhalah sudah terhidu, wangian percuma untuk luang legar pejabat ini. . .Seraya melihat pinggul zubaidah yang meliut ke kanan & ke kiri, dia mengeluarkan HP dari kocek seluarnye. . . Dicarinya satu nama & dibuatkan panggilan. . .

Mak: Assalamualaikum (bunyinya agak sayup-sayup kerana itulah mak, belum HP melekap di telinga dia sudah mula bercakap)

John: Waalaikum Salam. . . Tangan mcm mane?

Mak: Makan ubat tadi tangan mak waafiat je. . .Adik dah makan. . .

John: Dah sebelum smayang td. . .Adik rasa balik esok petang je. . .Ade keje nak buat, lagipun esk nak servis kete la. . . (ekcheli repair lampu kete)

Mak: emmmm OK je. . .lagipun abang balik malam nie. . .Sebelum-sebelum nie mak bukan suruh adik balik pn. . .hahahahahaha

John: hak hak hak xpe-xpe. . . (baki-baki perbualan John & mak dia rasanya tidak nikmat untuk diceritakan disini)

Jejaka mana yang tidak basah melihat zubaidah, selain dari bau one drop perfumenye yang menyinga zubaidah juga memiliki senyuman yang sangat menarik, kucing jantan yang sedang berjimak pun akan berpaling tadah melihat zubaidah . .

Ohhhh kembali semula kepada cerita dia, jejaka yang menekan-nekan calculator peninggalan dari zaman universiti tadi. . .Kerana jika dicerita perihal zubaidah cukup membuatkan burungnya terliur. . . Selesai sahaja dia membuat penggilan sebentar tadi, pesanan ringkas pula dia kirim namun pada orang yang berbeza tapi dia tetap sayang dia tetap suka. . .

John: Assalamualikum. . .. On Call ke hari nie. . .

Nazry: Tak. . .Tak balik ke Kampung ke hari nie. . .

John: Tak. . .

Nazry: Good-good, tapi abang balik lewat sikit, dalam pukul 11:00 baru sampai rumah gamaknye. . .

John: Knape?

Nazry: ade kenduri kawan sunat anak dia. . . Rindu x?

John: Rindu la nak balik rumah nie. . . .hak hak hak

Nazry: hahahahahah tp abang ade rahsia nak kasi tahu. . .Bee janji jgn kasi tahu org lain. . .

John: Rahsia ape plak nie. . .saspen saspen

Nazry: Sejak pagi tadi abang tidak sedap perut. . . Cirit birit. . .

John: Owhhh kalau macam tu tak jadi balik la. . . .hak hak hak

Nazry: kuang hajar ekkk kuang hajar. . . .hahahahah

John: hak hak hak jangan sampai lambat sangat. . .

Nazry: baikk mak incikk. . .

Teringatkan Zubaidah membuatkan semangat nak berjumpa dengan Nazry memuncak tidak tentu hala. . .

Rasanya bulu ketiak dia sudah panjang & jam didinding pun sudah melimpasi jam 09:30 pm, rasanya dia harus pulang dahulu mungkin ada yang ingin dicabut, mungkin juga ada yang ingin disental. . . . Semuanya kerana Zubaidah. . . .

Thursday 1 December 2011

Ranting-ranting. . . .


Ditariknya beberapa keping tissue dari kotak Royal Gold yang seginya seakan sebuah bata yang bersaiz 225mm x 110mm x 75mm. Digumpalnya & kemudian disalatkan dicelah bedahnya. . . Beberapa helai tissue yang telah digumpalnya tadi diperhatikan dengan teliti, dibelek ke kanan & dibeleknya ke kiri. . .Bersih suci & tidak berdarah, jika adapun sekadar bahu jantan dari celah bedahnya. . . Namun segalanya kelihatan tidak begitu betul kebelakangan ini, segalanya Nampak salah segalanya Nampak tidak tepat. . . . Dadanya tidak menentu degupnya berdebar seperti melayari malam pertama barangkali. . Begitu selalu & acap sekali. . .



Biasa-biasanya dia bukan begini, biasa-biasanya beliau tenang dalam urusan hidup ini. . . Kalau marahpun beliau simpan, kalau sedih pun beliau pendam. .  Namun entah mengapa ranting-ranting kesabaran dihatinya hari ini seolah patah & gugur pada lembah kemarahan. . .  Kesian mereka-mereka di meeting tadi, tidak pasal-pasal dimarah & dimaki (1st time aku emosional tak tentu pasal dalam meeting. . Im A Bad person now) . . .  Biasa-biasanya dia bukan begini. . .


Ya mungkin tekanan di kota menyebabkan dia marah-marah kebelakangan ini, mungkin juga tekanan daripada pergaduhan dia dengan kawan dia Nazry membuatkan dia marah-marah begini, mungkin juga kesan daripada ulang alik dari KL-PERAK selama 4 hari berturut-turut minggu lepas membuatkan penatnya masih belum hilang & penyebab dia marah-marah begini,Mungkin juga kesihatan ibunya mengganggu fikirannya sehingga dia marah-marah begini, atau mungkin juga dia tertekan membuka kembali buku-buku kejuruteraan semata untuk menjadi Professional Engineer lantas  membuatkan  dia marah-marah begini. . . Biasa-biasanya dia bukan begini. . . 

Maaf Kepada Siapa yang dia marah-marah , Kerana mungkin ranting-ranting kesabarannya telah jatuh gugur. . Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

Minggu ini dia mahu ulang alik dari KL-PERAK seperti selalu-selalunya minggu lepas, Tapi mak dia tidak kasi. . . Biasa-biasanya dia bukan begini. . .

Dia buka laci dimeja, digapainya sekotak rokok yang telah renyuk digumpal kawannya Nazry minggu sudah, dikeluarkan sebatang & dinyalakan apinya, Lantas disedut dalam-dalam, sampai kehulu jantang atau mungkin sudah masuk kehati, kemudiannya dihembuskan pelahan-lahan ke udara. . 

Meskipun rokok itu sudah renyuk dilakukan oleh kawannya minggu sudah. . . 
Biasa-biasanya dia bukan begini. . .